Senior VP Sony menerusi Famitsu, Hiroyuki Oda sudah kasi kompom yang PS Vita akan di stop manufacturing dia tahun depan kat Jepun, dan diorang takde plan pun nak release handheld baru, at least not yet kot sebab gila kau nak head-on dengan Switch skang ni..
Genap 9 tahun konsol ni hidup selepas release Disember 2011. Dia kata manufacture kat Jepun dalam 2019 je, dan dari situ shipping aku dihentikan. Tapi dia tak spesifik kata shipping dalam Jepun saja ke ataupun worldwide.
Kalau ikut sejarahnya memang Vita ni sales tak berapa nak pegi, total 16 juta unit je worldwide; walaupun dengan title-title best macam Persona 4 Golden, Spelunky dan Final Fantasy X remaster. Kalau PSP laku 80 million weh.
Masa Vita keluar dulu pun kebetulan plak gaming smartphone baru start gak, so struggle la diorang nak tarik orang nak beli mende yang dedicated untuk mobile gaming.
Aku pun Vita pinjam member punya je, sekadar nak main beberapa title, sebab aku tak nampak value pun nak beli. Korang plak cane? Sape ada Vita kasi share ini barang..
@gamersantaimy
Discussion about this post