Walupun terkenal untuk game yang berat pada naratif, Sony Interative Entertainment sebenarnya dalam prosus untuk menghasilkan lebih banyak game berasaskan live service daripada pembangun first party. Walaupun ada beberapa contoh berjaya seperti Helldivers 2 dan Destiny 2, ada juga beberapa contoh yang mengecewakan. Oleh itu, apabila SIE mengumumkan game live service terbaru mereka, Concord, timbul lah beberapa kebimbangan jika game ini boleh menjadi game sensasi seterusnya dalam genre hero shooter.
Dibuat oleh Firewalk Studios, kami berpeluang mencuba akses beta awal Concord yang dibuka selama beberapa hari untuk mereka yang telah pre-order. Bukan itu sahaja, akses beta terbuka juga dibuka untuk semua dari 18 hingga 21 Julai lalu.
Kami telah menghabiskan banyak masa memainkan versi beta sepanjang hujung minggu yang lalu, dan boleh dikatakan Concord amat berbeza daripada apa yang dijangkakan. Apakah kelebihan dan kekurangan game ini? Teruskan membaca previu ini.
Visual
Walaupun dibungkus sebagai hero shooter dengan fokus pada gameplay multiplayer dan kompetitif, studi cuba membuat pemain berasa terhubung dengan alam semesta Concord itu sendiri. Mereka cuba menyampaikan perkara ini melalui watak-watak dalam krew Northstar serta adegan cerita menerusi cutscene berkualiti tinggi.
Sejujurnya, kami kagum dengan kualiti cutscene dan animasi watak, yang dari segi nilai produksi, dirasakan setanding dengan game eksklusif first-party lain daripada PlayStation.
Walaupun tidak banyak yang dikongsi pada permulaan game, studio berhasrat untuk mengeluarkan sejumlah adegan cerita pada setiap minggu yang akan memberikan konteks lebih mendalam kepada dunia Concord. Apabila masa berlalu, pemain akan memahami watak utama dengan lebih mendalam dan ingin tahu lebih lanjut tentang situasi mereka.
Kepuasan kami dengan visual juga melibatkan paparan UI, yang disampaikan dalam gaya yang kami sangat suka. Terdapat kesan retro dan futuristik yang cantik, ditambah dengan pelbagai efek visual yang cukup menarik. Tidak dinafikan, antara kekuatan Concord adalah visualnya yang berkualiti tinggi.
Mode dan Gameplay Umum
Versi beta memberi akses kepada beberapa mode yang dibahagikan antara Brawl dan Rivalry. Mode yang kami mainkan dalam Brawl ialah Tropy Hunt, di mana anda perlu mengumpul trofi daripada musuh yang dikalahkan, dan pasukan yang mencapai 30 trofi pertama akan muncul sebagai pemenang.
Bagi Rivalry pula, kami mencuba mode Clash Point yang memfokuskan kepada dua syarat kemenangan iaitu menyingkirkan semua ahli pasukan musuh dalam satu pusingan atau menduduki zon tertentu.
Semua mode dalam Rivalry direka dengan fokus pada gameplay kompetitif tulen, iaitu anda tidak boleh respawn sehingga pusingan baharu/watak akan dikunci apabila anda memenangi pusingan. Disebabkan itu, kami menghabiskan lebih banyak masa bermain Trophy Hunt yang lebih menarik.
Setiap perlawanan melibatkan senario pertempuran 5v5 dengan akses kepada empat peta utama – semuanya direka dengan baik, dan setiap satu memerlukan strategi yang berbeza.
Salah satu contoh ialah Star Chamber yang mempunyai kawasan lapang di bahagian tengah; yang sentiasa sibuk dengan pertarungan antara kedua-dua pasukan. Kawasan tengah ini direbutkan kerana kehadiran Health Kit dan juga sebagai kawasan perlindungan yang memberi banyak kelebihan, jika berjaya dikawal.
Berbalik kepada senarai watak, mereka dinamakan sebagai Freegunner dan terdapat total 16 watak dengan role berbeza dan gaya pertarungan tersendiri. Kami telah mencuba hampir semua Freegunner yang ada dan akhirnya memilih Roka senagai watak kegemaran.
Watak ini mempunyai mobiliti yang tinggi dengan keupayaan untuk melakukan triple jump dan air dash, ditambah dengan senjata roket berkelajuan tinggi dengan tracking dan skill utama yang bagus dalam pelbagai situasi. Namun, apabila bertukar kepada watak lain, hampir semua tidak sesuai dengan kami.
Malah, saya cukup sedih dengan seorang watak bernama Teo, kerana skil utamanya hanyalah melontar bom tangan dan bom asap.
Jika bercakap tentang gameplay, Concord sebenarnya agak bagus dan kami sangat menyukai mobiliti yang diberikan kepada setiap watak, di mana ada yang direka untuk bergerak perlahan kerana berperanan sebagai tank, dan ada yang sangat pantas sehingga boleh melompat beberapa kali di udara untuk mencapai kawasan yang lebih tinggi.
Selain itu, aksi reload senjata pun dibuat lebih taktikal kerana anda perlu reload peluru secara manual dan boleh dibatalkan dengan dash. Pada masa yang sama, sistem skill cooldown juga amat berlainan di mana beberapa boleh refresh atau diisi semula daripada drop musuh yang dikalahkan.
Di samping itu, setiap watak dilengkapi dengan dua skill utama. Cuma yang peliknya, game ini tidak menawarkan skil Ultimate, yang sangat sayang sekali sedangkan setiap game hero shooter sekarang mempunyai tiga jenis skil berlainan untuk watak mereka. Sebaliknya, permain hanya boleh bergantung pada Trait khas setiap watak masing-masing.
Berkenaan Trait, ini adalah sejenis abiliti pasif istimewa yang dimiliki oleh setiap Freegunner. Contohnya, Star Child boleh mendapat efek Diamond Skin buat sementara apabila melakukan dodge, Bazz boleh menjejaki kedudukan musuh ketika crouch, Vale boleh mendapat bonus Damage Resist apabila menyasar musuh dengan Sniper Rifle, dan sebagainya.
Walaupun kelihatan remeh, Trait adalah komponen penting yang mesti digunakan oleh setiap pemain untuk memaksimumkan potensi setiap Freegunner. Kadangkala Freegunner akan mendapat varian Trait yang berbeza, dan ini memberikan gameplay serba baharu kepada watak yang sama.
Seterusnya ialah sistem Crew Builder, di mana anda boleh membentuk 12 watak dalam satu krew termasuk varian mereka. Sebagai contoh, anda boleh membuat loadout yang hanya mengandungi Healer atau Tank dengan semua varian, tetapi game ini juga menyediakan templat khas untuk memudahkan anda membentuk krew mengikut peranan yang paling ideal.
Daripada apa yang diperhatikan setakat ini, Concord mempunyai pelbagai elemen unik untuk membezakan diri daripada kebanyakan game hero shooter lain di pasaran.
Sistem Progression
Kini kita ke bahagian yang saya kurang gemari, iaitu sistem progression yang sangat membosankan. Concord akan dikeluarkan sebagai game live service berbayar termasuk mikrotransaksi, jadi ramai pemain mengharapkan ganjaran dalam game cukup menarik untuk mendorong mereka meneruskan bermain.
Cuma sepanjang tempoh beta semalam, kami tidak menemui sebarang kandungan menarik selain skin senjata, weapon charm dan aksesori lain yang dirasakan sangat “murah”.
Anda boleh melihat ganjaran yang boleh diperoleh selepas mencapai level akaun seterusnya daripada ‘progress match’ atau ‘Job Board’, tetapi ternyata semua ganjaran yang boleh diperoleh adalah sangat ‘simple’ kecuali akses kepada varian watak baharu dengan Trait berbeza.
Watak pun mempunyai sistem level tersendiri yang akan meningkat bergantung pada betapa kerap anda bermain sebagai tatak tersebut. Namun, walaupun sering bermain Roka sehingga mencapai level tinggi, kami langsung tidak diberi apa-apa ganjaran.
Sudah tentu, jangkaan saya adalah ganjaran kosmetik baharu atau hadiah yang serupa untuk watak itu, tetapi ini mungkin boleh berubah kerana saya hanya dapat bermain versi beta.
Kekurangan
Selain sistem progression, kami mendapati ada banyak kelemahan lain, terutamanya pada senarai watak/Freegunner. Kebanyakannya datang dengan reka bentuk yang sangat tidak menarik/tidak bergaya. Kekurangan ini bukan sahaja terhad kepada reka bentuk dan perwatakan, tetapi juga gaya gameplay, di mana saya rasa kebanyakan Freegunner memerlukan rombakan pada kit dan skil mereka, terutamanya dari segi damage, serta mempunyai pilihan untuk menukar kepada senjata secondary (kerana tidak semua watak dilengkapi dengan pilihan ini).
Keupayaan beberapa Freegunner juga amat mengecewakan. Sebagai contoh, Teo yang kami jelaskan sebelum ini, di mana kemahirannya hanya membenarkan dia menggunakan bom tangan asap dan letupan yang perlu diisi semula dengan drop daripada kill musuh.
Contoh kedua ialah Lark, yang menembak peluru dengan perlahan tanpa damage tinggi, yang secara automatik menjadikannya sangat lemah berbanding Freegunner lain. Malah, Freegunner kegemaran kami Roka juga tidak terlepas daripada kekurangan. Satu skillnya “Hover Thrusters” tidak begitu lancar apabila digunakan kerana kita boleh mengawal pergerakan terbang secara manual apabila melaksanakan skill tersebut.
Kekurangam lain termasuk, tiada kill cam, tiada chat box, tiada pilihan untuk memberi isyarat atau arahan pantas, matchmaking kurang fleksibel. Tetapi semua kekurangan ini mungkin disebabkan oleh game masih dalam peringkat beta dan semua komponen yang hilang akan dibawa ke versi akhir atau melalui kemas kini berasingan.
Di samping itu, kami temui pelbagai bug yang terdiri daripada pilihan yang hilang di menu, mouse yang kerap keluar dari game ke desktop walaupun ditetapkan ke fullscreen, dan prestasi pengoptimuman di PC itu.
Kami bermain game ini pada laptop gaming dengan spesifikasi Intel i5 Gen 9, GTX 1600 Ti dan 16GB RAM yang sepatutnya cukup untuk tetapan standard, tetapi walaupun menurunkannya ke tetapan paling rendah sekali, prestasi masih lemah dengan FPS yang rendah, stuttering, serta delay teruk yang juga menyebabkan masalah ping.
Pendapat Setakat Ini
Secara keseluruhan, saya boleh memuji Concord, terutamanya dari segi visual, gameplay, dan sensasi tembak-menembak yang cukup berkualiti tinggi. Cuma untuk membawa berjaya di genre hero shooter, game ini masih terasa jauh dari sasaran, lebih-lebih lagi selepas kami mengambil kira semua kekurangan yang dijelaskan di atas.
Sudah tentu, kebanyakan komponen yang hilang boleh ditambah dalam versi akhir,, tetapi tanggapan pertama sangat penting dan Concord gagal memukau kami di versi beta. Kelemahan terdiri daripada banyak aspek seperti watak tidak seimbang, watak tidak menarik, sistem progression, dam pengoptimuman yang lemah pada PC.
Sebagai game berbayar sedangkan ada pelbagai game serupa di pasaran yang cuma untuk dimaikan, masih banyak yang Concord perlu buktikan demi menarik perhatian pemain.
Jika anda masih berminat, Concord akan tersedia di PlayStation 5 dan PC pada 24 Ogos. Untuk info lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post