Dalam banyak-banyak game yang akan keluar tahun ini, Diablo IV mungkin antara game yang paling dinantikan oleh para gamer di seluruh dunia. Walaupun mengalami beberapa penangguhan dan isu-isu lain semasa dalam proses pembangunan, Blizzard akhirnya memberi pemain peluang untuk mencuba Diablo IV buat kali pertama menerusi beta terbuka. Sudah tentu, kami pun cuba – jadi apakah ulasan umum saya bagi game itu setakat ini?
Teruskan baca preview awal saya!
Jalan cerita dan pengenalan dunia
Permainan ini bermula dengan cutscene cerita yang memperkenalkan sedikit peranan tentang dunia. Kami harus mengakui bahawa Blizzard mampu menghasilkan animasi yang luar biasa, di mana visual keseluruhannya kelihatan mengerikan termasuk ekspresi watak yang sangat sesuai untuk membawa anda terbawa-bawa dalam cerita. Walaupun dalam versi beta ini anda hanya disajikan dengan bab pertama, terdapat banyak aktiviti yang boleh anda lakukan, seperti melakukan misi sampingan, peta acara, penjara bawah tanah dan sebagainya.
Diablo IV berlaku berikutan Diablo III: Reaper of Souls. Orang-orang ajaran sesat (para kultus) telah menyeru antagonis utama dan anak perempuan Mephisto, iaitu Lilith. Selepas peristiwa yang berlaku dalam game sebelum, kuasa iblis dan malaikat telah habis, lalu membolehkan ruang untuk Lilith menubuhkan kuasa di Sanctuary.
Beta Diablo IV bermula dengan cutscene yang memperkenalkan apa jadi pada dunia permainan. Saya ingin kata bahawa Blizzard sangat cekap dalam aspek visual kerana grafik keseluruhan menunjukkan rupa mengerikan dan ekspresi watak-watak pun semuanya tepat, yang membuatkan kita lagi asyik dengan jalan cerita. Walaupun kita hanya boleh memainkan bab pertama untuk beta, terdapat banyak aktiviti yang boleh kita lakukan, seperti menjalani side quest, event di atas peta, mencabar dungeon unik dan sebagainya.
Peta pun sangat besar. Walaupun sudah bermain melalui bab pertama, rupanya masih ada banyak tempat yang belum saya terokai. Satu hal yang menjengkelkan adalah kita tidak boleh menunggang kuda dalam beta, jadi keadaan menjadi agak sukar untuk meneroka melalui peta. Selain itu, terdapat mekanik skala dinamik yang membuatkan raksasa level tinggi tidak akan muncul. Jika selalu kalah, itu mungkin kerana anda tidak biasa dengan musuh lagi.
Keseluruhan reka bentuk peta menunjukkan kemiskinan dan kesengsaraan penduduk di Sanctuary. Di luar bandar, terdapat pelbagai jenis raksasa dan iblis yang merayau. Makhluk-makhluk ini mungkin biasa kepada pemain veteran, termasuk ‘puak sinker’ daripada Diablo II, ‘dead demon’, ‘skeleton archer’ dan ‘exploding demon’ daripada Diablo III, yang semuanya kembali secara grafik tinggi.
Kelas dan skill
Ujian Beta tidak membuka semua kelas, hanya Barbarian, Rogue dan Sorcerer. Pertempuran dan unsur spell adalah kekuatan siri Diablo, dan bersama tambahan efek bunyi ambien, ia memberikan rasa yang lebih realistik kepada pemain.
Dari segi character creator, pemain hanya boleh customize beberapa perkara sahaja, termasuk gaya rambut, warna rambut, bentuk kening, warna anak mata, dan sebagainya. Malangnya, bentuk muka dan ciri-ciri lebih terperinci tidak boleh diubahsuai.
Setiap kelas bukan sahaja mempunyai sistem energy sendiri, malah juga mempunyai abiliti yang kuat selepas menyelesaikan ‘specialisation quest’ masing-masing. Sebagai contoh, Barbarian boleh memakai banyak senjata sekaligus, Sorcerer boleh menguatkan sihir/magic mereka dan sebagainya.
Sistem skill adalah gabungan Diablo II dan III, dengan setiap aksi termasuk butang kiri dan kanan di mouse, yang jumlahnya total enam hotkey. Skill tree sebenarnya berkonsep skill group, di mana anda klik pada skil yang diinginkan pada grup pertama, dapatkan jumlah mata tertentu dan kemudian mempelajari skil itu pada grup kedua, dan seterusnya. 25 level sudah cukup untuk membolehkan pemain klik pada peringkat terakhir bagi ultimate anda.
Sebagai contoh, anda boleh mendapatkan skil utama Sorcerer untuk mempunyai Ice, Fire, Lighting dan lain-lain, tetapi terdapat ruang terhad untuk meletakkan skil – jadi kebanyakan masa, anda akan meningkatkan skil tertentu. Tetapi jika anda hanya ingin meningkatkan skil, maksudnya tidak cukup mata untuk yang lain, jadi pilih skil yang mempunyai kombinasi terbaik.
Saya rasa perubahan yang baik ialah terdapat pelbagai cara untuk bermain satu kelas, dan pemain tidak akan mempunyai “kombo” tetap. Sebagai contoh, pada masa lalu, pemain boleh memilih daripada Fire, Ice dan Lightning, tetapi kali ini, anda boleh menggunakan apa sahaja yang anda suka. Skill Tree mempunyai pelbagai kemahiran untuk dipilih, dan bersama bonus tambahan daripada peralatan, pemain tidak perlu terikat dengan skil tertentu.
Saya memilih Rogue kali ini, tetapi selain menyelinap sebagai pembunuh upahan, anda masih boleh bermain sebagai archer dalam kelas ini. Saya bermain ala game menembak dan bukannya game RPG, dengan mengklik butang kiri dan kanan mengikut stail hit and run!
Skill hanya memerlukan sedikit wang untuk reset pada permulaan game, dan kita tidak perlu kembali ke bandar. Saya mengesyorkan untuk mencuba pelbagai playstyle sebelum memilih gaya kegemaran tetapi itu pun tiada masalah kerana anda boleh menukar serta-merta jika mendapati gaya itu tidak sesuai. Walau bagaimanapun, semakin tinggi level pemain, semakin banyak kos yang diperlukan. Ini juga membuatkan keadaan lebih sukar untuk menggantikan skil di peringkat seterusnya.
Kali ini, sistem potion dibawa dari Diablo Immortal ke Diablo IV (beta), jadi pemain tidak boleh membawa sejumlah potion bersama mereka. Disebabkan jumlah potion yang terhad, ia memaksa anda untuk belajar melawan bos dan mengelak daripada terkena serangan mereka.
Anda mempunyai gerakan dodge dengan menekan spacebar yang memiliki cooldown 5 saat. Dodge ini bukan sahaja boleh bergerak melalui raksasa, tetapi juga membuatkan watak anda kebal pada masa itu. Jika anda tidak mempelajari sebarang skill jenis dash, maka butang ini akan menjadi penyelamat hidup anda.
Senjata dan peralatan
Game ini menggunakan warna berbeza untuk menandkan rarity sebuah peralatan. Peralatan jenis Legendary mempunyai abiliti khasnya sendiri (peralatan Legendary juga meningkatkan kesan kemahiran), tetapi dengan penambahan sistem baharu yang dipanggil Codex Of Power Aspects.
Ciri ini tersedia selepas anda melengkapkan dungeon, dan apabila ia dibuka, anda boleh meletakkannya pada item yang Rare atau Legendary untuk menukar kesannya. Anda juga boleh meletakkan aspect yang telah dibuka pada mana-mana gear yang anda inginkan, asalkan ia serasi dengan kelas anda.
Perlu diingat juga bahawa anda boleh menemui Aspect yang mungkin yang terikat pada item lain. Anda boleh mengekstrak Aspect itu tetapi untuk melakukannya, anda perlu memusnahkan item yang terikat dengannya. Di samping itu, jika anda membuka Aspect yang tidak serasi dengan kelas anda, jangan risau kerana ia boleh digunakan pada watak baharu. Anda hanya perlu melawat Occultist. Sebuah Menu akan muncul sebaik sahaja anda mula bercakap dengan mereka dan pemain boleh upgrade item tersebut.
Walaupun skil ini boleh dipasang pada gear Legendary, ia akan menghilangkan abiliti original milik gear Legendary tersebut. Memandangkan skil telah ditetapkan untuk setiap dungeon, mekanik ini memastikan bahawa pemain yang sanggup farming boleh mengumpul satu badan penuh peralatan legendary dengan menaik taraf gear emas mereka.
Terdapat juga sistem upgrade untuk senjata dan aksesori kali ini, dengan jumlah upgrade terhad, 3 untuk peralatan Rare (kuning) dan 4+ untuk legendary. Satu lagi ciri hebat ialah mana-mana peralatan yang telah dibuang akan direkod dan kita boleh ditukar kepada pakaian itu pada bila-bila masa.
Pendapat
Secara umum, kami berpendapat Diablo IV berjaya membawa perubahan kualiti dalam beberapa aspek tertentu dalam Ujian Beta ini. Blizzard juga mengekalkan ciri-ciri terbaik dari siri sebelum sambil terus memperbaiki mekanik gameplay, seperti sistem leveling yang dinamik, sistem skill tree, dan menambah mekanik baharu seperti Codex of Power yang membuatkan unsur customization lebih menarik untuk bereksperimen.
Jika kualiti ini dapat dikekalkan, versi pelancaran pasti akan menawarkan keseronokan berganda untuk peminat lama.
Diablo IV akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC pada 8 Jun. Baca segala liputan kami tentang Diablo IV di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post