Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Honor of Kings Capai 50 Juta Muat Turun, Tidak Sampai Sebulan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 22, 2024
in Android, Artikel, Berita, iOS, MOBA, Mobile
0 0
0
Honor of Kings Capai 50 Juta Muat Turun, Tidak Sampai Sebulan!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas dilancarkan secara rasmi pada 20 Jun lalu, game MOBA baharu Honor of Kings nampaknya telah mencapai lebih 50,000,000 muat turun di seluruh dunia dalam masa kurang daripada sebulan!

Sempena itu, pasukan pembangunan telah berkongsi mesej terima kasih di sosial media. Berikut adalah penterjemahan dalam Bahasa Melayu:

“Kami bergembira kerana anda bersama kami dalam Honor of Kings. Sembilan tahun yang lalu, sekumpulan pencinta MOBA berkumpul dengan impian untuk membina game MOBA terbaik untuk pemain di seluruh dunia. Kami mahu membawa lebih banyak pilihan, pengalaman yang lebih baik dan kandungan yang lebih kaya kepada semua pemain MOBA dan menjadikan genre MOBA lebih menarik.”

“Sebulan yang lalu, kami membawa Honor of Kings kepada pemain di seluruh dunia. Dalam tempoh ini, kami telah menerima banyak maklum balas dan cadangan daripada pemain di seluruh dunia. Tanpa mengira bahasa yang digunakan, kami membaca dan menyemak semuanya.”

“Kini terdapat lebih daripada 50 juta pemain yang menyukai game ini sama seperti kami. Terima kasih atas sokongan anda. Melangkah ke hadapan, kami akan terus mendengar suara anda dan menjadikan Honor of Kings sebagai game MOBA terbaik di dunia.”

“Untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan anda, kami telah menyediakan hadiah hebat untuk anda. Kami berharap ia akan mencipta lebih banyak kenangan yang menakjubkan untuk perjalanan anda di Hero’s Gorge. Kami juga berharap, melalui kerja keras kami, kami dapat membawa keseronokan MOBA kepada lebih ramai pemain supaya mereka dapat menikmati pengalaman pertempuran kerjasama dan kompetitif yang luar biasa.”

Bagi ganjaran, anda boleh menebus hero baharu Augran pada 27 hingga 28 Julai secara percuma. Selain itu, anda juga boleh menebus tiga skin permanen percuma pada 27 Julai hingga 16 Ogos. Untuk senarai ganjaran lengkap, anda boleh merujuk gambar di bawah:

Kredit: Level Infinite

Jangan tunggu lagi, jom kita muat turun Honor of Kings sekarang! Sila tekan SINI untuk Android atau SINI untuk iOS.

Download sekarang!
Honor of Kings
Publisher: TiMi Studio
Developer: Level Infinite
Release Date: 2024-06-20
Android, iOS
Game ini asalnya dikeluarkan di tanah besar China pada 26 November 2015, lalu menjadi salah satu game MOBA yang paling hangat di negara tersebut. Level Infinite memutuskan untuk membawa Honor of Kings ke peringkat global! Tanpa perubahan dan setulen mungkin seperti versi China, kini semua orang dapat mencuba game MOBA tersebut termasuk pemain Malaysia!
Tags: honor of kings
ShareTweetSend
Previous Post

Previu Concord (Akses Beta) – Hero Shooter Yang Perlu Banyak Pembaikian!

Next Post

AFA Creators Super Fest 2024 Bawa Artis ‘wataboku’, Idol ‘Sally Amaki’ & VTuber ‘Dokibird’ – Info Terkini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
AFA Creators Super Fest 2024 Bawa Artis ‘wataboku’, Idol ‘Sally Amaki’ & VTuber ‘Dokibird’ – Info Terkini!

AFA Creators Super Fest 2024 Bawa Artis 'wataboku', Idol 'Sally Amaki' & VTuber 'Dokibird' - Info Terkini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd