Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tokyo Game Show 2025 Bakal Jadi Yang Terbesar Dalam Sejarah Dengan Senarai Pempamer Terbanyak

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 8, 2025
in Acara, Artikel, Berita, Industri, Pameran/Expo
0 0
0
Tokyo Game Show 2025 Bakal Jadi Yang Terbesar Dalam Sejarah Dengan Senarai Pempamer Terbanyak
Share on FacebookShare on Twitter

Computer Entertainment Supplier’s Association (CESA), yang diketuai oleh Pengerusi Haruhiro Tsujimoto, hari ini mengumumkan senarai rasmi pempamer untuk Tokyo Game Show 2025 (TGS2025), sekaligus menunjukkan skala acara yang belum pernah dicapai sebelum ini.

Dengan jumlah pempamer mencecah 772 (terdiri daripada 473 syarikat tempatan dan 299 antarabangsa) serta 4,083 reruai, Tokyo Game Show 2025 telah memecahkan rekod tahun lalu yang mencatatkan 3,252 reruai, menjadikannya edisi terbesar dalam sejarah acara ini.

Melibatkan penyertaan dari 46 negara dan wilayah, pameran tahun ini dijangka menjadi pentas global bagi pelbagai judul game yang dinanti ramai.

Pengunjung boleh menjangkakan pelbagai pameran menarik termasuk pelancaran game baharu, tajuk-tajuk esukan, pengalaman imersif melalui AR/VR, dan permainan berasaskan teknologi blockchain. Kesemua ini akan dipersembahkan merentasi pelbagai platform seperti konsol rumah, telefon pintar, dan PC.

Selain permainan video, TGS2025 juga akan mempamerkan peralatan gaming terkini, perabot khusus untuk meningkatkan keselesaan dan prestasi semasa bermain, serta penyelesaian perniagaan yang direka khas untuk industri game.

Acara ini menyasarkan kedua-dua kelompok khalayak, iaitu urusan perniagaan (B2B) dan pengguna akhir (B2C), sekali gus memberikan gambaran menyeluruh tentang kemajuan dan inovasi terkini dalam dunia permainan video.

Senarai akhir tajuk-tajuk game yang akan dipamerkan, termasuk butiran setiap reruai dan jadual rasmi acara, akan diumumkan pada 25 September, iaitu hari pembukaan TGS2025.

Senarai lengkap pempamer dalam bahasa Inggeris boleh diakses melalui laman rasmi TGS2025. Perlu diingat, semua maklumat dan angka yang dikongsi adalah setakat 8 Julai dan tertakluk kepada perubahan.

Tags: Tokyo Game Show 2025
ShareTweetSend
Previous Post

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist

Next Post

Live-Action Alice in Borderland Season 3 Bakal Ditayangkan 25 September!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Live-Action Alice in Borderland Season 3 Bakal Ditayangkan 25 September!

Live-Action Alice in Borderland Season 3 Bakal Ditayangkan 25 September!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd