Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu Phantom Blade Zero – Ada Banyak Lagi Tarikan Selain Aksi Combat Yang Gah

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 9, 2026
in Action, Artikel, Berita, Epic Store, PC, Preview, PS5, RPG, Steam
0 0
0
Previu Phantom Blade Zero – Ada Banyak Lagi Tarikan Selain Aksi Combat Yang Gah
Share on FacebookShare on Twitter

Dapat peluang main selama tiga jam untuk game aksi yang belum keluar memang jarang, apatah lagi bila dapat cuba terus dari babak awal. Sepanjang sesi hands-on kami dengan Phantom Blade Zero di gamescom 2026, tidak ada tutorial yang dilangkau atau arena perlawanan yang dah siap dipilih awal-awal.

Bermula dari minit pertama, kami melihat rentak sebenar game ini… bagaimana ia ajar cara berlawan, dorong kita teroka kawasan, tukar bahan kutipan jadi peningkatan watak, dan perlahan-lahan bina kemahiran kita kepada satu gaya lawan yang kuat.

Sebelum ini, kebanyakan orang cuma bercakap pasal aksi lawan yang laju dan pertarungan boss yang nampak gah saja. Tetapi selepas meluangkan masa dengan game ini, kami sedar visual yang cantik itu cuma sebahagian daripada ceritanya.

Makin lama main, makin nampak sistem penting yang lain termasuk tinjau kawasan sekitar, kumpul bahan crafting, naik taraf senjata, dan penceritaan dunia, yang semuanya main peranan besar dalam pengalaman keseluruhan.

Jadi, bila dimainkan terus dari awal, apa sebenarnya yang Phantom Blade Zero tawarkan selain aksi pedang yang bergaya?

Navigasi Peta, Stealth, dan Ganjaran Tersembunyi

Banyak masa dalam sesi demo dihabiskan dengan meneroka. Game ini bukan sekadar menolak kita untuk lalu lorong sempit ke objektif seterusnya; sebaliknya, level design game ini lebih terbuka dengan kawasan tinggi-rendah, susunan musuh yang terancang, dan bentuk muka bumi yang pelbagai supaya kita boleh cari jalan sendiri untuk mara.

Sistem stealth atas bumbung antara ciri paling menarik. Kita boleh panjat tempat tinggi, usha kawasan, terjun atas kepala pengawal untuk instant kill, malah boleh ‘chain assassination’ beberapa musuh sekali gus. Daripada serbu musuh depan-depan, kita boleh berhenti sekejap, melihat situasi, dan tumpaskan musuh senyap-senyap.

Cara ini buatkan rentak game tidak bosan dan beri kelebihan kepada pemain yang suka gaya taktikal berbanding redah melulu.

Nak jejak main quest pun sangat senang. Cuma swipe ke atas pada touchpad controller DualSense, penanda objektif akan terus keluar pada skrin supaya kita tahu hala tuju serta-merta. Walaupun ciri ini ringkas, fungsinya sangat berguna supaya kita tidak sesat bila melencong jalan-jalan dalam peta.

Melencong dari jalan utama memang berbaloi. Di satu kawasan, kami singgah baca puisi pada dinding dan terus dapat ganjaran mata wang ‘Remnants Dust’. Ini bukti persekitaran dalam game bukan sahaja hiasan kosong. Kalau rajin periksa kawasan sekeliling, kita akan dapat barang berguna untuk kuatkan watak.

Campuran stealth dari tempat tinggi, takedown berturut-turut, ganjaran tersembunyi, dan navigasi yang mudah membuatkan setiap kawasan terasa seperti ‘lokasi’ betul untuk diteroka dan dicuba, bukan lorong kosong yang hubungkan satu tempat lawan ke tempat lawan seterusnya.

Kumpul Sumber di Peta untuk Bentuk Build Anda

Kemajuan watak ataupun ‘character progression’ berkait rapat dengan sejauh mana kita meneroka. Sepanjang demo, kami jumpa beberapa bahan penting yang menaikkan pelbagai stats watak:

  • Remnants Dust: Mata wang utama untuk perkembangan watak. Digunakan untuk naikkan atribut asas, buka abiliti baharu, dan beli slot equipment tambahan.
  • Blackstone: Naikkan ‘attack power’ asas dan mudahkan kita pecahkan pertahanan musuh.
  • Qi Amber: Tambah had simpanan Sha-Chi (tenaga untuk buat serangan khas).
  • Memory Flowers: Tambah jumlah health pool (nyawa maksimum).

Kita tidak semestinya perlu jumpa bahan-bahan ini dalam bentuk sebiji terus. Banyak bahan boleh dikutip dalam bentuk serpihan; bila kumpul cukup empat serpihan yang sama, ia akan bergabung jadi satu barang penuh.

Ini buatkan barang kecil yang kita jumpa rasa berbaloi… walaupun belum dapat barang penuh, kutip serpihan tetap dikira sebagai kemajuan kekal.

Musuh pun ada jatuhkan aksesori yang bagi kelebihan pasif waktu bertarung. Mula-mula kita cuma ada dua slot aksesori, tapi pemain boleh buka slot tambahan guna Remnants Dust di Bell, yang bertindak sebagai checkpoint dalam game ini.

Sebab itu sistem leveling up dalam game ini tidak rasa kaku. Anda boleh naikkan base stats guna bahan mentah dan ubah suai playstyle guna aksesori.

Paling menarik, aktiviti meneroka bersambung dengan kitaran ini: jumpa puisi pada dinding dapat Remnants Dust, selepas itu dust tersebut boleh diguna untuk buka slot aksesori di Bell, yang akhirnya buatkan kita lebih bersedia untuk lawan musuh yang susah selepas itu.

Tukar Build Tanpa Penalti

Selain stats watak, naik taraf senjata pun main peranan penting dalam menentukan cara pemain berlawan.

Dalam sesi ini, kami jumpa tukang besi wanita yang boleh naik taraf senjata guna bahan yang kita sudah kumpul. Kita juga boleh naik taraf senjata, serta jual beli barang, di mana-mana checkpoint Bell.

Naik taraf ini bukan setakat naikkan angka damage semata-mata; ia buatkan kita berfikir cara urus bahan dan pastikan senjata cukup kuat untuk lawan musuh di hadapan.

Satu ciri yang mesra pemain ialah Reforging Talisman. Item ini membolehkan pemain reset semula tahap naik taraf senjata dan dapatkan balik bahan yang sudah digunakan. Kalau terjumpa jenis senjata lain yang lebih serasi, atau menyesal habiskan bahan pada pedang yang kurang best, anda tak rugi apa-apa.

Pemain boleh reset dengan mudah dan cuba build baharu.

Cuma, kita perlu menunggu game penuh untuk keluar bagi melihat sejauh mana dalamnya sistem naik taraf ini, tapi jelas pihak pembangun ingin memberi kebebasan kepada pemain untuk ubah strategi, bukannya paksa ikut satu jalan saja.

Jangan Tekan Melulu! Mahirkan Timing, Parry, dan Dodge

Walaupun ada sistem RPG yang agak mendalam, combat tetap jadi nadi utama dalam Phantom Blade Zero. Aksi lawan dibina daripada serangan kombo biasa, abiliti Sha-Chi yang padu, Perfect Parry, dan Perfect Dodge.

‘Button mashing’ memang takkan menjadi. Kita kena faham timing dan jarak serangan senjata, sambil perhatikan gerak-geri musuh betul-betul. Serangan biasa akan bina kombo dan momentum, manakala Sha-Chi pula keluarkan serangan khas yang beri kesan besar.

Tapi, Sha-Chi ini terhad; kalau habiskan semua untuk serang saja, kita mungkin akan kering tenaga dan terdedah pada bahaya bila musuh balas dengan kombo terbesar mereka.

Pertahanan sama penting dengan serangan. Buat Perfect Parry atau Perfect Dodge dengan timing tepat boleh batalkan serangan musuh sepenuhnya, sekaligus buka peluang untuk serang balas selepas musuh habis membuat kombo.

Combat game ini rasa puas sebab setiap impak serangan rasa berat, tapi ia perlukan kesabaran, kawalan rentak, dan keputusan pantas dalam sekelip mata. Dan oleh sebab stats, kelengkapan, serta tahap senjata tentukan tahap kekuatan anda, kejayaan dalam combat berkait rapat dengan usaha kita meneroka dunia game ini.

Cabaran Boss Bai Chilian dan Lion Dance

Sesi demo ini menampilkan dua pertarungan boss yang memang melekat dalam kepala dan betul-betul uji mekanik game:

Bai Chilian uji kebolehan kita mengurus banyak ancaman serentak. Selain moveset-nya yang agresif, dia menyerang memakai ular, dan boleh seru ular keluar terus dari tanah. Kalau asyik fokus nak libas dia membabi buta, kita memang cepat mati.

Kami kena selalu baca gerak-geri dia, melihat lantai, set timing untuk parry dan dodge, serta tunggu peluang selamat untuk lancarkan serangan Sha-Chi.

Boss Lion Dance pula unik dari segi rekaan dan suasana pertarungan:

  • Fasa Pertama: Boss ini bergerak ikut koreografi tarian singa sebenar, diiringi bunyi gendang kuat yang dirakam daripada kumpulan tarian singa betul.
  • Fasa Kedua: Muzik latar tiba-tiba tukar ke lagu hard rock, menepati gaya “Kungfupunk” game ini.

Mekanik gelanggang pun berubah dalam fasa kedua. Tiang-tiang batu tinggi naik dari tanah, bebola api jatuh dari atas, dan anak-anak kepala singa kecil mula keluar. Kalau bunuh minion ini, kita boleh ambil topeng kepala singa, melompat atas tiang, dan tembak semula bebola api ke arah boss.

Bila gelanggang sendiri boleh dijadikan senjata, pertarungan terrasa lebih kreatif, aktif, dan berbeza daripada pertarungan boss biasa dalam game aksi lain.

Pendapat

Selepas tiga jam mencuba Phantom Blade Zero di gamescom, sangat jelas bahawa game ini bukan aksi RPG tipikal.

Tiga jam ini memang baru sebahagian kecil saja. Kita perlu tunggu game penuh keluar untuk lihat sama ada rekaan persekitaran lain tidak membosankan, bagaimanmana sistem kemajuan watak di fasa akhir, dan sama ada boss lain masih kreatif seperti ini.

Apapun, demo ini membuktikan Phantom Blade Zero tidak bergantung pada hype trailer. Di sebalik combat pedang yang laju, ada sebuah game aksi pengembaraan Wuxia yang disusun kemas dan beri ruang luas untuk pemain meneroka, bersedia, dan berlawan ikut cara sendiri.

Game ini akan keluar di PlayStation 5 dan PC (Steam, Epic Games Store) bermula October 29 2026. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: Phantom Blade Zeropreviu
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Nivalis Nights – Dunia Cyberpunk Jadi Simulator Kedai Ramen

Next Post

[TGS2026] Previu Sonic Racing: CrossWorlds (DLC Season 2) – Bayonetta, Godzilla & Evangelion Masuk Litar

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
[TGS2026] Previu Sonic Racing: CrossWorlds (DLC Season 2) – Bayonetta, Godzilla & Evangelion Masuk Litar

[TGS2026] Previu Sonic Racing: CrossWorlds (DLC Season 2) - Bayonetta, Godzilla & Evangelion Masuk Litar

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd