Bagi sesiapa yang sedang rancak berlumba di dalam Forza Horizon 6, nama Bowie Knife99 pasti sudah tidak asing lagi… malah, ia kini menjadi igauan ngeri bagi seluruh komuniti game tersebut.
AI “Drivatar” ini telah muncul sebagai penjahat pertama dalam sejarah Forza. Keadaan menjadi sangat kecoh sehingga pemain sekarang berpusu-pusu menambah seramai mungkin rakan di platform game masing-masing.
Motif mereka bukanlah untuk bersosial, sebaliknya ia merupakan taktik demi memastikan Bowie Knife99 tidak menceroboh masuk ke dalam perlumbaan mereka.
Siapakah Bowie Knife99?
Kepada yang belum tahu, Bowie Knife99 bukanlah pemain sebenar yang anda boleh ajak bersembang. Ia merupakan pelumba AI yang dijana oleh sistem Drivatar Forza untuk meniru gaya pemanduan manusia.
Walaupun bot lain biasanya memberikan persaingan yang adil, Bowie Knife99 nampaknya langsung tidak mempedulikan ‘semangat kesukanan.’
Media sosial dibanjiri dengan klip menunjukkan AI ini melakukan “pemanduan” yang cukup agresif. Daripada sengaja melanggar sehingga jatuh tebing, hinggalah aksi handling yang sangat tepat pada kelajuan 150 mph, gaya pemanduan Bowie Knife99 tak ubah seperti seseorang yang mempunyai dendam peribadi terhadap pemain.
Lebih menyakitkan hati, AI ini bukan hanya menang menggunakan kereta canggih seperti Ferrari atau Lamborghini. Beberapa video tular menunjukkan Bowie Knife99 mengalahkan pemain lain dalam acara drag hanya dengan menggunakan Peel P50; iaitu sebuah kereta tiga roda yang kecil.
Jadi kenapa ramai pemain tiba-tiba rajin menghantar friend request? Secara automatik, Forza Horizon 6 akan memenuhkan litar dengan AI (Drivatar) berdasarkan senarai rakan anda. Namun, jika senarai rakan kosong, sistem akan menarik nama-nama rawak daripada komuniti untuk mengisi slot pelumba tersebut.
Jadi, dengan memenuhkan senarai rakan dengan pemain manusia yang lebih “beradab”, pemain dapat menghalang Bowie Knife99 daripada muncul dalam perlumbaan mereka. Ini dianggap sebagai satu-satunya jalan keluar untuk memastikan “hantu” ini tidak merosakkan gameplay mereka.

![[Eksklusif] Sejarah di Sebalik Penubuhan Massive Monster Bersama Co-Founder Jay Armstrong](https://cdn.gamersantai.com/2026/07/Jay-Armstrong_IWX-2026_FI-350x250.jpg)







Discussion about this post