Versi mobile kepada game battle royale popular PUBG sentiasa terkenal untuk pemain-pemain yang menggunakan cheat atau hack game agar mereka mempunyai kelebihan di dalam game.
Pasukan operasi PUBG Mobile kini telah mengumumkan di laman web rasmi mereka bahawa notis untuk fair play dan ban untuk pemain telah dikeluarkan di mana mereka telah ban seramai 85 pemain untuk tempoh 10 tahun.
Menurut blog post.
“Kami sentiasa berusaha untuk memberi satu persekitaran gaming yang adil dan seronok untuk setiap pemain. Telah datang ke perhatian kami bahawa beberapa pemain sedang “cheating” dia perlawanan-perlawanan PUBG Mobile mereka.”
Seperti yang dinyatakan di post, developer telah ban pemain-pemain ini selama 10 tahun bagi kesalahan cheating kerana menggunakan third-party app atau servis seperti radar hack dan lain-lain.
Post ini juga meminta pemain untuk menggunakan in-game reporting system bagi berjaga-jaga akan sebarang aktiviti yang mencurigakan atau penggunaan third-party app untuk memperolehi kebolehan semasa sesi bermain.
PUBG Mobile Fair Play and Ban Notice
💻:https://t.co/0VsmdOP5BI
📱:https://t.co/VGNm1QqSmF— PUBG MOBILE (@PUBGMOBILE) May 27, 2019
Bagi korang semua yang belum tahu, pada tahun lepas PUBG Corp telah mengimplemetasikan pendekatan anti-cheat baru dengan menggunakan software Battleye. Seterusnya, mereka berjaya ban seramai 30,000 pemain yang menggunakan cheat Radar Hack. Radar Hack bantu pemain untuk dapatkan maklumat terperinci tentang posisi dan lokasi pemain lain di dalam game. Jadi kalau nak ambush, atau flank memang susah lah.
Bagi pendapat saya, ini ialah satu berita bagus untuk komuniti PUBG Mobile. Walapun masih ramai hacker di luar sana, cara ini pasti akan mengurangkan kuantiti mereka. Moga persekitaran gaming kami bersih daripada permainan kotor ini!
Sumber – PUBG Mobile
@gamersantaimy
Discussion about this post