Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Final Fantasy VII Revelation – Trailer Baru Dedahkan Boss Weapon, Kapal Highwind & Sistem FITS

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 26, 2026
in Action, Artikel, Berita, Epic Store, Microsoft, Nintendo Switch 2, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Final Fantasy VII Revelation – Trailer Baru Dedahkan Boss Weapon, Kapal Highwind & Sistem FITS
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix telah mendedahkan trailer serta maklumat baharu untuk Final Fantasy VII Revelation, babak ketiga serta penutup kepada trilogi Final Fantasy VII Remake.

Ditunjukkan buat kali pertama di Gamescom, trailer ini memberikan gambaran paling jelas tentang game ini, yang dijadualkan keluar pada musim bunga (Mac-Jun) 2027 untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, Nintendo Switch 2, serta PC melalui Steam, Epic Games Store, dan Microsoft Store.

Trailer baharu memberi tumpuan kepada penjaga planet gergasi yang dikenali sebagai Weapons. Bangkit untuk mempertahankan dunia yang musnah, entiti kolosal ini menyerang tanpa memilih kawan atau lawan lalu melakukan kemusnahan dahsyat. Cloud dan rakan-rakannya perlu melawan mereka di pelbagai medan lawan… dari padang pasir, di udara, hinggalah ke dasar lautan. Square Enix turut mengesahkan bahawa pemain veteran boleh menjangkakan pertarungan endgame yang mencabar sebagai penghormatan kepada “super-boss” daripada game asal tahun 1997.

Aspek mobiliti turut menerima peningkatan dalam Revelation. Pemain boleh menerbangkan kapal udara Highwind di seluruh peta dunia dan terjun ke mana-mana zon pilihan menggunakan payung terjun tanpa sebarang skrin loading. Bagi penerokaan di darat pula, ia diluaskan dengan penggunaan grappling hook, tunggang Chocobo, serta kebebasan untuk menangani pelbagai krisis mengikut turutan pilihan anda semasa Meteor semakin menghampiri.

Sistem combat masih mengekalkan aksi real-time dan Tactical Mode seperti game sebelumnya, tetapi sekarang ditambah dengan watak baharu yang boleh dimainkan serta summon kegemaran ramai, Typhon.

Penambahan gameplay terbesar dalam trailer ini ialah sistem FITS. Ciri ini memperkenalkan kostum khas yang memberikan kuasa unik dan peranan khusus kepada watak, diilhamkan daripada sistem job klasik Final Fantasy. Menerusi trailer tersebut, peminat dapat melihat Cloud memakai kostum klasik Warrior, manakala Tifa pula beraksi sebagai Black Mage.

Bagi pemain di Malaysia yang ingin mengikuti semula jalan cerita sebelum game finale tiba, kedua-dua Final Fantasy VII Remake Intergrade dan Final Fantasy VII Rebirth boleh dimainkan di PS5, Xbox Series X|S, Nintendo Switch 2, serta PC.

Membawa save data anda ke dalam Final Fantasy VII Revelation akan membuka beberapa ganjaran istimewa:

  • Save Data Final Fantasy VII Remake Intergrade: Membuka Chocobo & Moogle Summon Materia.
  • Save Data Final Fantasy VII Rebirth: Membuka Phoenix Summon Materia.
Tags: Final Fantasy VII Revelation
ShareTweetSend
Previous Post

HoYoverse Umum ‘Nodusfall’ – Tinggalkan Visual Anime Untuk Grafik Ultra Realistik

Next Post

PUBG: DED.NET – Bukan Battle Royale Tapi FPS Roguelite; Pendaftaran Closed Beta Dibuka

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
PUBG: DED.NET – Bukan Battle Royale Tapi FPS Roguelite; Pendaftaran Closed Beta Dibuka

PUBG: DED.NET - Bukan Battle Royale Tapi FPS Roguelite; Pendaftaran Closed Beta Dibuka

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd