Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu Fallout 76: Burning Springs – Wasteland Membara Semula

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 1, 2025
in Action, Artikel, Berita, PC, Preview, PS4, RPG, Steam, Xbox One
0 0
0
Previu Fallout 76: Burning Springs – Wasteland Membara Semula
Share on FacebookShare on Twitter

Bethesda sedang bersiap sedia untuk melancarkan kemas kini Fallout 76 yang terbesar setakat ini, dan selepas mendapat pandang pertama, kami boleh katakan dengan yakin bahawa dunia Wasteland akan terasa serba baharu melalui expansion Burning Springs.

Burning Springs bukan sekadar satu kemas kini bermusim yang biasa; ia merupakan sebuah expansion Fallout 76 yang berkait secara langsung dengan siri Fallout Season 2 oleh Amazon yang bakal tiba.

Kredit: Bethesda Softworks

Daripada wilayah serba baharu sehinggalah kepada aktiviti ‘bounty hunting’ bersama watak yang cukup dikenali, ada banyak kandungan baharu untuk memastikan pemain veteran dan pendatang baharu sentiasa sibuk.

Legasi Expansion Berterusan

Sebelum kita menyelami kandungan terbaharu, wajar untuk kita mengimbas kembali sejauh mana perjalanan Fallout 76. Sejak dilancarkan, game ini telah menerima 62 patch utama dan 23 kemas kini kandungan percuma. Setiap satunya telah menambah lapisan jalan cerita dan ciri-ciri baharu ke dalam dunia Appalachia.

Kita telah menyaksikan kehadiran NPC manusia dalam Wastelanders, story arc Brotherhood of Steel dalam Steel Reign, serta ekspedisi di luar peta seperti The Pitt dan Atlantic City.

Baru-baru ini, expansion Skyline Valley telah mengubah sebahagian peta, memperkenalkan puak Lost yang misteri, dan turut memberikan pilihan kepada pemain untuk menjadi Ghoul. Kini, Burning Springs bakal membina di atas asas kukuh ini dengan skala yang jauh lebih besar.

Selamat Datang ke Burning Springs, Ohio

Kredit: Bethesda Softworks

Tarikan utama kemas kini ini ialah sebuah wilayah baharu yang terletak di barat laut Appalachia—dikenali sebagai Burning Springs.

Kawasan ini mendapat inspirasi kuat daripada Fallout 3 dan New Vegas, menampilkan suasana padang pasir yang tandus, ancaman Deathclaw yang sentiasa mengintai, serta pelbagai masalah yang dicetuskan oleh puak Raider.

Pemilihan masa pelancarannya juga amat tepat, iaitu serentak dengan tayangan Fallout Musim 2 di Amazon pada bulan Disember, menjadikannya terasa seperti sebuah kesinambungan kepada momentum siri TV tersebut.

Kredit: Bethesda Softworks

Wilayah ini bukan sekadar untuk diterokai. Dua ‘public event’ baharu, Gear It Up dan Sinkhole Solutions, menjanjikan pertempuran yang mencabar dan loot yang lumayan.

Burning Springs terasa seperti sebuah lanjutan dinamik kepada Wasteland, menawarkan misteri serta bahaya yang cukup untuk menjadikan setiap sesi penerokaan sentiasa mengujakan.

Temui Si Ghoul dan Sertai Pemburuan Upahan

Kredit: Bethesda Softworks

Salah satu elemen paling menarik dalam kemas kini ini ialah pengenalan sistem bounty hunting, yang didatangkan bersama tetamu istimewa: The Ghoul, dengan lakonan suara oleh Walton Goggins yang kembali melakonkan wataknya daripada siri TV Fallout.

Hab utama untuk aktiviti ini ialah Highwaytown, sebuah penempatan sibuk di mana pemain boleh mengambil kontrak di The Last Resort.

Terdapat dua jenis pemburuan yang ditawarkan:

  • Grunt Hunts: Buruan berskala kecil yang sesuai untuk mendapatkan XP, Caps, dan legendary gear dengan pantas.
  • Head Hunts: Acara awam berskala besar yang memerlukan kelengkapan dan kerjasama berpasukan yang lebih hebat. Misi-misi yang lebih sukar ini menawarkan mod unik untuk watak manusia dan Ghoul, menjadikannya satu cabaran yang cukup ‘menggiurkan’ bagi pemain berpengalaman.

Peningkatan QoL dan Rombakan Camp Workshop

Bethesda tidak melupakan para pembina dan pengumpul dalam komuniti Fallout 76. Kemas kini terbaharu telah merombak UI Camp Workshop, menjadikannya lebih mudah untuk menapis katalog game yang mengandungi lebih 6,000 item.

Sekatan ke atas pembinaan kem juga telah dilonggarkan, membuka lebih banyak ruang untuk kreativiti dalam membina kediaman idaman di Wasteland.

Apabila digabungkan dengan sistem memancing sedia ada—yang kini mempunyai 50 spesies ikan untuk ditangkap—jelas sekali pasukan pembangun fokus untuk memberi pemain lebih banyak cara untuk berehat di antara pertempuran sengit.

Pendapat Setakat Ini

Kredit: Bethesda Softworks

Burning Springs bukan sekadar tentang misi baharu atau peta yang diluaskan; ia adalah bukti bagaimana Fallout 76 telah berevolusi daripada sebuah pelancaran yang bermasalah kepada sebuah dunia dalam talian yang terus berkembang.

Dengan kaitan yang erat kepada siri Amazon, kehadiran watak NPC berkarisma seperti The Ghoul, dan pelbagai penambahbaikan gameplay, kemas kini ini terasa seperti sebuah perayaan untuk semua perkara yang diminati oleh peminat tentang francais ini.

Jika anda telah lama menantikan alasan untuk kembali ke Appalachia—atau jika siri TV tersebut telah menyemarakkan rasa ingin tahu anda—kemas kini Burning Springs pada bulan Disember ini bakal menjadi jemputan untuk anda kembali ke Wasteland. Sediakan kelengkapan, kumpulkan skuad, dan bersedialah untuk memulakan pemburuan.

Fallout 76 tersedia untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam dan Bethesda Launcher manakala update Milepost Zero akan dilancarkan pada 3 September.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: Fallout 76
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Digimon Story Time Stranger – 450 Lebih Rakan Digimon, Satu Misi Menyelamatkan Masa

Next Post

[Interviu] Fallout 76 Menuju Ke Barat Dalam ‘Burning Springs,’ Sebuah Expansion Yang Diinspirasikan Fallout Klasik & The Ghoul

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
[Interviu] Fallout 76 Menuju Ke Barat Dalam ‘Burning Springs,’ Sebuah Expansion Yang Diinspirasikan Fallout Klasik & The Ghoul

[Interviu] Fallout 76 Menuju Ke Barat Dalam 'Burning Springs,' Sebuah Expansion Yang Diinspirasikan Fallout Klasik & The Ghoul

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd