Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[TGS25] Previu The Adventures of Elliot: The Millennium Tales – Jangan Terpedaya Dengan Piksel Comel, Game Ini Mencabar

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 29, 2025
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, PC, Preview, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
[TGS25] Previu The Adventures of Elliot: The Millennium Tales – Jangan Terpedaya Dengan Piksel Comel, Game Ini Mencabar
Share on FacebookShare on Twitter

Di Tokyo Game Show tahun ini, di salah satu sudut di reruai Square Enix yang sibuk, saya berpeluang meluangkan masa selama 30 minit dengan salah satu judul mereka yang paling dinanti-nantikan: The Adventures of Elliot: The Millennium Tales. Hasil ciptaan daripada pasukan kreatif di sebalik judul-judul klasik moden seperti Octopath Traveler dan Bravely Default, game ini serta-merta menarik perhatian dengan estetika HD-2D yang menjadi ciri utamanya. Namun, aksi yang lancar dan rekaan bos yang menggerunkanlah yang benar-benar meninggalkan kesan mendalam.

Kredit: Square Enix

Pertama kali diumumkan semasa siaran Nintendo Direct pada 31 Julai, The Adventures of Elliot ialah sebuah RPG aksi serba baharu yang menggabungkan seni piksel yang menawan dengan persekitaran 3D yang imersif. Kisahnya berlatarkan dunia fantasi zaman pertengahan bernama Huther, benteng terakhir umat manusia yang dilindungi oleh perlindungan sakti yang kuat. Apabila sebuah runtuhan misteri yang tidak dikenali ditemui, Raja mengamanahkan seorang pengembara muda bernama Elliot dengan satu misi penting: untuk menyiasat rahsia yang terkandung di dalamnya.

Kredit: Square Enix

Ditemani oleh rakan pari-parinya yang bersemangat, Faie, Elliot mengembara melepasi sempadan kerajaan menuju ke sebuah tanah liar yang penuh dengan bahaya. Perjalanan mereka menjanjikan pendedahan seribu tahun sejarah yang tersembunyi, membongkar takdir yang saling berkait antara seorang pengembara dan seekor pari-pari.

Kredit: Square Enix

Sesi demo saya bermula dengan memperkenalkan mekanisme gameplay. Sebagai Elliot, saya menerokai persekitaran yang subur, tetapi ia lebih daripada sekadar sebuah pengembaraan ‘hack-and-slash’ biasa. Faie bukan sekadar watak sampingan; dia amat penting untuk keseluruhan pengalaman gameplay. Di dalam dunia ini, kebolehan magisnya digunakan untuk menyelesaikan teka-teki persekitaran, membuka laluan baharu dan memberi ganjaran kepada penerokaan yang strategik.

Kredit: Square Enix

Kerjasama ini bersambung ke dalam sistem combat yang intuitif. Pemain mengawal Elliot secara terus, melakukan serangan biasa, serangan cas yang kuat, dan gerakan bertahan menggunakan perisai. Parry yang tepat pada masanya akan menghasilkan perfect parry, satu mekanik memuaskan yang memberi ganjaran kepada ketepatan dan kemahiran. Pada masa yang sama, Faie menyediakan sokongan strategi, dengan kebolehannya melengkapkan kehebatan pertempuran jarak dekat Elliot. Dinamik ini menghasilkan aliran combat yang mudah diakses tetapi masih kompleks.

Kredit: Square Enix

Walau bagaimanapun, kemuncak sesi uji saya ialah pertarungan bos menentang Lord of the Maw. Makhluk raksasa yang kelihatan seperti ikan ‘anglerfish’ ini merupakan contoh rekaan bos yang hebat. Serangan utamanya melibatkan cubaan memerangkap saya di dalam buih dan menyedut saya dengan mulutnya yang besar untuk menghasilkan damage yang dahsyat. Kunci kemenangan adalah dengan meletakkan bom berdekatannya, yang apabila meletup, akan membuat raksasa itu terhuyung-hayang dan mendedahkan titik lemahnya.

Kredit: Square Enix

Tetapi pertarungan itu penuh dengan helah yang bijak. Pada satu ketika, Lord of the Maw melancarkan serangan ombak satu skrin. Untuk terselamat, saya terpaksa meneliti arena dengan pantas untuk mencari beberapa daun teratai, mengenal pasti daun yang paling rendah dengan cepat dan melompat ke atasnya untuk mengelak daripada dihanyutkan.

Kredit: Square Enix

Tatkala saya sudah mula biasa dengan corak serangannya, pertarungan tersebut memasuki fasa kedua. Cabarannya meningkat dengan mendadak apabila bos mula memanggil puting beliung yang akan menghalang bom saya secara aktif, memaksa saya memikirkan semula strategi saya serta-merta. Saya akui, saya mati berkali-kali. Namun, game ini menggalakkan pembelajaran melalui kaedah ‘trial and error’, membolehkan anda hidup semula dan terus menyambung pertarungan. Dengan setiap percubaan, saya mempelajari corak serangan bos, elakan saya menjadi lebih cekap, dan setiap serangan balas yang berjaya terasa amat memuaskan.

Kredit: Square Enix

Sesi demo 30 minit The Adventures of Elliot: The Millennium Tales benar-benar mengagumkan saya. Gabungan visual HD-2D yang cantikj, penerokaan unik berbantukan pari-pari, dan mekanik combat yang kompleks menghasilkan sebuah pengalaman RPG yang terasa nostalgia tetapi pada masa yang sama serba baharu. Pertarungan dengan Lord of the Maw telah mempamerkan potensi kreatif dan dinamik game ini, mengimbangi cabaran yang sukar dengan keseronokan.

Kredit: Square Enix

Walaupun tahap kesukarannya agak tinggi, kepuasan yang diperoleh selepas mengatasi setiap halangan menjadikan pengembaraan ini benar-benar berbaloi. Jika versi penuh game ini mampu mengekalkan tahap kualiti, kekemasan, dan kreativiti yang saya saksikan dalam sesi pendek ini, The Adventures of Elliot berpotensi untuk menjadi salah satu RPG yang paling tidak dapat dilupakan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Kredit: Square Enix

The Adventures of Elliot: The Millennium Tales akan membuat pelancaran pada tahun 2026 di Nintendo Switch 2, PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC. Satu demo kini tersedia untuk pemain di Nintendo Switch 2. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: The Adventures of Elliot: The Millennium Tales
ShareTweetSend
Previous Post

[TGS25] Previu Killer Inn – Hidup Mati Penuh Khianat

Next Post

SEGA Raikan Bakat Asia Tenggara, Termasuk Influencer Malaysia, Dalam Acara Meriah Sonic Racing Di TGS 2025

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
SEGA Raikan Bakat Asia Tenggara, Termasuk Influencer Malaysia, Dalam Acara Meriah Sonic Racing Di TGS 2025

SEGA Raikan Bakat Asia Tenggara, Termasuk Influencer Malaysia, Dalam Acara Meriah Sonic Racing Di TGS 2025

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd