Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Ball Z: Kakarot menambah sistem Crowd Battle 1 vs 100 di DLC seterusnya!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 19, 2020 - Updated on February 20, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Genre
0 0
0
Dragon Ball Z: Kakarot menambah sistem Crowd Battle 1 vs 100 di DLC seterusnya!
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco telah berkongsi maklumat terkini dalam edisi terbaru V-Jump mengenai sistem pertempuran ala-ala musou baru akan datang di DLC seterusnya Dragon Ball Z: Kakarot. DLC ini dijangka akan keluar pada hujung 2020. Sistem “Crowd Battle” baru akan memaksa anda melawan sejumlah besar musuh sekaligus. Permainan ini akan melemparkan lebih daripada 100 musuh serentak yang akan menyerang pemain. Laporan itu menggambarkannya seperti adegan filem Dragon Ball Z: Resurrection F di mana wira kami melawan tentera Frieza.

Semasa pertempuran besar-besaran ini, pemain dapat menggunakan serangan khas dengan jarak yang lebih luas, abiliti yang lebih kuat, dan kebolehan baru yang dipelajari daripada DLC. “Z-Combination” adalah salah satu kemahiran di mana anda bekerjasama dengan watak sokongan untuk melancarkan serangan berganda. Selain itu, jika anda memerlukan pengalaman musou seperti francais Dynasty Warriors di Dragon Ball Z: Kakarot, anda dapat segera menghapuskan segerombolan musuh dengan abiliti seperti God Speed ​​Fist atau Maximum Kamehameha.

DLC “A New Power Awakens — Part 2” akan tiba pada hujung tahun 2020. Selain daripada tambahan bentuk Super Saiyan Blue untuk Goku dan Vegeta, ia juga akan menampilkan Golden Frieza sebagai antagonis.

Dragon Ball Z: Kakarot kini tersedia untuk PlayStation4, Xbox One, dan PC melalui Steam.

Sumber: Ryokutya2089
PC
PS4
Dragon Ball Z: Kakarot
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Developer: CyberConnect2
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Dragon Ball Z: Kakarot adalah game action RPG Dragon Ball yang bermula dari awal permulaan manga/ anime hingga ke kesimpulan epiknya. Dalam pengembaraan Saiyan Super ini, anda akan bertemu dengan pelbagai watak terkenal dan menavigasi di dunia ikonik Dragon Ball Z.  
Tags: A New Power Awakens - Part 2Bandai NamcoCrowd BattleDLCDragon Ball Z: KakarotGolden FriezaSuper Saiyan Blue
Previous Post

PS5 mungkin telah ditunda di Malaysia & negara-negara SEA lain secara diam-diam!

Next Post

Kumpul Stickers dan dapatkan Pokémon Poké Plates 2.0 di 7-Eleven sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Kumpul Stickers dan dapatkan Pokémon Poké Plates 2.0 di 7-Eleven sekarang!

Kumpul Stickers dan dapatkan Pokémon Poké Plates 2.0 di 7-Eleven sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd