Baru-baru ini, kami berpeluang untuk preview Naruto x Boruto Ultimate Ninja Storm Connections, game terbaru dalam francais ikonik Naruto oleh Bandai Namco Entertainment dan CyberConnect2, di Tokyo Game Show 2023. Bakal dikeluarkan pada bulan November, kami sempat menemu bual Hotaka Suto, dan Rokushi Suzuki – kedua-duanya produser untuk Naruto x Boruto Ultimate Ninja Storm Connections.
Apakah yang berlaku di sebalik tabir game ini? Bagaimanakah proses pembangunan Ultimate Ninja Storm Connections? Anda boleh baca temu ramah di bawah untuk maklumat lanjut!
- Hotaka Suto, Produser NARUTO X BORUTO Ultimate Ninja STORM CONNECTIONS
- Rokushi Suzuki, Produser NARUTO X BORUTO Ultimate Ninja STORM CONNECTIONS
Selepas membuang ciri “tilt” daripada Ninja Storm 4, bagaimanakah perubahan itu mempengaruhi game memandangkan anda menambah ninjutsu kedua?
Dalam entri sebelum, anda hanya dapat memakai satu ninjutsu. Dengan adanya tambahan ninjutsu kedua buat kali pertama dalam siri ini; banyak maklum balas daripada orang ramai mengatakan bahawa mereka ingin memiliki dua ninjutsu atau lebih daripada satu.
Dalam game ini, kami telah menambah dua ninjutsu, dan mengikut cara ia berkembang, ini akan memberi lebih banyak pilihan kepada cara pertempuran dan bermain secara strategik. Kami berharap pemain akan berseronok dan menikmati nilai strategik itu.

Adakah ada perbezaan yang besar daripada segi mekanik gameplay dan pergerakan berbanding game lama, seperti Ninja Storm 4?
Secara ringkas, daripada Ultimate Ninja Storm 1 hingga 3; kerana ia dikeluarkan pada konsol lama, grafik telah dikemas kini untuk game ini. Tetapi sejujurnya, Connections berbanding Storm 4, grafiknya telah dipertingkatkan.
Bolehkah anda menjelaskan tentang History Mode dan Story Mode yang merangkumi cerita Naruto dan Boruto?
Dalam History Mode, ia hanya akan merangkumi siri anime Naruto dan Naruto Shippuden, dan keseluruhan cerita Naruto. Selain itu, kami ada Special Story Mode di mana Boruto akan jadi watak utama. Kami ada History Mode, tetapi peminat yang suka Boruto juga boleh menikmati Special Story Mode, yang eksklusif original untuk game.

Adakah itu akan berbeza dengan anime Boruto? Adakah pencipta asal, Masashi Kishimoto, tahu tentang naratif itu, dan membantu menulis cerita itu?
Ya. Kishimoto-sensei tahu tentang Special Story Mode, tapi penyeliaan sebenarnya dilakukan oleh Shueisha, syarikat yang menerbitkan Naruto dan Boruto. Dalam Special Story Mode, kami ada dua watak original, Nanashi dan Merz; dua watak penting dalam jalan cerita. Watak-watak tersebut sebenarnya tidak ditulis oleh Kishimoto-sensei, tapi dicipta oleh CyberConnect2, iaitu pasukan pembangunan.

Adakah mana-mana watak dalam game menerima sebarang rework atau rombakan kecil/besar-besaran? Atau adakah set kemahiran mereka masih sama dengan game sebelum?
Ada sikit pelarasan kepada watak-watak lama dalam siri Ultimate Ninja Storm, dan watak-watak yang diselaraskan ialah Mitsuki, Sarada, dan Momoshiki; mereka mempunyai skill dan Secret Technique baru. Untuk watak lain, ada perubahan kecil kepada skill, di mana prestasi skala telah diselaraskan.

Dua watak original telah ditunjukkan, tetapi adakah mereka boleh dimainkan?
Malangnya tidak, maaf.
Dengan Simple Control, sejauh manakah pemain boleh memaksimumkan potensi sistem pertempuran seperti Normal Controls?
Jika anda baru menggunakan mode Normal Control, ia mungkin lebih susah. Simple Control adalah untuk beginner. Mereka menciptanya untuk beginner kerana sebelum ini, kami terpaksa menekan pelbagai butang dan semuanya sukar untuk ingat, tapi dengan Simple Control, anda boleh melakukan banyak kombo dengan hanya menekan satu butang.
Sebagai contoh, jika ingin buat chakra dash, anda terpaksa menekan banyak butang sebelum ini, tapi dengan menekan butang bulat, (jika bermain di PS4/PS5), anda boleh melakukan chakra dash serta-merta. Jika ingin bermain dengan mudah, maka Simple Control sangat sesuai, tapi jika anda ingin melakukan hal teknikal, contohnya, membatalkan chakra dash pada masa tertentu atau melakukan Secret Technique pada waktu tertentu, maka Normal Control adalah lebih baik.

Daripada video gameplay terkini, ramai peminat sedar bahawa awakening mode lebih cepat habis berbanding game sebelum. Apakah sebabnya?
Awakening mode sebenarnya tidak diubah daripada game lama, tapi ada beberapa awakening mode yang lebih pendek untuk sesetengah watak. Sebabnya ialah jika awakening mode terlalu lama, maka ia akan menjejaskan keseimbangan pertempuran. Itulah sebabnya tempoh awakening mode lebih kurang sama sekarang.
Sebagai contoh, jika Naruto versi kanak-kanak bertarung dengan Naruto Baryon Mode, Naruto Baryon Mode terbukti lebih kuat. Dengan adanya awakening mode yang sama panjang antara kedua-dua watak itu, mereka boleh mengekalkan keseimbangan game. Itulah sebabnya mereka ada tempoh yang sama untuk setiap watak.

Adakah Simple Control tersedia di semua mode dalam game, atau adakah ia berada dalam mode tertentu sahaja?
Ya, ia ada dalam semua mode, termasuk Free Battle, Online Battle dan Extreme Mode.

Bercakap tentang kawalan, adakah game menggalakkan pemain memakai Normal Control, atau fokus sahaja pada Simple Control?
Dalam game ini, ada mode training di mana pemain boleh belajar cara mengaktifkan Jutsu dan lakukan Secret Technique. Dalam Training mode ini, ada tutorial di mana pemain boleh belajar kedua-dua Simple Control dan Normal Conteol. Tetapi jika bermain Normal Control, anda boleh mengunakannya secara strategik dan kawal masa dengan lebih baik. Jika anda menentang kedua-dua jenis pemain, mungkin pemain Normal Control adalah lebih baik, jadi itu akan menjadi salah satu motivasi yang memberi semangat kepada beginner untuk cuba melibatkan diri dan bermain.

Siri Ultimate Ninja Storm sentiasa ada stage (peringkat) yang sama, jadi untuk Naruto x Boruto Ultimate Ninja Storm Connections, apakah yang boleh dijangkakan oleh pemain atau peminat daripada segi reka bentuk baru?
Ini mungkin sedikit repetitif, tetapi bagi reka bentuk baru; jika anda peminat siri, lagi-lagi Boruto, watak-wataknya telah dikemas kini. Jadi Mitsuki, Sarada, dan Momoshiki mempunyai Secret Technique, dan prestasi telah dikemas kini.
Untuk peminat siri Ultimate Ninja Storm, dua ninjutsu ditambah. Itu adalah reka bentuk baru untuk kandungan, dan UI juga telah dikemas kini. Jika anda seorang pemain Ultimate Ninja Storm 1, UI sama sekali berbeza daripada game ini. Itu sesuatu yang agak positif.
Aka. ada stage baru yang tersedia dalam game ini. Terdapat tiga stage daripada jalan cerita original dalam Special Story Mode.

Daripada segi kompetitif, bagaimanakah anda membuat persiapan untuk aspek e-sukan?
Sebagai kejohanan e-sukan rasmi, kami tidak merancang apa-apa, dan sebabnya ialah game ini bukan game kompetitif. Ada pemain yang berdaya saing dalam game, tapi ia lebih untuk mereka yang menikmati kisah Naruto dan gemar bermain sebagai watak kegemaran mereka. Ia lebih kepada peminat kasual Naruto game ini, dan ya, kami tidak merancang sebarang jenis pertandingan esukan.

Bagaimanakah anda mencipta kisah istimewa dan watak baru tanpa input dari pencipta original? Apakah jenis falsafah yang dimasukkan ke dalam?
Sebab mengapa pasukan produksi tampil dengan Special Story Mode adalah kerana; berbanding Naruto dan Boruto, Boruto mempunyai reputasi yang lebih rendah. Naruto sangat terkenal, tetapi untuk Boruto – ada orang yang tidak tahu tentang Boruto.
Dengan menjadikan Boruto sebagai watak utama dalam Special Story Mode, objektifnya adalah untuk menarik peminat Naruto. Jadi pencinta Naruto boleh berminat dengan Special Story Mode dan mengenali Boruto, serta merasakan bahawa Boruto ialah IP yang seronok dan digemari. Itulah objektifnya.
Selain itu, untuk peminat Naruto tertarik dengan Special Story Mode, mereka menghasilkan kisah khas. Jika anda cuba semasa sesi hands-on, anda sebenarnya akan bermain pertarungan bos rahsia antara Naruto dan Sasuke. Special Story Mode bermula dengan pertarungan antara Naruto dan Sasuke dan kemudian, ia beralih ke kisah Boruto. Dengan menjadikan itu sebagai tonggak, pasukan produksi dan pasukan pembangunan bekerjasama untuk menghasilkan cerita ini.

Apakah mesej dan tujuan kisah original ini?
Mesej Special Story Mode adalah… dalam cerita Naruto, ia merupakan dunia Shinobi, jadi sudah tentu ada peperangan dan pertempuran. Berbanding Boruto, yang lebih kepada kehidupan seharian, ia kurang serius. Special Story Mode ini menceritakan tentang seorang ninja upahan yang cuba memulakan Perang Dunia Shinobi ke-5. Dengan menjadikan itu sebagai cerita, mereka ingin menyampaikan bahawa ada nilai serius dalam Boruto dan bagaimana ia berkaitan dengan Naruto.
Kerana Boruto dilihat sebagai cerita yang santai, dengan mengubahnya kepada tema yang serius, mereka mahu menunjukkan bahawa Naruto dan Boruto berada dalam alam semesta yang sama.

Apakah sorotan-sorotan utama dalam game ini?
Semasa sesi hands-on, ada dua mode yang boleh anda cuba. Satu ialah Special Syory Mode, di mana anda akan dapat bermain buat kali pertama di seluruh dunia. Dalam Special Story Mode ini, grafiknya sangat cantik dan dibuat dengan baik oleh CyberConnect2. Saya sangat gembira anda mencuba ini hari ini.
Dan apabila Naruto dan Sasuke bertarung semasa bahagian pertama. Jika anda boleh menikmati bahagian itu dan juga pertarungan boss, ia memang memuaskan hati.
Selepas bermain Special Story Mode, anda boleh bermain Free Battle. Kami ada semua watak dibuka hari ini. Ia akan jadi unik kerana anda boleh bermain dengan ninja kegemaran dan juga bermain dalam mode Simple Control dan Normal Control. Jika bermain buat kali pertama, ia sangat mudah. Saya bukan seorang yang sangat teknikal, tetapi saya dapat melakukannya dengan mudah. Jadi ya, anda juga boleh menikmati mode Simple Control.

Adakah watak baru telah diseimbangkan untuk game ini?
Oleh kerana ada banyak -ada 10 watak baru yang ditambah dari siri ini- jadi terdapat pelarasan untuk watak sebelum. Tetapi watak-watak ini memiliki kekuatan original berdasarkan karya asal. Oleh itu, dengan menghormati hal itu, terdapat pelarasan yang seimbang.

Sekali lagi saya ingatkan, Naruto x Boruto Ultimate Ninja Storm Connections akan dilancarkan pada 16 November 2023 di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One dan Nintendo Switch. Peminat boleh pre-order sekarang di platform pilihan di SINI.
Baca segala liputan kami tentang game ini di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post