Sekiranya anda terlepas berita ini semalam, PlayStation telah melancarkan pandangan pertama rasmi untuk controller baru PlayStation 5 DualSense, serta menawarkan beberapa pandangan tentang reka bentuk dan ciri-cirinya. Seluruh estetik reka bentuknya telah diubah, dan controller hitam yang kami kenal kini menjadi skema dua warna.
A first look at DualSense, PS5’s new wireless controller.
More details and images: https://t.co/SuaUVDkyvD pic.twitter.com/ot5R1u5hsz
— PlayStation (@PlayStation) April 7, 2020
Sebelum ini pun, PlayStation telah mengeluarkan banyak warna dan reka bentuk berbeza untuk controller nya, tetapi tidak mendedahkan apa-apa maklumat lain selain pengumuman semalam. BossLogic, seorang artis yang sering menghasilkan karya berdasarkan projek-projek berbeza, muncul dengan idea untuk mencipta rekaan DualSense yang lain.
Rekaan BossLogic terbukti sangat popular sehingga ia disebarkan di atas talian untuk seluruh dunia melihat. Antara kegemaran saya ialah DualSense yang diilhamkan oleh Spider-Man dan Transformers. Anda harus lihat imej di bawah!
DualSense adalah versi PS4 DualShock yang lebih hebat. Ia menawarkan adaptive trigger baru, susunan light bar dan touchpad khusus, dan built-in mikrofon. Ia juga mempunyai butang “Create” baru dan bukannya butang “Share“, tetapi PlayStation tidak menjelaskan apa yang ciri ini boleh lakukan.
Baiklah! Mari kita lihat beberapa rekaan BossLogic!
Sumber – BossLogic
@gamersantaimy
Discussion about this post