Season 4 kini tiba di penghujungnya dan Season 5 akan dilancarkan tidak lama lagi. Dengan itu, kami telah diberikan peluang oleh EA untuk mencuba Battlefield 2042 Season 5 terlebih dahulu. Jadi, kalau anda nak tahu apa yang DICE dan EA bawakan dalam musim ini, teruskan membaca preview ini.
Battlefield 2042 Season 5 akan dilancarkan pada 7 Jun 2023 di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam dan EA Apps.
Map baru – Reclaimed
Ini ialah peta baharu yang akan di bawa masuk ke dalam Battlefield 2042 Season 5. Sedikit kisah latar belakang untuk peta ini. Ia adalah medan perang masa lalu yang bertemu dengan dunia Battlefield 2042. Kawasan itu diselubungi konflik global hampir tiga dekad yang lalu dan wilayah itu musnah selepasnya. 5 tahun selepas 2042, perang kembali ke tanah tersebut untuk ditebus.
Jadi, peta ini akan mengandungi enam pangkalan dan setiap satu daripadanya mempunyai keunikan mereka sendiri.
- Flag A1 (Train Derailment) – Peta yang sangat terbuka dan ia adalah tertumpu kepada pertempuran jarak sederhana dan sekitarnya dibina untuk kenderaan. Jadi jika anda berada dalam kumpulan yang besar, anda akan mati dengan mudah kenderaan itu.
- Flag B1 (Supply Drop) – Ia adalah zon pendaratan yang menumpukan pada pertempuran dekat. Tetapi apabila kenderaan tiba, anda akan mati. Serius, tapak untuk Flag B1 sangat tertutup dan mempunyai banyak pokok. Kadang-kadang, saya tidak pasti dari arah mana tembakan itu datang. Tetapi, ia menampilkan terrain yang agak berbukit. Jadi, anda boleh menggunakannya untuk melindungi diri anda daripada terkena tembakan.
- Flag C1 (Turbine Hall) – Ia adalah kawasan “Turbine” yang terbiar dengan ruang dalaman yang memfokus pada pertempuran jarak sederhana hingga jarak dekat di aras tanah. Ingat, walaupun kawasan ini mempunyai bangunan, tetapi anda perlu berhati-hati dengan tembakan dari helikopter atau kenderaan lain kerana bumbungnya sudah tiada.
- Flag C2 (Military Storage) – Gudang tentera di mana tempat anda perlu mengawasi belakang anda. Untuk menyelesaikan objektif di dalam tapak ini agak susah kerana tempatnya agak sempit. Lagi-lagi apabila, pemain boleh menggunakan kenderaan, itu sudah pasti akan membuatkannya lagi susah.
- Flag D1 (Fortified Bunker) – Di sini, anda akan bertarung di lereng gunung dan kawasannya sangat luas dan terbuka. Walau bagaimanapun, mereka menyediakan bunker yang disambungkan ke koridor kecil dan memberi tumpuan kepada pertempuran jarak dekat.
- Flag E1 (Fuel Silos) – Ini adalah tapak kedua yang menampilkan susun atur untuk kenderaan. Jika anda melihatnya dengan mata kasar ia sangat luas tetapi apabila anda berada dalam pertempuran, anda akan perasan bahawa tidak ada tempat lain untuk menyelamatkan diri anda kecuali di kawasan tengah jika anda bernasib baik.
Jadi, anda akan bertarung sehingga tamat sebelum anda boleh memenangi keseluruhan perlawanan. Dari Flag A1, sehingga Flag E1, anda akan mengetahuinya. Sama ada anda menghancurkan musuh anda atau anda adalah orang yang akan dihancurkan.
Bagi saya, ia adalah peta yang cukup menyeronokkan untuk dimainkan kerana terdapat banyak kawasan yang perlu anda lindungi. Saya rasa terdapat banyak tempat Close Quater Combat (CQC) untuk anda mainkan. Ia bukan hanya tentang tembak dan menang, tetapi anda perlu menggunakan strategi atau taktik untuk menakluki perlawanan ini.
Senjata Baru
Untuk Season 5, mereka akan membawa senjata baharu yang memfokuskan pada kerja berpasukan di mana ia akan membantu anda dan pasukan anda keluar daripada situasi yang teruk.
- XCE Bar: High precision bolt action rifle dengan keupayaan attachment yang diperluaskan untuk mengiringi “stopping power”. Ia membolehkan anda menukar dengan pantas melalui pilihan attachment untuk menyerang musuh pada pelbagai jarak.
Selain itu, mereka juga akan membawa dua senjata dari Battlefield 4 iaitu GEW-46 dan BFP.50. Saya pasti ramai peminat Battlefield merindui senjata ini. Anda bertuah kerana mereka akan membawa 2 senjata ini ke Season 5.
- GEW-46: Assault rifle yang menawarkan kestabilan tinggi dengan short burst fire. Hebat untuk persekitaran jarak sederhana yang anda akan alami merentasi peta Reclaimed.
- BFP.50: Hand cannon yang sangat berkuasa di mana ia memberikan anda satu lagi senjata sampingan yang akan menghasilkan damage yang teruk pada jarak dekat. Ia sangat popular kerana saiz, bunyi dan kuasanya.
Senjata Vault
Selain membawa senjata baharu, mereka juga melakukan “rework” kepada senjata yang sedia ada. Berikut adalah senjata yang diberikan fokus kepada rework:
- M16A3
- ACW-R
- A91
- M416
- MTAR-21
- AEK-971
Alatan Baru
Untuk musim ini, alatan yang akan mereka tambah adalah memfokuskan pada bom sahaja. Walau bagaimanapun, saya rasa ia banyak membantu untuk membersihkan beberapa kawasan atau mengeluarkan anda daripada sedikit situasi yang tegang.
- Spring Grenade: Bom tangan kecil yang akan melantun ke udara sebelum diletupkan, menyebabkan banyak kerosakan kepada musuh.
- Anti-Tank Grenade: Meletup selepas terkena kepada kenderaan.
- Mini Grenade: Boleh dibaling dengan lebih pantas dan lebih jauh daripada yang biasa, membuka kemungkinan baharu untuk anda.
Battle Pass
Battle Pass untuk musim ini mengandungi pelbagai kosmetik, XP Boosters dan banyak lagi. Terdapat dua jenis ganjaran yang mereka sediakan iaitu Percuma dan Premium.
Untuk Battle Pass percuma, anda akan menerima sekurang-kurangnya 30 ganjaran termasuk 3 senjata baharu, 3 alat baharu dan 5 kulit kosmetik. seperti berikut:
- Epic “Matrix” Zain Specialist Set
- Epic “Neoteric” Weapon Skin
- Epic “Fail safe” Weapon Skin
- Epic “Peak Performer” Weapon charm
- Rare “Solenoid” Vehicle Skin
Manakala untuk Premium Battle Pass, anda akan menerima lebih banyak ganjaran yang terdiri daripada 20% Seasonal XP Booster, XP booster terhad masa, 1,300 BFC dan banyak lagi termasuk kulit kosmetik.
- Legendary “Regenerator” Falck Specialist Set
- Legendary “Brutal Partisan” Lis Specialist Set
- Legendary “Overthrower” Specialist Set
- Legendary “Firelight” Weapon Skin
- Epic “Brave New World” Player Card Background
Untuk mendapatkan semua ganjaran ini, anda perlu menyelesaikan misi yang disediakan oleh mereka setiap minggu. Jadi, setiap minggu anda akan diberikan misi yang berbeza untuk anda selesaikan dan kumpul mata untuk membuka setiap peringkat Battle Pass.
Kesimpulan
Saya rasa Battlefield 2042 Season 5 akan jadi menyeronokkan dan terdapat banyak kerja yang mereka lakukan untuk menghidupkan peta baharu ini. Walaupun saya bukan pemain Battlefield, saya masih mendapati game ini cukup menakjubkan untuk dimainkan tetapi pada masa yang sama ia sangat huru-hara.
Terdapat begitu banyak senjata dan alat yang boleh anda mainkan. Bercakap tentang senjata, mereka sudah mempunyai sekurang-kurangnya 3 senjata tambahan untuk anda. Saya fikir senjata ini banyak membantu anda apabila anda berada dalam keadaan yang sangat sukar.
Selain membawa kembali senjata Battlefield 4 seperti GEW-46, saya rasa ramai pemain akan menggunakan senjata ini dalam pertempuran jarak sederhana kerana ia sangat sesuai pada jarak tersebut. Apabila ia digunakan oleh pemain yang bijak, saya pasti senjata ini akan membuat ramai pemain lain takut mendekatinya.
Battlefield 2042 Season 5 akan tersedia pada 7 Jun 2023 di pelbagai platform termasuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam dan EA Apps.
Untuk mendapatkan lebih banyak review mengenai game, filem atau teknologi, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post