Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu Dragon Age: The Veilguard – Potensi Untuk Jadi RPG Terbaik Generasi Ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 19, 2024
in Action, Artikel, Berita, Epic Store, PC, Preview, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Previu Dragon Age: The Veilguard – Potensi Untuk Jadi RPG Terbaik Generasi Ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah 10 tahun sejak pelancaran Dragon Age: Inquisition, tetapi akhirnya entri terbaharu dalam francais, Dragon Age: The Veilguard, akan membuat kemunculan pada hujung Oktober 2024.

Siri Dragon Age, yang terdiri daripada Origins, Dragon Age 2, dan Inquisition, ialah judul RPG fantasi berasaskan parti. Semuanya mendapat kejayaan komersial serta banyak pujian positif untuk naratif, pembangunan watak, lakonan suara, dan penekanan pada pilihan pemain yang mempengaruhi pengalaman. Setiap game adalah sekuel langsung kepada yang sebelumnya, dan The Veilguard tidak terkecuali.

Baru-baru ini, kami dijemput ke Amerika Syarikat untuk menghadiri acara media bagi sesi hands-on Dragon Age: The Veilguard. Selepas menghabiskan kira-kira 6 jam bermain pelbagai seksyen di dalam game, semuanya dari save file dan keputusan berbeza yang dibuat sebelum ini.

Jangan risau, previu ini akan mengelakkan daripada sebarang spoiler. Jadi tanpa melengahkan masa, jom kita pergi ke isi kandungan!

Daya Tarikan Dragon Age

Kredit: Electronic Arts

Daya tarikan Dragon Age sebenarnya banyak. Hubungan yang dibina antara anda dan rakan sepasukan, penerokaan, membongkarkan jalan cerita serta latar belakang dunia, side quest dan kisah sampingan, dan membuat keputusan yang membawa kesan berat—semua elemen ini kembali dalam The Veilguard.

Banyak pilihan dialog yang anda buat akan mempunyai kesan, di mana tingkah laku anda akan mendapatkan respon negatif atau positif daripada rakan sepasukan. Dalam game Dragon Age sebelum, mendapat cukup banyak reaksi negatif akan menyebabkan kehilangan rakan sepasukan secara kekal.

Dan lebih sukar lagi, setiap keputusan penting akan mendapatkan kedua-dua respon negatif dan positif daripada rakan sepasukan yang berbeza.

Penciptaan Watak

Kredit: Electronic Arts

Seperti kebanyakan RPG, kita boleh mencipta watak sendiri. Terdapat empat pilihan bangsa untuk pemain: Elf, Qunari, Humans dan Dwarves, dan apabila mara ke bahagian seterusnya, ternyata banyak yang boleh diubah termasuk seluruh bentuk badan, ciri wajah, dan juga tanduk bagi bangsa Qunari. Malah, beberapa tanduk juga sangat kreatif, di mana ada yang diperbuat daripada batu permata seperti opal atau ruby.

Pujian juga diberi kepada kualiti grafik kerana semuanya cukup mengagumkan, khususnya dinamik dan fizik rambut yang kelihatan sangat realistik dan luar biasa.

Kredit: Electronic Arts

Satu lagi perkara yang kami ingin puji tentang penciptaan watak ini ialah; dalam kebanyakan game dengan watak yang boleh diubahsuai oleh pemain, mereka kelihatan dan bercakap tidak natural semasa cutscene. Tetapi isu ini tidak ada dalam The Veilguard kerana menurutnya, ekspresi wajah dan intonasi kelihatan sangat semulajadi dalam semua cutscene.

Kelas

Kredit: Electronic Arts

Setiap kelas mempunyai 3 pengkhususan, dan sebaik sahaja anda memilih satu pengkhususan, anda akan terlepas dua lagi. Level maksimum dalam Dragon Age: The Veilguard ialah 50, jauh lebih tinggi daripada game sebelum ini (biasanya level maksimum sekitar awal 20 hingga 27).

Berbeza daripada game sebelum, anda kini tidak dapat memakai kelas lain selain daripada yang dipilih, kerana pemain tidak akan dapat mengawal rakan sepasukan semasa pertempuran. Jadi memilih kelas membawa kepentingan yang lebih besar kali ini, kerana anda akan terikat dengan pilihan itu sepanjang permainan.

Kredit: Electronic Arts

Berita baiknya, kali ini anda boleh respec (iaitu menetapkan semula skil) pada bila-bila masa tanpa kos.

Rogue

Kredit: Electronic Arts

Berbeza dengan 2 kelas lain, Rogue tidak boleh menukar senjata. Serangan jarak jauhnya adalah anak panah, yang boleh diakses melalui Hip Fire (L2 untuk PlayStation, LT untuk Xbox). Satu perkara menarik, anda boleh membidik dengannya dan akan dapat memberikan lebih banyak damage jika menyasar titik lemah, seperti kepala.

Kombonya cepat dan lancar, menjadikan hal ‘dodging’ (mengelak) lebih selamat. Terdapat skil untuk mencuri dan menggunakan potion daripada musuh, yang membolehkan anda menyembuhkan diri sendiri. Oleh kerana kelajuan serangan Rogue, ia boleh menjana sumber dengan cepat.

Kredit: Electronic Arts

Dari segi pertahanan, ia lebih lemah daripada Warrior tetapi boleh menahan lebih banyak damage daripada Mage.

