Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu Towa and the Guardians of the Sacred Tree – Cubaan Roguelite Kreatif Berlatar Budaya Jepun!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 12, 2025
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, Preview, PS5, Roguelike, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Previu Towa and the Guardians of the Sacred Tree – Cubaan Roguelite Kreatif Berlatar Budaya Jepun!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam dunia berus dakwat dan combat berwarna-warni, Towa and the Guardians of the Sacred Tree hadir menjanjikan satu pengalaman unik apabila ia dilancarkan pada 19 September 2025.

Dibangunkan oleh Brownies Inc. dan diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment, game aksi-pengembaraan roguelite 2D berperspektif isometrik ini membawa pemain ke perkampungan mistik Shinju Village.

Dalam sesi previu selama 20 minit baru-baru ini, kami berpeluang merasai sendiri dunia Towa, seorang gadis priestess muda bersama para penjaga cerianya, menentang ancaman Magatsu dalam sebuah dunia yang indah namun bahaya.

Demi Menyelamatkan Tanah Kelahiran

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Berlatar di Kampung Shinju yang subur dan penuh misteri, Towa and the Guardians of the Sacred Tree mengisahkan perjalanan Towa bersama lapan penjaganya (Guardian) dalam usaha menentang ancaman Magatsu yang mengganggu kedamaian tanah mereka.

Naratif permainan mengangkat tema keberanian, dengan pemain berpeluang membina hubungan erat bersama para Guardian sambil menempa pedang yang lebih kuat untuk memulihkan dunia. Dunia Shinju yang indah namun dipenuhi bahaya ini penuh dengan rahsia dan cabaran di setiap sudutnya.

Fokus pada perkembangan hubungan dan emosi watak memberikan kisahnya lebih makna, menjadikan setiap misi terasa penting dalam perjalanan menuju sesuatu yang lebih besar.

Gabungan Roguelite dan Strategi Pantas

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Pada terasnya, Towa and the Guardians of the Sacred Tree merupakan game roguelite berirama pantas di mana pemain mengawal dua Guardian dalam setiap misi — seorang membawa pedang suci (Tsurugi) untuk serangan jarak dekat, manakala seorang lagi menggunakan tongkat ajaib (Kagura) untuk sokongan atau serangan dari jauh.

Setiap Guardian hadir dengan kemahiran serta set senjata tersendiri, memberikan variasi gaya permainan yang berbeza. Dalam demo, saya sempat mencuba empat watak berbeza, masing-masing menampilkan mekanik unik.

Contohnya, Origami mahir dengan serangan jarak jauh untuk mengekang musuh, tetapi kurang berkesan dalam pertarungan jarak dekat, manakala Nishiki yang diilhamkan daripada ikan koi hanya mempunyai satu cas dash, menjadikannya lebih mencabar sebagai pilihan serangan utama.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Combat dalam game ini ibarat tarian antara strategi dan refleks. Serangan pedang akan menjadi tumpul jika digunakan secara berterusan, memaksa pemain melaksanakan serangan pecut quick-draw untuk menajamkan semula bilah pedang demi mengekalkan tahap serangan maksimum.

Mekanik ini menambah elemen taktikal, memerlukan keseimbangan antara serangan agresif dan gerakan pantas yang tepat pada masanya. Setiap peta yang diselesaikan akan memberikan ‘Graces’ — yang boleh dikumpul, ditingkatkan, atau ditukar, menawarkan perkembangan karakter.

Ada juga peta yang berakhir dengan laluan bercabang lengkap dengan simbol-simbol petunjuk, memberi gambaran tentang jenis ganjaran atau cabaran yang bakal ditempuhi, menjadikan penerokaan sentiasa terasa segar dan berbaloi.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Game ini turut menyokong mod solo, local co-op, dan online co-op, menjadikannya fleksibel untuk pelbagai gaya bermain. Di Shinju Village, pemain boleh berlatih, membuka abiliti baharu, serta menempa senjata, dengan kampung tersebut turut berkembang seiring perjalanan masa.

Hubungan yang dibina dengan penduduk kampung akan membuka kisah sampingan dan kebolehan baharu, menjadikan kampung itu bukan sekadar tempat berehat, tetapi juga pusat kemajuan antara setiap misi.

Seni Visual Bertemakan Lukisan Dakwat Jepun

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Dari segi visual, Towa and the Guardians of the Sacred Tree ibarat surat cinta kepada seni lukisan dakwat Jepun, menampilkan rekaan watak yang dilukis tangan serta latar pemandangan yang hidup bak karya pelukis tradisional.

Gaya estetiknya yang penuh warna ini diserlahkan lagi dengan iringan runut bunyi hasil sentuhan komposer terkenal Hitoshi Sakimoto, menghasilkan pengalaman imersif seolah-olah pemain melangkah masuk ke dalam sebuah karya seni yang hidup.

Setiap lokasi (daripada hutan menghijau hingga dungeon gelap dan suram) menunjukkan perhatian terhadap perincian artistik yang menjadi kekuatan utama game ini.

Mudah Akses Tapi Masih Menguji Kemahiran

Towa and the Guardians of the Sacred Tree mudah untuk diakses oleh pemain baharu, tetapi menawarkan cabaran yang memerlukan masa untuk benar-benar dikuasai: hasil daripada barisan watak yang pelbagai serta kombinasi gaya bertarung.

Empat watak yang saya cuba dalam demo sudah cukup mempamerkan variasi gaya permainan, daripada serangan tepat Origami hinggalah pecut berisiko tinggi milik Nishiki, memastikan setiap pemain dapat menemui gaya yang sesuai dengan mereka.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Sistem kawalan dua watak dalam satu misi serta sokongan co-op menjadikan game ini menonjol berbanding roguelite lain, ditambah pula dengan elemen kampung yang berkembang dan hubungan yang terjalin, memberikan identiti tersendiri.

Dengan pelancaran di PlayStation 5, Xbox Series X|S, Nintendo Switch, dan PC melalui Steam, Towa tampak bersedia untuk memikat peminat genre roguelite serta mereka yang baru ingin mencuba. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web rasmi mereka.

Tags: previuTowa and the Guardians of the Sacred Tree
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu F1 25 – Kesilapan Tahun Lepas Tidak Terulang!

Next Post

Interviu Towa and the Guardians of the Sacred Tree – Di Sebalik Tabir Mencipta Roguelite Mitologi Jepun!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Interviu Towa and the Guardians of the Sacred Tree – Di Sebalik Tabir Mencipta Roguelite Mitologi Jepun!

Interviu Towa and the Guardians of the Sacred Tree - Di Sebalik Tabir Mencipta Roguelite Mitologi Jepun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd