Pada 13 Disember, Assassin’s Creed Valhalla memperkenalkan expansion Dawn of Ragnarök dengan treler sinematik. Expansion besar ini akan memulakan content Year 2 dengan lebih daripada 35 jam gameplay yang menarik. Saga Viking Eivor masih belum berakhir. Melalui mata Eivor, kita akan melihat bagaimana rasanya menjadi “dewa”. Inilah preview pertama untuk Assassin’s Creed Valhalla: Dawn of Ragnarok.
Jalan Cerita
Dalam Dawn of Ragnarök, pemain akan mengalami pengembaraan seorang dewa Odin aka Havi, tetapi apa yang berbeza adalah dari perspektif seorang bapa yang cuba menyelamatkan anaknya yang dipenjarakan oleh gergasi api, Surtr. Ini menunjukkan aspek yang berbeza dari keperibadian Odin dan juga mendedahkan ciri-ciri baru tentang wataknya. Apabila maju dalam cerita, pemain akan bertemu dengan pelbagai watak yang kompleks, termasuk keluarga Surtr seperti Sinmara, isterinya, atau Glod, anak lelakinya yang separuh jotun, separuh muspel.
Dalam Dawn of Ragnarök , mereka akan menyelami dunia ‘dwarf’ (orang kerdil), Svartalfheim.
Svartalfheim
Svartalfheim ialah salah satu daripada sembilan alam dari mitologi Norse Lama dan merupakan domain para drawf. Walau bagaimanapun, dengan pencerobohan Muspel, Svartalfheim dilanda oleh perang dan beberapa dwarf menubuhkan ‘Shelter’ sebagai tempat perlindungan. Setiap Shelter yang kita temui adalah unik. Kita mungkin akan melihat gua kristal yang menakjubkan atau istana kerdil. Shelter juga memainkan peranan penting dalam progress pemain. Di sini lah pusat segala kedai dan vendor, yang akan membantu pemain sepanjang perjalanan mereka di Svartalfheim.
Abiliti baru
Satu elemen penting yang ditambahkan oleh Ubisoft ialah sistem yang membolehkan Odin mencuri kuasa daripada musuh yang tertewas, dan kemudian menggunakan kuasa yang sama untuk menentang mereka. Kuasa ini menggunakan artifak bernama Hugr-Rip. Terdapat beberapa ‘kuasa’ berbeza di seluruh dunia, dan semua kuasa ini boleh dinaik taraf. Satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian ialah kita harus berhati-hati semasa menggunakan kuasa tersebut kerana ia mempunyai ‘time limit’.
Salah satu kuasa ialah ‘Power of Raven’ yang membolehkan anda bertukar bentuk menjadi raven untuk membuat ‘air assassination’ dari udara ke atas musuh. Satu lagi ialah ‘Power of Rebirth’. Cara ia berfungsi ialah setiap musuh yang dikalahkan semasa kuasa sedang aktif, akan dihidupkan semula ke pihak Odin.
Ubisoft mencipta ke semua kuasa ini untuk mempunyai lebih daripada satu kegunaan dan bukan sahaja untuk pertempuran malah penerokaan, dan semasa bersembunyi. Dalam demo, mereka menggunakan ‘Power of Muspelheim’ sebagai contoh. Ia biasanya digunakan untuk melindungi kita daripada haba dan api. Dengan cara yang berbeza, Power of Muspelheim akan mengubah Odin kepada seorang Muspel lantas memberikan kita kemahiran bersembunyi. Untuk pendekatan ‘stealth’, pemain boleh menggunakannya sebagai alat untuk menghilangkan konflik dan meneruskan jalan ke arah objektif.
Malangnya, kita hanya boleh menggunakan 2 jenis kuasa pada satu masa yang sama. Jika diminta untuk membuat pilihan, anda harus memilih kuasa apa yang penting mengikut situasi.
Setiap kuasa ini akan memakan sumber bernama Hugr dan cara Odin boleh memperolehnya adalah daripada setiap makhluk hidup di Svartalfheim, termasuk persekitaran melalui ‘Hugr Bloom’ dan ‘Shrine of Yggdrasil’. Di sini, Odin boleh mengorbankan sebahagian daripada HP untuk mendapatkan semula Hugr.
Senjata baru Atgeir dan sistem customization tambahan
Antara banyak-banyak elemen baru, pemain juga akan dapat unlock kelas senjata baru yang dipanggil Atgeir. Ini ialah sejenis Polearm yang digunakan pada zaman Viking, dan Atgeir akan menampilkan sistem kombo unik.
Dengan Atgeir, pemain dapat ‘finisher’ yang kuat dengan memadankan light dan heavy attack secara berkombo. Kombo ini terdiri daripada serangan slash AOE (area-of-effect) yang berkuasa. Satu lagi adalah serangan ‘knockback’ yang akan menghantar musuh terbang ke belakang, manakala yang terakhir adalah serangan ‘slam’ yang pasti akan menghancurkan musuh paling handal.
Bukan itu sahaja, pemain akan dapat upgrade semua peralatan dan senjata kepada kualiti ‘Divine’ yang menawarkan peningkatan ‘stat’, dan juga slot ‘Rune Perk’ yang lebih efektif. Dalam slot ini, pemain akan dapat meletakkan Odin Rune, yang tersebar di seluruh Svartalfheim.
Valkyrie Arena
Dawn of Ragnarök juga menawarkan mod serba baru: Valkyrie Arena. Di arena ini, wajah-wajah baru dan biasa dari Dawn of Ragnarök dan Valhalla akan mencabar kemahiran pertempuran kita. Gaya permainan kita akan dicabar, dan kita diminta untuk mencari cara baru untuk bertarung. Arena adalah tempat yang baik untuk bereksperimen dengan ‘build’, ‘kuasa’, ‘senjata’, dan meneroka sistem pertempuran sehingga pakar.
Musuh baru – Muspel
Sebagai askar berapi, musuh Muspel akan sentiasa berkumpul bersama, terutamanya dalam jumlah yang lebih besar. Jika berkumpul, mereka akan mengeluarkan laungan perang meningkatkan kekuatan sekutu. Satu varian Muspel ialah Flamekeeper yang sentiasa duduk di belakang. Mereka akan membaling serangan lava dan boleh memanggil “Fury”, sejenis konco yang menghasilkan serangan AOE kuat. Bukan itu sahaja yang boleh dilakukan oleh Flamekeeper. Mereka boleh “menghidupkan” sekutu Muspel yang mati untuk kembali bertarung kita.
Apa yang saya jelaskan dalam preview ini hanyalah gambaran sekilas tentang expansion Assassin’s Creed Valhalla: Dawn of Ragnarok . Terdapat banyak lagi kejutan dan sistem lain yang Dawn of Ragnarök akan tawarkan kepada kita. Kuasa baru, alam mitos baru, musuh baru, senjata, peralatan, kebolehan dan banyak lagi, yang pemain akan temui apabila menerokai dunia Dawn of Ragnarök yang besar.
Dawn of Ragnarök direka sebagai kandungan ‘end-game’. Jadi ‘Power Level’ yang disyorkan ditetapkan kepada 340 untuk memberikan cabaran. Bagi veteran Valhalla yang belum mencapai level ini, korang akan ada pilihan untuk meningkatkan stat dan gear watak dalam expansion ini, manakala semua pemain baharu (jika berani) berpeluang untuk terjun terus ke Dawn of Ragnarök dan mengalami secara langsung kisah Odin.
Preview Assassin’s Creed Valhalla: Dawn of Ragnarok telah disediakan dan dibangunkan oleh Ubisoft Sofia. Untuk mereka yang berminat, expansion ini akan keluar pada 10 Mac 2022 di Xbox Series X | S, Xbox One, PlayStation 5, PlayStation 4, serta PC melalui Ubisoft Store dan Epic Games Store.
@gamersantaimy
Discussion about this post