Stranger of Paradise: Final Fantasy Origin diumumkan di E3 pada minggu lepas dan menampilkan protagonis baru bernama Jack yang hanya ingin membunuh Chaos. Walaupun sesi demo terhad ditangguhkan selama 24 jam kerana fail yang dimuat naik ke kedai PSN rosak, peminat akhirnya dapat mencuba permainan tersebut. Dengan memberi gameplay dan mekanik yang sangat berbeza dari permainan Final Fantasy lain, inilah preview saya untuk demo Stranger of Paradise: Final Fantasy Origin! Mari kita mulakan.
Misi membunuh Chaos
Pertama sekali saya nak sebutkan ialah sistem pertempuran memang bergenre “Souls”, memandangkan ia menggunakan mekanik permainan Souls dan menggunakan idea “mati, hidup, cuba lagi”. Seperti biasa, ia mempunyai checkpoint yang akan reset semua musuh dan menyembuhkan pemain ketika menggunakannya.
Walaupun begitu, pertempuran sebenarnya lebih mirip dengan Nioh secara khusus, di mana setiap jenis senjata mempunyai pergerakan yang yang berbeza. Sebagai contoh, Lance adalah senjata untuk “single-target”, tetapi dengan menekan butang lain, ia akan “menyapu” musuh di sekeliling, supaya pemain tidak dikepung oleh musuh di sekeliling. Dunia persekitaran juga mempunyai banyak interaksi kerana serangan “knockback” akan damage bonus jika anda melantun musuh ke dinding dan manakala sihir api akan menyebabkan kebakaran di sekitar jika terdapat rumput kering.
Salah satu mekanik kegemaran saya dalam sistem pertempuran adalah “Combo Skills”. Saya akan jelaskan dengan mudah. Setiap kombo Attack> Attack> Skill akan melancarkan skil yang berbeza bergantung pada beberapa banyak serangan yang kita lakukan. Strangers of Paradise juga menggunakan sistem Stagger sendiri, yang dipanggil Break System. Dengan mengosongkan Break Gauge pihak lawan, mereka akan terdedah kepada satu serangan hebat. Namun dari apa yang saya perhatikan, Break System tidak begitu penting berbanding beberapa permainan lain seperti Final Fantasy XIII.
Menepis menggunakan Soul Shield
Salah satu fitur paling menarik dalam permainan adalah Soul Shield, yang akan menggunakan sebahagian daripada Break Gauge kita untuk melancarkan pergerakan “parry” (menepis). Apabila kita berjaya parry musuh, pelbagai pilihan serangan akan terbuka, di mana kita boleh menyerang balas, dan mendapat akses ke “Instant Abilities”- sihir berguna yang akan bertambah kuat jika kita memakai kelas Mage atau Black Mage.
Saya memang suka fitur Instant Abilities, kerana ia mengubah cara kita menghadapi serangan musuh. Sudah tentu, anda boleh mengelak serangan musuh, tetapi dengan belajar cara untuk menangkis serangan mereka dengan Soul Shield, ia bermaksud kita dapat melancarkan serangan balas tanpa membazirkan MP dan masa.
Saya sendiri pun tidak sedar tentang kehebatan Soul Shield sehingga sampai ke bos terakhir iaitu Chaos. Soul Shield adalah satu perkara WAJIB yang kita harus belajar untuk berhadapan dengan Chaos dan walaupun dia sentiasa agresif, pemain yang bersabar pasti akan menemui peluang untuk menangkis serangannya walaupun di tengah-tengah kombo.
Adakah gameplay menyerupai genre “Souls”?
Ia penting untuk kata bahawa Strangers of Paradise amat menyerupai mana-mana permainan Souls. Apabila mati, satu-satunya perkara yang akan hilang adalah bar MP kita, yang akan makin berkurangan bagi setiap kematian. Kita boleh mendapatkan semula bar MP yang hilang dengan melakukan “finisher: pada musuh, yang bermaksud pemain perlu mahirkan sistem Break Break Gauge.
Seperti di atas, saya tidak sedar betapa pentingnya bar MP sehinggalah pertarungan dengan Chaos, di mana saya benar-benar memerlukan MP untuk menggunakan pelbagai skil. Satu lagi persamaan adalah daripada aspek reka bentuk persekitaran, yang menggunakan jalan pintas dan checkpoint. Terdapat juga banyak jalan rahsia untuk diterokai, dengan peti yang penuh dengan barang-barang berguna.
Sejujurnya, saya suka bagaimana mereka menerapkan mekanik Souls di dalam permainan. Mereka tidak meniru bulat-bulat, tetapi mengambil konsep asas yang menjadikan genre ini menarik lalu memasukkannya dalam permainan Final Fantasy. Saya juga suka kerana tidak ada bar stamina untuk menyerang, sebaliknya membuat setiap skil mempunyai tempoh cooldown yang panjang, supaya pemain tidak boleh “spam” skil yang sama.
Pihak pemaju juga mengekalkan mekanik “potion yang boleh diisi semula”. Potion yang boleh habis pasti akan menyukarkan lagi keadaan, jadi ia bagus untuk melihat kita tiada masalah besar berkaitan HP.
Kelas pekerjaan
Dalam preview demo Stranger of Paradise ini, saya mendapati permainan memiliki sistem pekerjaan yang lebih kurang sama seperti sistem Final Fantasy, di mana kita boleh bertukar antara dua pekerjaan pada bila-bila masa. Walaupun kita tidak boleh menukar kelas semasa melakukan kombo, permainan memberitahu bahawa menggunakan Job Skill tertentu akan memberi kita peluang untuk mengubah kelas pekerjaan. Ini adalah ciri yang bagus, dan melancarkan lagi keseluruhan gameplay. Demo hanya mempunyai tiga kelas pekerjaan, iaitu Mage, Lancer dan Swordsman. Di samping itu, sistem Job Upgrade juga tersedia untuk Black Mage, Dragoon dan Warrior.
Kelas Mage/Black Mage sangat menyeronokkan kerana memiliki sihir elemental, yang menjadi semakin kuat semakin lama kita menahan butang. Walaupun begitu, mereka juga adalah yang paling sukar digunakan dalam kombo, kerana setiap sihir mempunyai cooldown dan harus bijak daripada segi pengurusan abiliti dan bukan setakat pukul, pukul dan pukul.
Kelas paling gempak lah yang saya rasa dalam demo adalah kelas Warrior, dengan skillset yang seimbang dan perisai yang membolehkan dirinya tidak melantun dari serangan tertentu dari musuh. Walaupun lebih menyukai kelas Dragoon secara peribadi, ia tidak cukup untuk melawan Chaos, kerana Warrior jauh lebih baik untuk berhadapan dengan musuh yang tidak memberi anda banyak peluang untuk mendapatkan serangan.
Akhir sekali, Skill Tree untuk kelas pekerjaan membolehkan kita mendapatkan skil pasif berbeza, untuk digunakan oleh dua kelas pekerjaan. Begitu juga dengan Command Skill, yang membolehkan kita mengaktifkan buff tanpa kisah kelas pekerjaan apa yang sedang aktif.
Sistem “gear”/customization
Bahagian permainan yang paling mengecewakan adalah sistem gear/customization. Strangers of Paradise menggunakan sistem loot secara rawak, di mana peralatan mempunyai skill pasif dan tahap yang berlainan. Saya memang tidak pernah suka sistem seperti ini kerana ia hanya memaksa pemain untuk “grinding” tanpa sebab yang munasabah. Yang buat makin teruk adalah ciri Auto-Equip memang sampah, kerana ia hanya melengkapi peralatan dengan tahap tertinggi tanpa mengira bonus lain. Jika anda benar-benar ingin bertahan hidup dalam permainan, saya sarankan anda pilih peralatan sendiri.
Prestasi di PS5
Grafik dalam demo sebenarnya tidaklah terlalu mengagumkan, dan kelihatan seperti sebuah HD remaster untuk permainan lama. Seterusnya, permainan mempunyai banyak masalah teknikal, di mana frame rate akan turun mendadak walaupun dalam mod Performance. Ini mungkin sebab permainan masih dalam fasa awal dan saya yakin Square Enix akan membetulkan isu-isu ini.
Pendapat
Secara keseluruhan, Strangers of Paradise: Final Fantasy Origin memberi nafas baru pada formula Final Fantasy. Secara mekanikal, saya boleh lihat banyak idea masuk ke dalam permainan, di mana kita dapat mencuba gameplay Final Fantasy dengan sedikit elemen Souls. Walaupun saya kata begitu, ia masih ada kekurangannya seperti isu grafik dan teknikal. Untuk pengguna PS5 yang berminat, saya sarankan anda untuk mencuba demo ini selagi ia masih tersedia di PS Store. Itu sahaja untuk preview demo Stranger of Paradise: Final Fantasy Origin! Sehingga kita berjumpa lagi, selamat ber-gaming.
@gamersantaimy
Discussion about this post