Reboot untuk siri game popular, Saints Row akan dilancarkan tahun ini pada 23 Ogos 2023. Kami telah mendapat peluang untuk melihat preview Saints Row reboot yang membawa pemain ke bandar Santo Ileso. Tanpa membuang masa, jom kita lihat apa yang menanti pemain apabila game ini lancar.
Bandar Santo Ileso
Reboot terbaru Saints Row ini membawa pemain ke bandar Santo Ileso. Ia mempunyai 9 daerah dengan keunikan mereka tersendiri datang dengan sebuah dunia indah. Sememangnya berbaloi untuk diteroka. Dunia yang terbentang luas ini akan kelihatan sedikit berbeza, dipenuhi dengan musuh serta orang bandar di dalamnya.
Pada permulaan cerita, gelaran “Saints” tidak wujud, hanya empat rakan sebilik daripada puak yang bersaing, berjuang bersama-sama untuk membayar sewa, melakukan jenayah kecil biasa mereka untuk membayar bil. Memandangkan anda bertemu dengan beberapa muka baru, anda perlu mula mengenali mereka. Segmen mengenai mereka agak singkat tetapi boleh nampak “vibe” pada kumpulan ini, dengan gurauan kecil antara mereka.
Kenderaan yang hebat
Misi semasa anda akan berada di bahagian atas sebelah kiri, dengan penunjuk untuk “threat” berdekatan. Sideswiping ialah tambahan baharu kepada pertempuran kenderaan, di mana anda boleh melompat masuk ke dalam kereta dan melarikan diri serta melakukan lebih banyak damge apabila anda menekan accelerator. Kedua-dua kenderaan mereka dan anda sendiri akan mendapat kerosakan dan kemek. Kenderaan off-road juga tersedia kalau anda lebih menyukainya.
Senjata anda boleh dipilih daripada radial menu, dengancabaran masing-masing dilampirkan pada senjata. Bukan setakat itu sahaja, anda akan mempunyai kemahiran dan “finisher move”.
Penyesuaian yang pelbagai
Terdapat lebih daripada 100 emote yang tersedia, seperti bermain gitar akustik atau jalan yang bergaya “swag”. Ia sesuatu yang anda boleh alami di bandar ini. Penyesuaian untuk Saints Row sudah tentu sesuatu yang penting. Terdapat Style app pada fon anda yang boleh menukar rupa anda. Anda boleh gunakan boss preset atau rekaan daripada komuniti atau tukar sahaja dengan pakaian kegemaran yang anda telah simpan. Berikut antara perkara yang boleh disesuaikan dalam game:
- Pakaian
- Badan
- Kulit
- Rambut
- Kepala
- Muka
- Tatu
- Personaliti
Selepas itu, anda akan berjumpa dengan ciri “Discovery”. Anda boleh temui beberapa nenda seperti kereta berperisan untuk dapatkan wang tunai. Terdapat juga “Notoriety Level”, yang boleh meningkat jika polis membuat panggilan backup. Kalau anda ganggunya, pasukan SWAT juga boleh turun bersama perisai mereka. Buat masa ini, tiada indicator yang menunjukkan anda dikejar oleh polis ini. Polis juga boleh menjadi “threat” untuk anda cari dan musnahkan kereta polis yang mengejar anda.
Kerja sampingan
Discovery boleh muncul secara ambien, tetapi anda boleh lakukan “side hustle” lebih kurang macam kerja sampingan untuk dapatkan wang, EXP atau membuka benda lain.
Dalam “Riding Shotgun”, anda sebenarnya betul-betul tunggang shotgun, serta ditugaskan untuk menembak sesiapa sahaja yang mengejar pelanggan anda. Anda boleh naik ke atas bumbung kereta dan mula lepaskan tembakan. Tetapi sudah tentu anda juga terdedah dengan bahaya lain. Jika anda ingin menggunakan semua senjata, gunakan sahaja kereta ini, untuk heal bolehlah masuk balik ke dalamnya.
Side Hustle juga merupakan pengenalan kepada pemain untuk mekanik baru game selain daripada dunia yang penuh dengan jenayah di Santo Ileso.
Perubahan baru
Kalau anda ingin tahu, setiap ada daerah mempunyai kedai pakaian tersendiri, jadi bolehlah anda meluangkan masa untuk jadi fashionista. Terdapat pakaian lama dan baru yang tersedia seperti cowboy dan bomba. Anda hanya perlu beli dan pakai sahaja dengan begitu mudah.
Gunakan Map untuk lihat beberapa servis atau kedai lain yang semasa bermain. Threat, side hustle, discovery, cerita, hourly income juga boleh dilihat melalui peta tersebut. Venture kelihatan seperti langkah yang diperlukan untuk menjadikan anda lebih kehadapan, dengan mencuri benda tertentu, menghapuskan ancaman untuk bonus.
“Garage” membolehkan anda untuk melihat koleksi kenderaan, dengan sistem kenderaan serba baru yang dijanjikan berfungsi lain daripada yang lain. Dengan 80 kenderaan yang mempunyai preset tersendiri, ia juga datang dengan cabaran. Kenderaan ini mempunyai kebolehan tersendiri selain daripada potensi kelajuan maksimum, prestasi, ketahanan dan statistik luar jalan mereka untuk perkara-perkara kecil.
Sudah tentu, tidak dilupakan mod untuk cipta rupa idaman kenderaan anda. Berikut adalah preset asas untuk penyesuaian:
- Paint
- Styles: Standard, Cutting Edge
- Body
- Trim
- Rim
- Custom colours with metallic or glassiness slider
- Decals
- Interior
- Underglow
- Glass tint
- Body
- Antenna
- Front bumper
- Rear bumper
- Fender
- Hood
- Mirror
- Roof
- Sideskirt
- Spoiler
- Wheel cover
- Tire
- Extra high / high / normal / low / extra low profile
- Size
- Width
- Tire type
- Rim type
- Audio
- Equipment
- To toggle on / off Nitrous (for the Raycaster), off-road kit options, towing cable
- Upgrade kit
- Signature ability on / off
Tourist assault
Selain daripada “tourist assault” dengan helikopter, anda boleh lakukan 25 misi “Critical path”, yang penting untuk misi “main story” dan 10 misi sampingan. Misi inilah masa untuk anda mengenali dengan rakan anda.
Apabila anda terlibat dalam pertempuran yang tidak dapat dielakkan, anda boleh sediakan 4 kemahiran anda yang boleh ditukar pada bila-bila masa. Anda boleh membukanya dengan memperoleh EXP, dan memerlukan “flow” untuk gunakannya. Selain itu, anda boleh melengkapkan “Perk”, yang diperoleh daripada melengkapkan cabaran. Anda mungkin perlu untuk mengubahnya mengikut lawan anda. Loadout senjata pula dilaraskan di HQ.
Terdapat crosshair untuk sasaran dan penunjuk bom tangan untuk isyarat visual. Untuk sesuatu seperti senapang sniper, kiraan peluru berada di bawah garis silang. Seperti kenderaan, senjata mempunyai kebolehan tersendiri yang juga dibuka melalui cabaran. Pistol biasa pun boleh berfungsi seperti machine gun mengikut kebolehannya.
Faction mempunyai jenis musuh yang unik dan gaya tempur. Los Panteros dibina berdasarkan kekuatan, serangan dekat, orang yang akan serang dahulu, bos mini atau pakar. Dengan menyelesaikan misi ini, anda boleh mendapat wang, EXP, kenderaan jika ada, boost untuk kebolehan tempur rakan anda atau helipad HQ.
Saints HQ
Saints HQ merupakan gereja terbengkalai di tengah-tengah bandar, memberikan pemain akses kepada senjata, rakan, kenderaan dan sudah tentu penyesuaian. Penyesuaian ini termasuklah lebih 100 prop unik dengan pelbagai patung besar, papan tanda neon, kaki arked, apa sahaja yang didapatkan. Sementara itu, rakan anda mungkin menawarkan anda pandangan, atau anda boleh bergaul dengan mereka.
Cache senjata pula membolehkan anda membeli peluru, baiki fungsi mereka, hampir sama seperti mod kenderaan. Jadi, anda boleh menggila dengan ciri-ciri yang tersedia untuk senjata anda.
Bos juga boleh diubah suai. Laraskan tubuh badan mereka, gantikan bahagian badan dengan prostetik, kesan parut dan macam-macam lagi yang boleh diubah.
Akhir sekali ialah Wartable. Bina Ventures jenayah anda, dengan 14 lot kosong, yang boleh membuka gameplay baru serta jalan untuk mengambil alih daerah. ChopChop, Penipuan Insurans, Perdagangan Dadah, dan seumpamanya boleh dimainkan sebaik sahaja anda membuka nya tetapi yurannya agak besar.
Mayhem – Gameplay baru
Mayhem ialah salah satu pilihan ‘gameplay baharu’ yang boleh dibuka daripada Venture. Dengan menyelesaikan Venture tertentu, ia memberi ruang untuk anda mula mengambil alih daerah tersebut.
Kali ini, pemain ditugaskan untuk hanya meletupkan barangan dan mendapatkan wang, dengan drop-in, drop-out co-op jika anda mahu. Jika rakan anda tiba dengan helikopter, anda berpeluang untuk bawa anda ke lokasi diingini. Faction musuh mungkin muncul untuk merosakkan Venture anda. Dapatkan ganjaran seperti wang dan EXP dengan peningkatan krew selepas menyelesaikan Venture.
Idol faction
Terdapat satu lagi faction iaitu Idol. Mereka sanggup menculik rakan anda. Hentikannya dengan perk yang mampu mencederakan musuh anda jika mereka berjaya serang anda.
Letupkan jalan anda melalui Raver sebaik sahaja baton mereka jatuh. Gunakan roket Thrustbuster atau tembak melalui dinding dengan Quantum Aperture ataupun berpesta dengan pinata launcher. Idol juga boleh gunakan “Blacklight Blind” yang boleh membuatkan penglihatan pemain gelap dan hanya nampak garis neon.
Itu sahaja preview yang telah ditunjukkan untuk Saints Row reboot. Senang cerita, memang banyak betul benda yang anda semua boleh nantikan dalam Saints Row reboot ini. Kami juga berpeluang untuk temu ramah pasukan pembangun mengenai Santo Ileso ini. Jangan lupa untuk main Saints Row reboot pada Ogos ini di PS4, PS5, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Epic Games.
@gamersantaimy
Discussion about this post