Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Rambo dan John McClane akan muncul di Call of Duty 20 Mei ini!

Amir Haziq by Amir Haziq
May 19, 2021
in Android, Artikel, Berita, Genre, iOS, Mobile, PC, Platform, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Rambo dan John McClane akan muncul di Call of Duty 20 Mei ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebut sahaja nama Sylvester Stallone dan Bruce Willis, pasti peminat dah mula terbayang babak lakonan dua pelakon ini dalam filem siri Rambo dan Die Hard. Mana tidaknya, lakonan yang dibawa mereka, iaitu Rambo dan John McClane sangat mantap dan memang terkenal dengan aksi tembak menembak, meletup sana sini serta liat nak mati. Baru-baru ini, pembangun permainan Call of Duty, Activision telah mengumumkan yang kedua-dua pelakon hebat ini akan muncul di kemaskini Call of Duty: Warzone, Black Ops Cold War, dan Call of Duty: Mobile.

Watak Rambo dan John McClane akan mula tersedia untuk Call of Duty: Warzone dan Black Ops Cold War bermula 20 Mei pukul 12 tengah hari. Manakala bagi Call of Duty Mobile pula, kedua-dua ikon ini akan tiba pada 20 Mei waktu tempatan. Selain dari kemunculan watak mereka, Activision juga turut membuka lokasi ikonik seperti Nakatomi Plaza dari filem Die Hard, Survival Camps dan CIA Outpost dari Rambo di peta Verdansk untuk Call of Duty: Warzone dalam masa yang terhad.

Di samping itu, terdapat beberapa mod baru akan tersedia di Warzone, iaitu Power Grab dimana 100 pemain dalam squad akan bertempur dalam mod Battle Royale. Terdapat 5 peringkat dimana circle akan mengecil dan tiada Gulag untuk anda revive semula. Tetapi anda boleh menghidupkan semula rakan pasukan dengan mengumpul Dog Tag atau membelinya di Buy Station. Setiap kill yang disahkan akan jatuh Dog Tag, dan pemain boleh mengutipnya untuk mendapat ganjaran seperti UAV, Respawn Token dan Advance Gas Mask.

Manakala mod baru untuk Black Ops Cold War pula akan membawa beberapa mod klasik seperti filem Die Hard dan Rambo. Mod Die Hardpoint akan menjadi perlumbaan untuk pemain mengumpul 200 point pertama dengan menyingkirkan pihak lawan dan mengumpul Hardpoint. Pada minggu kedua kemaskini, game ini akan mendapat Rambo Gun Game, iaitu mod yang boleh dimainkan secara percuma untuk pemain mengumpul sekurang-kurangnya 1 kill dengan 20 jenis senjata.

Memang mantap betul kemaskini terbaru yang akan datang nanti. Bagi yang ingin membaca liputan kami tentang Call of Duty, anda boleh tekan sahaja pautan ini

Tags: ActivisionCall Of DutyJohn McClaneSylvester Stallone
Previous Post

Anime Godzilla Singular Point membuat debut di Netflix 24 Jun ini!

Next Post

NetEase mendedahkan barisan game baru yang akan diumumkan semasa acara NetEase Connect 2021 nanti

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
NetEase mendedahkan barisan game baru yang akan diumumkan semasa acara NetEase Connect 2021 nanti

NetEase mendedahkan barisan game baru yang akan diumumkan semasa acara NetEase Connect 2021 nanti

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd