Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu CONTROL Resonant – Bagaimana Combat Berfungsi? Talent, Weapon Form, & Ability!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 4, 2026
in Action, Artikel, Berita, Epic Store, PC, Preview, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Previu CONTROL Resonant – Bagaimana Combat Berfungsi? Talent, Weapon Form, & Ability!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Remedy Entertainment menghidangkan pandangan lebih terperinci terhadap CONTROL Resonant menerusi sebuah acara digital, bagi memberikan pemahaman yang lebih jelas tentang mekanik dan sistem permainan selepas pendedahan gameplay pada dua minggu lepas.

Info terbaharu memberi tumpuan sepenuhnya kepada mekanik dan sistem gameplay. Remedy turut berkata bahawa mereka menyimpan info lebih terperinci tentang cerita dan watak untuk fasa pemasaran seterusnya.

Mereka juga mengingatkan penonton bahawa semua yang ditunjukkan masih dalam kualiti alpha, bermakna banyak perkara yang kita lihat berkemungkinan besar akan berubah sebelum game ini dilancarkan.

Jadi apakah yang kita belajar kali ini?

Apa Itu CONTROL Resonant?

Sebagai peringatan kepada semua; CONTROL Resonant mengambil tempat tujuh tahun selepas game asal berakhir. Kali ini, kita bermain sebagai Dylan Faden (abang Jesse yang bermasalah daripada game pertama) ketika Manhattan menjadi pusat bencana paranormal berskala besar.

Hiss, entiti yang memesongkan realiti daripada game asal, telah berjaya melepaskan diri daripada penahanan. Lebih memburukkan keadaan, ancaman kosmik baharu telah menyelubungi bandar itu, memisahkannya daripada dunia luar dan mengubahnya menjadi sesuatu yang hampir tidak dapat dikenali.

Game ini akan dilancarkan pada tahun ini di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC (melalui Steam dan Epic Games Store).

Manhattan Di Bawah Ancaman

Salah satu perubahan terbesar daripada CONTROL ialah latar tempatnya. Berbanding menghabiskan keseluruhan masa di dalam Oldest House, Resonant membawa kita keluar ke Manhattan.

Bandar ini sedang berpecah di bawah tekanan paranormal, dengan bangunan yang berubah-ubah, graviti yang tidak stabil, dan persekitaran yang mengacau persepsi kita terhadap realiti.

Remedy menjelaskan bahawa struktur game ini berasaskan zon dan bukannya open world tradisional. Setiap zon dipenuhi dengan misi utama, questline opsyenal, encounter tersembunyi, dan aktiviti persekitaran. Cerita utama mengikuti dua quest: “Dylan’s Journey” untuk kempen utama, dan “World Quests” untuk cerita sampingan.

Selain itu, ada banyak lagi kandungan pilihan yang tersebar di seluruh permainan.

Federal Bureau of Control mengekalkan kehadiran di bandar tersebut dengan pejabat dan ejen di lokasi. Anda akan mempunyai Field Office yang berkembang dan berfungsi sebagai hab, di mana Remedy menawarkan sistem peta yang lebih baik untuk membantu kita menavigasi landskap yang sentiasa berubah ini.

“Gravity Anomalies” memainkan peranan besar dalam traversal dan combat. Dylan mempunyai akses kepada ability seperti Reach dan Shift yang membolehkannya memanipulasi graviti dan bergerak melalui persekitaran dalam cara yang mustahil di dunia nyata.

Kenali Watak-Watak

Dylan Faden, dilakonkan oleh Sean Durrie, ialah playable character anda. Dia menggunakan senjata berubah bentuk yang dikenali sebagai Aberrant dan mengembangkan supernatural abilitiy miliknya sepanjang permainan.

Handler dan pusat emosi Dylan ialah Zoe De Vera, ejen Federal Bureau of Control yang dilakonkan oleh Frankie Kevich. Hubungan mereka membentuk salah satu naratif permainan, dengan meneroka tema kepercayaan dan tanggungjawab.

Peminat permainan asal akan melihat muka-muka lama, termasuk Head of Security Simon Arish, bersama watak-watak FBC baharu.

Satu penambahan menarik ialah sistem dialog baharu yang membolehkan kita bercakap dengan watak lain sambil bergerak, tanpa perlu ‘terkunci’ dalam adegan perbualan statik. Ini satu sentuhan kecil, tetapi membantu mengekalkan momentum permainan.

Combat Agresif Lebih Bermanfaat

Sistem combat dalam CONTROL Resonant dibina berpaksikan momentum dan keagresifan, mencampurkan kuasa supernatural dengan combat melee jarak dekat. Remedy menekankan bahawa walaupun ada pelbagai pilihan build, game ini sangat condong ke arah gameplay berasaskan melee yang digabungkan dengan ability.

Core combat loop berfungsi begini: serangan melee memulihkan ability resources anda, ability melumpuhkan musuh dan menyediakan mereka untuk execution, dan execution meningkatkan damage melee kita buat sementara waktu. Inilah satu kitaran yang menggalakkan pemain agar sentiasa bertarung dan bukannya berundur ke belakang.

Combat ability kita termasuk alat crowd control, pilihan mobility, summon, dan status effect. Ideanya ialah memberikan variasi yang cukup untuk membentuk gaya combat kita sendiri tanpa memaksa orang mengikut laluan yang sama.

Resonant Lebih Daripada Sekadar Boss

Resonant ialah istilah Remedy untuk encounter boss utama dalam game ini. Mereka adalah entiti berkuasa yang tercipta apabila individu dijelmakan oleh kuasa paranatural. Setiap satu mempunyai ability unik, dan mengalahkan mereka bukan sahaja menggerakkan cerita ke hadapan… ia juga memberikan combat power baharu.

Aberrant dan The Gap

Aberrant ialah senjata utama Dylan, alat melee berubah bentuk yang berkongsi hubungan psikik dengannya. Ia boleh bertukar kepada pelbagai weapon form, masing-masing dengan kelajuan, jarak, dan kegunaan taktikal yang berbeza.

Anda boleh mencampurkan pelbagai form semasa combat, menggunakan primary form untuk serangan asas, secondary form untuk variasi taktikal dan chargeable attacks, serta combo enders untuk finishing moves yang dahsyat.

Kemudian ada The Gap, yang digambarkan oleh Remedy sebagai “medan perang di dalam roh Dylan.” Ini ialah ruang metafizikal seperti mimpi yang terhubung dengan minda Dylan, di mana memori, trauma, dan pengaruh kosmik bertemu. Dari segi mekanikal, di sinilah anda membuka, memilih, dan menukar ability serta build Dylan.

Anda boleh memasukinya serta-merta pada bila-bila masa di luar combat, menjadikannya mudah untuk menyesuaikan loadout dengan pantas.

Membina Versi Dylan Anda Sendiri

Progression dalam CONTROL Resonant memberi penekanan kepada pilihan build dan bukannya sekadar grinding untuk peningkatan stat secara berperingkat. Build anda terdiri daripada tiga komponen utama: supernatural combat abilities, weapon forms, dan talents.

  • Supernatural Combat Ability diperoleh dengan mengalahkan Resonant. Setiap ability mengubah cara anda mengawal musuh, mempertahankan diri, atau memberikan damage. Sesetengah Resonant menawarkan pelbagai pilihan ability.
  • Weapon Form memberikan variasi kepada Aberrant. Upgrade tree membuka form baharu dan kesan pengubahsuaian, serta anda boleh bertukar antara form semasa combat.
  • Talents ialah passive modifier yang mewujudkan sinergi antara ability dan combat melee anda. Ia bercabang kepada playstyle yang berbeza. Malangnya, anda tidak boleh membuka semua talent dalam satu playthrough. Ini menggalakkan replayability dan memaksa pemain untuk komited kepada build tertentu.

Remedy menekankan bahawa sistem ini direka untuk menyokong combat yang agresif serta memberi ganjaran kepada “pengkhususan”. Matlamatnya ialah menjadikan versi Dylan setiap pemain terasa unik dari segi mekanikal. Mereka juga mengacah bahawa ada sistem dan ciri build crafting tambahan yang masih belum didedahkan.

Di luar aspek mekanikal, anda juga boleh menyesuaikan penampilan Dylan dengan pelbagai outfit, gaya rambut, dan headgear.

Sedalam Mana Ia Boleh Pergi?

Semasa sesi Q&A acara tersebut, kami bertanya tentang skill ceiling berkaitan pemain—secara khusus, setinggi mana anda boleh pergi dari segi melakukan combo dan menggabungkan pelbagai mekanik yang berbeza?

Sergey Mohov, Lead Gameplay Designer, menjelaskan bahawa accessibility merupakan pertimbangan utama. Cabaran utama dan cara utama ekspresi pemain datang daripada elemen RPG dan daripada menggabungkan serangan senjata dengan supernatural abilitu.

Ada combo dan cara untuk mencampurkan serangan dengan ability, dan sistem talent mencipta banyak sinergi antara semuanya.

Namun dari segi skill ceiling sebenar, Mohov berkata ia lebih kurang sama dengan CONTROL asal, yang merupakan inspirasi utama pasukan mereka untuk Resonant.

Creative Director Mikael Kasurinen menambah bahawa core loop (di mana anda perlu menggunakan melee untuk mendapatkan ability resourc) sudah tertanam dalam keseluruhan sistem. Ia bukan sekadar cadangan; ia adalah asas kepada cara combat berfungsi.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: CONTROL Resonantpreviu
ShareTweetSend
Previous Post

Pengakhiran One Piece Akhirnya Didedahkan – Tetapi Disembunyikan Eiichiro Oda Di Dasar Laut!

Next Post

Atomic Heart Hampiri Penghujung – DLC Ke-4 “Blood on Crystal” Akan Tiba 16 April!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Atomic Heart Hampiri Penghujung – DLC Ke-4 “Blood on Crystal” Akan Tiba 16 April!

Atomic Heart Hampiri Penghujung - DLC Ke-4 "Blood on Crystal" Akan Tiba 16 April!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd