Gran Turismo 7 nampaknya telah menaikkan harga transaksi mikro yang tinggi berbanding entri yang terdahulu. Walaupun begitu, game ini tidak memerlukan anda untuk membelanjakan sejumlah wang tambahan kerana ia hanya cara paling cepat untuk anda mendapatkan kredit dalam permainan.
Sebab utama mengapa transaksi mikro jauh lebih tinggi dalam Gran Turismo 7 adalah entri terbaru ini tidak membenarkan anda membeli kenderaan individu. Dalam GT Sport, kereta boleh dibeli sendiri dengan harga yang maksimum iaitu RM 11. Sebagai perbandingan, GT7 hanya membenarkan pemain membeli mata wang dalam permainan yang kemudiannya boleh digunakan untuk mendapatkan kereta. Ini membawa kepada kos yang lebih tinggi untuk mendapatkan kereta tertentu dalam GT7.
Sebagai contoh, jika anda ingin membeli kereta di Gran Turismo 7 yang berharga 3,000,000 kredit, anda perlu menghabiskan RM 138 dalam game dengan membeli pek 2 juta kredit dengan gabungan 2 pek kredit lain. Sebaliknya, kereta yang sama dalam Gran Turismo Sport ini hanya berharga RM 11 untuk dibeli dan digunakan. Ini merupakan kenaikan yang agak drastik dan mungkin mengecewakan buat pemain yang suka membeli satu kereta yang mereka ingin gunakan.
Game ini tidak menekan pemain untuk menghabiskan wang untuk pembelian dalam permainan. Walau bagaimanapun, ia agak mengambil masa untuk mendapatkan 3 juta kredit secara percuma dan akan mengambil berjam-jam. Jika anda seorang yang tidak kisah menggunakan duit sebenarnya untuk mendapatkan kredit dengan pantas, bolehlah anda membeli kredit di PS Store. Apa pendapat anda mengenai harga transaksi mikro dalam Gran Turismo 7 ini? Adakah anda lebih suka jika GT7 menawarkan pembelian yang sama seperti GT Sport? Boleh tinggalkan pendapat anda di ruang komen.
Anda boleh membaca review kami untuk game GT7 perlumbaan ekslusif PS yang sangat realistik ini. Malah, anda juga boleh santai di GT Cafe. Untuk mendapatkan liputan lain untuk GT7, anda boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post