“SLAM DUNK“, permainan e-sukan bola keranjang real-time 3V3 yang dihasilkan oleh Toei Animation dan diedarkan oleh DeNA telah mengumumkan pelancaran profil pemain baru iaitu “Skinhead Sakuragi” pada 14 April. “Skinhead Sakuragi” masih merupakan Power Foward pasukan dan nilai status keseluruhan, bersama dengan Skill dan Talent telah ditingkatkan berbanding dengan “Hanamichi Sakuragi” yang asli. Pemain kini boleh memilih Sakuragi yang berbeza untuk setiap permainan serta menggunakan taktik berbeza bagi memberikan yang terbaik dari setiap pasukan.
Pengenalan Profil Skinhead Sakuragi
Di dalam profil ini menyatakan Skinhead Sakuragi adalah pemain memakai jersi nombor 10, dari Tahun 1 sekolah Shohoku. Sakuragi bermain di posisi Power Forward (PF) yang memiliki ketinggian 188cm dan berat 83kg. Sakuragi adalah anak muda yang berbakat dalam bidang sukan dan mempunyai peningkatan kemahiran luar biasa. Kemahiran melantun bola Sakuragi lebih baik daripada Kangawa.
Pengenalan Skil Skinhead Sakuragi
Skinhead Sakuragi mempunyai kemampuan yang lebih tinggi dalam melakukan Close shot, Mid-range shot dan Dunk berbanding Sakuragi yang biasa. Ia juga mempunyai kemampuan Rebound dan Block luar biasa setelah ditingkatkan. “High Block” juga telah ditambah untuk meningkatkan tahap Block serta latihan keras jump shoot Sakuragi meningkatkan kemampuan Mid-Range shot-nya. Akan ada lebih banyak cara Offense selepas peningkatan Talent, termasuk Side Step Jumper dan Pump F Floater, membuatkannya paling terkuat dalam pasukan untuk Offense.
Talent yang telah ditambah menyokong Rebound Sakuragi, seperti “Perfect rebound” dan “Tip”. Talent ini menjadikan Sakuragi lebih cekap dalam merebut Rebound. Tip meningkatkan kadar merebut Rebound dengan gabungan kelajuan melompat Sakuragi yang hebat.
“Clutch putback dunk” dan “Miracle block” adalah dua jenis utama Sakuragi. “Clutch putback dunk” membolehkan Sakuragi merebut Rebound dan melakukan Dunk terus, sementara “Miracle block” membolehkannya menyekat Rival dengan cekap, menjadikannya kunci kepada kemenangan pasukan.
Pengenalan Affinity
Empat jenis Affinity kini dibuka, seperti Problem Brigade, Amusing Duo, Dazzling Star, dan Assault Response. Affinity ini berkaitan dengan Middle, Jump, REB, dan Strength.
@gamersantaimy
Discussion about this post