PUBG Mobile, battle royale versi telefon pintar untuk PlayerUnknown’s Battlegrounds, telah ditutup di China oleh penerbitnya Tencent selepas setahun menunggu dan tidak mendapat kelulusan daripada kerajaan China untuk monetise permainan tersebut di negara itu. Menurut satu post dari akaun rasmi Tencent melalui platform Weibo, mereka berkata, ujian untuk PUBG akan ditamatkan dan diggantikan dengan “Game for Peace” yang lebih bertemakan patriotik dan kurang darah daripada PUBG Mobile yang berunsur keganasan.
ICYMI:
Tencent has stopped operating PUBG Mobile in China, launched a new battle royale game called ‘Game for Peace’ which received monetisation approval on Apr 9. Players must transfer to the new game. Tencent can begin to monetise in China now.
More: https://t.co/iOPIrY5agR pic.twitter.com/IiVQWO0Sde
— Daniel Ahmad (@ZhugeEX) May 8, 2019
Game for Peace, adalah game battle royale seakan-akan klon PUBG tetapi menurut website Tencent, game ini memberi penghormatan kepada “pahlawan di langit biru yang menjaga ruang udara negara kita “, merujuk kepada angkatan udara China. Permainan ini telah diluluskan untuk monetisation, dan mempunyai fungsi untuk menyokong perpindahan akaun pemain PUBG ke game tersebut.
They changed PUBG Mobile in China to comply with stricter game violence laws. Now when you ‘kill’ someone they give you a loot box and wave goodbye and honestly it’s just so hilariously wholesome pic.twitter.com/Q5xkrtM0MA
— Svend Joscelyne (@SvendJoscelyne) May 8, 2019
Apa yang menariknya, perubahan ketara dibuat untuk Game for Peace jelas dapat dilihat apabila pemain membunuh pemain lain, mereka akan melambaikan tangan balik kepada pemain tersebut.
Bukan itu sahaja, lootbox akan turut diberikan seolah-olah mereka akur dengan nasib selepas dibunuh. Menurut para pemainnya, selain daripada kekurangan darah dan gore, game ini memang kelihatan sama seperti PUBG Mobile. Ia juga boleh dikatakan game alternatif sosialis.
Kerajaan China telah mengenakan peraturan dan undang-undang baru untuk permainan mudah alih pada bulan April lepas. Selain dari kekurangan darah dan keganasan, kerajaan China juga akan menghadkan kelulusan permainan yang merujuk sejarah empayar China. Mahjong dan permainan poker juga diharamkan, dan bilangan permainan keseluruhan yang diluluskan oleh kerajaan akan dihadkan. PUBG Mobile mempunyai 70 juta pemain aktif setiap hari di China sebelum penutupannya, namun pemain di sana tidak risau kerana mereka boleh memindahkan akaun PUBG ke Game For Peace ini. Ini bukanlah kali pertama game PUBG melalui kontroversi sedemikian, malah di India pula, PUBG dikaitkan dengan penyakit sakit jiwa!
@gamersantaimy
Discussion about this post