2018 merupakan tahun yang besar untuk dunia Pokémon dengan #PokemonLetsGo, #DetectivePikachu, #PokemonGO dan banyak lagi, ini adalah masa yang tepat untuk menjadi Jurulatih Pokémon! Kami baru sahaja selesai dengan sidang media Pokémon 2019 di Tokyo dan kalini kitorang nak mengongsikan beberapa projek terbaru yang telah diumumkan oleh pihak dan rakan kongsi Pokémon.
Pokémon Masters
Berangan dan selalu termimpi-mimpi nak jadi Pokémon master?! Apa lagi nilah peluang korang, permainan mudah alih Pokémon yang baru ini dipanggil Pokémon Masters dan kini dalam perjalanan untuk peranti iOS dan Android dari The Pokémon Company dan DeNA.
- Permainan baru yang membolehkan anda bertarung bersama Jurulatih Pokémon kegemaran anda dari siri utama RPG.
- Pemain dapat merasai pengalaman bertarung di mana sahaja
- Lebih banyak Pelatih Pokémon yang terkenal dalam sejarah sepanjang permainan Pokémon.
- Gameplay telah dioptimumkan untuk peranti pintar, yang membolehkan sesiapa sahaja untuk senang mengambilnya dan terus bermain.
Pokémon Masters dikatakan akan hadir pada tahun ini juga dan lebih maklumat tentang permainan terbaru ini akan diberitahu Jun ini!
Pokémon HOME
Dunia permainan Pokémon kini lebih meluas selepas beberapa permainan terbaik yang hadir di peranti Nintendo 3DS, Nintendo Switch dan mudah alih. Kini Jurulatih boleh membawa semua Pokémon mereka bersama-sama dengan Pokémon HOME.
- Aplikasi perkhidmatan awan yang membolehkan pemain meneruskan pengembaraan Pokémon mereka di luar satu platform.
- Pokémon HOME behubung dengan Pokémon Bank, Pokémon: Let’s Go, Pikachu!, Pokémon: Let’s Go, Eevee !dan juga Pokémon GO. Serta tidak ketinggalan untuk permainan Pokémon Sword dan Pokémon Shield yang akan datang,
- Jurulatih boleh mengurus koleksi Pokémon mereka di permainan-permainan mereka. Selain itu, mereka boleh berdagang dengan rakan-rakan atau sesiapa sahaja di seluruh dunia secara langsung menggunakan Pokémon HOME melalui peranti mudah alih. Penambahan masa depan yang berpotensi akan membolehkan pemain berganda dalam satu lokasi untuk berdagang sekaligus.
Pokémon HOME dijangka akan dilancarkan pada awal 2020 pada peranti iOS dan Android serta Nintendo Switch.
Pokémon Sleep
Bagaimana jika kita dapat meneruskan latihan Pokémon… walaupun dalam tidur? 💤
Okay kalini korang dapat bangun setiap pagi dengan Pokémon! Sebuah aplikasi mudah alih yang datang dari Syarikat Pokémon yang dinamakan Pokémon Sleep.
- Akan membawa alam permainan lain dari yang lain
- Peranti yang bedasarkan Pokémon GO Plus menggunakan pecutan tertanam untuk mengesan masa tidur anda dan menghantar maklumat ini ke telefon pintar anda melalui Bluetooth.
- Peranti baru ini, yang dipanggil Pokémon GO Plus +, juga mempunyai fungsi yang sama seperti Pokémon GO Plus yang asal.
- Gunakannya sebagai Pokémon GO Plus pada siang hari.
- Letakkannya di sebelah bantal anda pada waktu malam untuk mengesan masa tidur anda.
Pelancaran Pokémon Sleep untuk peranti mudah alih pada tahun 2020.
Detective Pikachu Terbaru akan hadir di Nintendo Switch
Kehangatan filem Detective Pikachu masih belum reda lagi dan telah meninggalkan ramai peminat yang ingin mendapatkan banyak lagi Pokémon yang terkenal. Creature Inc. kini mempunyai rancangan untuk membuat entri terbaru dalam siri permainan video Detective Pikachu didalam Nintendo Switch.
Permainan Detective Pikachu yang asal berakhir dengan penjahat dan permainan yang akan datang ini akan menjadi sekuel kesimpulan daripada kisah tersebut.
Butiran permainan ini masih misteri,apapun kitorang akan kemaskini okay!
Selain 4 pekara utama ini dimaklumkan dalam sidang media ini, Pengarah The Pokémon Company, Tsunekazu Ishihara turut memperkenalkan baju kemeja T yang digelar Pokémon Shirts.
Sambil memakai baju ini di atas pentas, Ishihara turut menyatakan bahawa rekaan baju ini bertemakan 101 Pokémon yang pertama!
Konsep terbaru Pokémon Center di Parco musim luruh ini juga dikongsikan mereka. Tak sabar nak tengok sendiri bila dah siap okay!
Tak terlupa juga Snorlex akan tidur di sekeliling korang sempena acara ‘Sleeping Snorlax That Know the Move Yawn‘ di Pokémon Go bermula 28 Mei 2019 sehingga 3 Jun 2019.
Jangan lupa untuk teruskan bersama kitorang untuk kemaskini Pokémon Sword dan Pokémon Shield pada minggu hadapan 5 Jun 2019!
@gamersantaimy
Discussion about this post