Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PS5 Slim baru diumumkan – 30% lebih kecil, hingga 24% lebih ringan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 11, 2023
in Artikel
0 0
0
PS5 Slim baru diumumkan – 30% lebih kecil, hingga 24% lebih ringan!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan model PlayStation 5 (PS5) dan PlayStation 5 Digital Edition jenis “slim” yang lebih kecil dan ringan. Model baharu ini akan dilancarkan pada bulan November di Amerika Syarikat di pengedar terpilih dan PlayStation Direct, diikuti dengan pelancaran global dalam beberapa bulan selepas itu. Malangnya, kami tidak tahu bila model “slim” ini akan dilancarkan di Malaysia setakat artikel ini ditulis.

Sempena itu, mereka telah mengeluarkan video baharu yang anda boleh tonton di bawah:

Saiz bagi model baharu PlayStation 5 telah dikurangkan lebih daripada 30 peratus, manakala beratnya diturunkan sebanyak 18 peratus (standard) dan 24 peratus (Edisi Digital) berbanding model sebelum. Konsol ini menampilkan empat cover panel berasingan—bahagian atas dibuat oleh kemasan berkilat manakala bahagian bawah adalah sepenuhnya matte. Storan dalaman juga telah dinaik taraf kepada 1TB.

Selain itu, spesifikasi lain masih kekal sama termasuk perkakasan dan plot.

Kredit: SIE

Pengguna yang membeli PlayStation 5 Edisi Digital akan mempunyai pilihan untuk menambah Ultra HD Blu-ray Disc Drive yang disertakan dengan PlayStation 5 standard, kerana ia boleh dibeli secara berasingan.

Kredit: SIE

“Horizontal stand” baharu turut akan disertakan dengan dua model tersebut, dan serasi (boleh dipasang) dengan semua model PlayStation 5. Stand ini akan dijual secara berasingan.

Kredit: SIE
Kredit: SIE

Sebaik sahaja inventori untuk model PlayStation 5 dan PlayStation 5 Edisi Digital lama telah habis dijual, PS5 Slim akan menjadi satu-satunya model yang tersedia pada masa hadapan.

Seperti saya kata tadi, harga dan bila ia akan dilancarkan di Malaysia masih belum didedahkan lagi, tetapi moga-moga SIE dapat memberi jawapan dalam masa terdekat.


Untuk dapatkan segala berita kami tentang PS5, sila tekan pautan ini.

ShareTweetSend
Previous Post

Total War: Pharaoh Review — Bangunkan Empayar Hebat Anda di Zaman Mesir Purba

Next Post

Jujutsu Kaisen Cursed Clash Sah Lancar Pada 2 Februari 2024! Pertarungan 2v2 Sorcerer Hebat!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Jujutsu Kaisen Cursed Clash Sah Lancar Pada 2 Februari 2024! Pertarungan 2v2 Sorcerer Hebat!

Jujutsu Kaisen Cursed Clash Sah Lancar Pada 2 Februari 2024! Pertarungan 2v2 Sorcerer Hebat!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd