Razer sekarang sudah mempunyai aplikasi Cashless Payment sendiri dan diberi nama sebagai Razer Pay. Kepada mereka yang baru, ianya hanyalah rebrand dari One2Pay yang dilancarkan oleh MOL awal tahun ini. Jadi, mesti korang eksaited kan? Nak tahu lebih lanjut kan? Jom, layan entri aku kali ini.
Kebanyakan fungsi yang ada dalam Razer Pay sama je macam One2Pay antaranya kebolehan untuk membuat bayaran dengan menggunakan QR Code, membeli top up untuk Telco korang juga membelu sebarang gaming-oriented currencies termasuk zGold. Lebih 6000 retail dan juga F&B outlet seperti 7-Eleven, Starbucks, 99 Speedmart dan banyak lagi.
Selain daripada itu, Razer Pay dan juga rakan kongsinya, Berjaya Corporation berjanji untuk menderma sebanyak MYR 5 juta kepada Tabung Harapan Malaysia. Dari 4 Julai sehingga Ogos 30, Berjaya akan menderma MYR 10 kepada mereka yang menggunakan Razer Pay pertama kali di mana-mana Berjaya outlets yang mengambil bahagian.
Untuk menyambut pelancaran Razer Pay, setiap pengguna baru Razer Pay di Malaysia akan mendapat MYR 10 bonus kredit bila korang sign up, bermula dari hari ini, Julai 4 sehingga September 30.
Jadi apa lagi, korang boleh dapatkan aplikasi Razer Pay di App Store untuk iOS dan Google Play Store untuk Android. Setiap sign up yang berjaya dengan nombor telefon yang sah, akan dimasukkan bonus MYR 10 kredit akan dimasukkan ke dalam akaun korang. Jom! Daftar cepat!!!
@gamersantaimy
Discussion about this post