Razer hari ini mengumumkan Huntsman Mini Analog baharu, keyboard 60% pertama di pasaran dengan “Analog Optical Switches” yang memberikan tahap ketepatan, prestasi dan kawalan yang hebat dalam faktor bentuk kecil dan mudah alih.
Bersama “Razer Analog Optical Switches”, Huntsman Mini Analog membawakan tahap kawalan yang lebih terperinci kepada gaming dengan preset “analog sensitivity” yang boleh dilaras dan “keymapping” berganda untuk input digital/analog. Ini membolehkan pengguna menikmati kawalan yang lebih tepat dalam permainan perlumbaan atau menetapkan dua fungsi pada satu kekunci bergantung pada betapa kuat kita menekan kekunci itu. Sebagai contoh, kita kini boleh berjalan atau berlari dengan hanya menekan satu butang.
Untuk ketahanan maksimum, Huntsman Mini Analog mempunyai keycap Doubleshot PBT untuk kemasan bertekstur yang tahan lama, dan mengekalkan rupa walaupun selepas penggunaan yang berpanjangan. Rangka aluminium pula menambahkan lagi ketahanan keseluruhan keyboard, manakala kabel Type-C boleh tanggal menjamin aspek mudah alih.
Seperti saya kata tadi, Huntsman Mini Analog ialah keyboard gaming 60% pertama di pasaran yang menampilkan “Analog Optical Switches”, menjadikannya ideal untuk pemain LAN, untuk mereka yang ingin set-up minimalis atau untuk mereka yang ingin menjimatkan ruang, sambil memberikan kawalan dan ketepatan tambahan.
Untuk maklumat lanjut tentang keyboard ini, sila tekan SINI.
Bagi sesiapa yang berminat, Razer Huntsman Mini Analog kini tersedia di pasaran Malaysia pada nilai harga RM699.00. Korang boleg membeli produk ini di Razer.com, Lazada, Shopee, atau kedai/pengedah sah.
Untuk membaca segala liputan kami tentang produk Razer, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post