Warrior

Kredit: Electronic Arts

Warrior boleh menukar antara senjata, satu tangan dengan perisai atau senjata dua tangan. Serangan dengan satu tangan lebih pantas tetapi memberikan kurang damage, manakala senjata dua tangan memberikan damage besar tetapi perlahan.

Daripada semua kelas, Warrior adalah yang paling ‘tanky’ dan mampu menahan banyak damage sambil memberikan banyak damage pada masa yang sama. Menariknya, Warrior juga mempunyai serangan jarak jauh melalui Hip Fire – Shield Throw.

Kredit: Electronic Arts

Ini adalah salah satu alat terbaik yang dimiliki oleh Warrior, kerana ia bukan sahaja memberikan banyak damage, malah boleh memantul dan bertukar menjadi damage AOE.

Mage

Kredit: Electronic Arts

Setakat ini, Mage mungkin adalah kelas yang paling sukar untuk dimainkan. Seperti Warrior, anda boleh menukar antara senjata, sama ada tongkat atau orb, bersama dengan dagger. Tongkat mempunyai serangan jarak jauh yang sangat jauh, manakala orb mempunyai serangan jarak sederhana. Kedua-dua senjata agak perlahan, dan projektil mengambil masa untuk sampai kepada musuh.

Semua spell kuat, termasuk Hip Fire anda, menggunakan mana. Jadi level dan talent anda akan dapat meningkatkan jumlah maksimum mana, menjadikan Mage lebih mudah pada levels kemudian, tetapi amat sukar pada awal permainan.

Kredit: Electronic Arts

Mage juga mempunyai akses awal kepada sihir elemen yang berbeza, yang boleh menjadi berkesan jika anda menyesuaikannya dengan baik untuk pertempuran atau adegan cerita tertentu yang memerlukan elemen itu.

Mage adalah kelas yang paling sedikit HP berbanding dengan dua kelas lain.

Arah Baru Kepada Sistem Pertempuran

Kredit: Electronic Arts

Daripada pengalaman, nampaknya Dragon Age: The Veilguard ini telah menjadi game action RPG sepenuhnya, dan bukannya turn based seperti Origins dan DA2 (Inquisition lebih kepada separuh aksi). Namun, anda masih boleh pause dan memberikan arahan kepada rakan sepasukan, di mana rentak pertempuran kini terasa lebih pantas, dan seperti game aksi berbanding RPG tradisional.

Seperti game aksi lain, kini kita boleh mengelak, parry (guard pada masa yang tepat), guard (bertahan) dan melompat.

Kredit: Electronic Arts

Terdapat banyak debuff dalam game yang boleh dicetuskan oleh diri sendiri atau rakan sepasukan untuk memberikan banyak damage. Sebagai contoh, apabila memberikan damage stagger, musuh akan memasuki fasa pening, dan anda boleh melakukan ‘take down’ yang memberikan banyak damage tanpa menggunakan sumber (macam All-Out Attack dalam Persona).

Namun, dari segi menggunakan item semasa pertempuran, selain daripada potion, kami tidak melihat pilihan lain untuk mengakses item. Secara keseluruhan, kami sangat menikmati pertempuran, lebih daripada apa yang dijangkakan.

Pendapat

Kredit: Electronic Arts

Terdapat banyak lapisan dalam game ini, yang kami rasa tidak dapat ditonjolkan sepenuhnya oleh pengalaman previu ini. Jika anda peminat Dragon Age, anda akan dapat mengalami kawasan baru yang tidak ada dalam game sebelumnya, seperti Tervinter. Anda juga akan melihat watak-watak yang kembali seperti Varric, Solas, dan Morrigan.

Jalan cerita dan pertemuan pertama dengan rakan sepasukan meninggalkan kesan yang lebih mendalam berbanding game dahulu, dan menurut kami, watak seperti Lucanis dan Bellara pasti akan menjadi kegemaran peminat apabila game ini dilancarkan nanti.

Kredit: Electronic Arts

Game ini juga memberikan banyak fleksibiliti dalam mengubahsuai peralatan anda, seperti membenarkan anda menaik taraf peralatan, serta memberikan ‘enchantment’ yang menambah statistik atau affix tertentu.

Bersama dengan memilih talent dan menggabungkan sinergi dengan rakan sepasukan, anda akan menikmati segmen penerokaan dan berasa sangat kuat semasa dalam pertarungan. Mungkin terlalu awal untuk kami berkata, tetapi game ini berpotensi menjadi salah satu RPG terbaik untuk generasi ini.

Jika berminat, Dragon Age: The Veilguard akan dilancarkan pada 31 Oktober 2024 untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam, EA App dan Epic Games Store. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.

Tags: Dragon Age: The Veilguard
ShareTweetSend
Previous Post

Interviu DRAGON BALL: Sparking ZERO – Produser Ingin Semua Orang Mengalami Dunia Goku!

Next Post

[Eksklusif] Mendalami Dragon Age: The Veilguard – Pembangun Menjelaskan Evolusi Game Baharu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!
Teknologi

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!

June 4, 2026
Next Post
[Eksklusif] Mendalami Dragon Age: The Veilguard – Pembangun Menjelaskan Evolusi Game Baharu!

[Eksklusif] Mendalami Dragon Age: The Veilguard - Pembangun Menjelaskan Evolusi Game Baharu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd