PUBG Mobile hari ini telah melancarkan mod fitur terbaru untuk game mereka, iaitu Traverse-Insectoid bagi menambahkan pengalaman battle royale untuk para pemain. Pemain Insectoid akan bertarung dengan pantas bersama peluru berpandu yang tiada had, menggunakan bahan letupan serta menjadi mikroskopik sambil cuba mengelak dari di pan pemain lain. Mod Traverse-Insectoid akan tersedia di PUBG Mobile sehingga 5 Julai ini.
Mod Traverse-Insectoid membolehkan pemain menggunakan teknologi pengecilan yang menjadikan mereka kepada saiz serangga. Mod ini boleh dimainkan di Erangel, dan pemain akan menemui lima makmal yang perlu dicari di dalam kawasan peta tersebut. Setiap pemain akan memegang Quantum Transformation Device, dan akan menggunakannya untuk berubah ke saiz serangga mini.
Dalam saiz serangga ini, pemain tidak boleh menggunakan peralatan yang ada dari beg mereka, tetapi akan menggunakan peluru berpandu untuk menyerang pemain lain yang sama saiz. Mereka juga akan terbang di sekitar makmal, tetapi akan bertukar menjadi saiz normal apabila terkeluar dari kawasan makmal. Untuk pengetahuan anda juga, pemain insectoid tidak boleh dicederakan dengan senjata biasa, tetapi akan mati apabila terkena pan pemain lain.
Tambahan pula, untuk mengelilingi peta dalam saiz Insectoid, pemain perlu mengumpulkan Energy Light Point untuk membolehkan mereka menggunakan wormhole. Setiap Light akan memberikan pemain lima Light Point, dan mereka perlu mengumpulkan 40 Light Point untuk mengaktifkan wormhole dan teleport ke salah satu daripada empat makmal lain. Light Point hanya boleh diperoleh ketika anda dalam bentuk Insectoid, tetapi pemain bersaiz normal boleh mendapatkannya di Energy Store untuk menukarnya dengan Combat Supplies.
Pegawai Pengurus Pemasaran PUBG Mobile SEA, Jenny Zhuang menyatakan bahawa mereka ingin memberikan pengalaman gameplay yang berbeza untuk peminat PUBG Mobile di seluruh dunia. Mod ini juga dikatakan menjadikan pemain bertukar ke saiz kecil, dan menjelajahi kawasan pertempuran dalam bentuk mikrokosmos yang unik dan menarik. Beliau juga menyatakan mod baru ini mendorong pemain untuk menyusun semula strategi mereka untuk memenangi pertandingan .
Selain daripada mod Traverse-Insectoid, PUBG Mobile telah melancarkan Royale pass Season 19 dengan tema yang sama, serta menawarkan outfit eksklusif bertemakan serangga dan telah memasuki misi minggu ke-4. Untuk membaca segala liputan kami mengenai PUBG Mobile, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post