Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Fatal Fury: City of the Wolves Mengacah Kehadiran Kenshiro Daripada “Fist of the North Star!”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 9, 2026
in Artikel, Berita, DLC, Epic Store, Fighting, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Fatal Fury: City of the Wolves Mengacah Kehadiran Kenshiro Daripada “Fist of the North Star!”
Share on FacebookShare on Twitter

Menerusi sebuah teaser baharu, SNK nampaknya mengesahkan kerjasama mega antara fighting game popular mereka, Fatal Fury: City of the Wolves, dengan siri manga dan anime yang cukup legenda, Fist of the North Star.

Video itu memaparkan adegan seorang budak lelaki dan perempuan yang terperangkap di celah lorong oleh dua orang samseng. Tiba-tiba, seorang pahlawan misteri datang menyelamatkan keadaan. Dengan hanya satu sentuhan jari pada dahi seorang penjahat, diiringi efek bunyi ikonik dari anime Fist of the North Star, musuh itu pun tewas.

Walaupun wajah penyelamat itu tidak didedahkan, peminat segera dapat mengecam susuk tubuhnya yang tegap serta lengan dan kakinya yang sangat mirip dengan Kenshiro, watak utama bagi siri ikonik tersebut.

Ini menguatkan lagi andaian ramai bahawa Kenshiro bakal diperkenalkan sebagai watak jemputan) untuk DLC musim ke-2 permainan. Dengan barisan petarung untuk musim pertama sudah pun lengkap, ramai yang menjangkakan pengumuman rasmi mengenai barisan fighter seterusnya akan dibuat dalam masa terdekat.

Fatal Fury: City of the Wolves merupakan game terbaharu dalam siri ini selepas lebih 20 tahun, yang dilancarkan pada April 2025. Game ini kini boleh didapati di platform PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan juga PC melalui Steam dan Epic Games Store. Buat masa ini, pihak SNK masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Tags: DLCFatal Fury: City of the WolvesFist of the North Star
ShareTweetSend
Previous Post

PUBG: BLINDSPOT Akan Tersedia Secara Early Access Bermula 5 Februari!

Next Post

hololive Akhirnya Umum Game Mobile Rasmi Pertama Mereka, “hololive Dreams!”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
hololive Akhirnya Umum Game Mobile Rasmi Pertama Mereka, “hololive Dreams!”

hololive Akhirnya Umum Game Mobile Rasmi Pertama Mereka, "hololive Dreams!"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd