nWay Games telah mengeluarkan trailer yang menarik untuk watak DLC seterusnya di Power Rangers: Battle for the Grid. Berasal daripada siri Super Samurai pada 2012, Lauren Shiba akan menunjukkan ketangkasan akrobatik dan permainan pedang lincahnya kepada permainan pertempuran adiwira ini pada 15 September.
Sebagai ketua ke-18 untuk klan Shiba, Lauren Shiba memegang jawatan Red Samurai Ranger untuk siri Super Samurai. Seperti yang anda lihat dalam treler di atas, personaliti Shiba amat menyerlah ketika dia menyerang di udara dan jarak dekat, serta memotong musuh dengan ayunan pedang berunsur balet yang dahsyat. Shiba juga mampu melancarkan serangan kupu-kupu yang cantik tapi mistik untuk membanjiri pihak lawan dan mengalihkan perhatian.
Maximum Games baru-baru ini mengumumkan bahawa Power Rangers: Battle for the Grid akan mendapat pelancaran fizikal di PS4, Xbox One, dan Nintendo Switch pada 8 Oktober tetapi malangnya, ia masih belum rasmi keluar di Malaysia. Pelancaran fizikal akan merangkumi permainan video asas dengan mod jalan cerita dan semua kemas kini. Walaupun edisi ini mempunyai DLC Lauren Shiba, perlu diperhatikan bahawa ini bukan edis “GOTY“, jadi ia tidak termasuk semua DLC yang dikeluarkan sebelumnya.
Power Rangers: Battle for the Grid kini tersedia di PS4, PC, Xbox One, Nintendo Switch dan Stadia tetapi belum rasmi keluar di Malaysia.
@gamersantaimy
Discussion about this post