Kalau bercerita tentang game PC, sudah tentu ramai yang ingin dapatkan prestasi terbaik serta grafik mantap semasa bermain. Baru-baru ini, kami telah mencuba desktop terbaru daripada Predator, iaitu Orion Desktop 5000! Melihat daripada spesifikasinya, kami boleh katakan bahawa ianya sebuah desktop mid-tier. Pasti anda ingin tahu bagaimana prestasinya betul tidak? Jadi tanpa membuang masa, teruskan baca review kami untuk Predator Orion 5000 Desktop!
Reka bentuk casing
Sekali lihat pada reka bentuk Predator Orion 5000, ia kelihatan seperti desktop gamer. Panel pada sebelah kiri dilengkapi dengan tempered glass yang membolehkan anda untuk melihat hardware di dalamnya. Bahagian depan casing ada banyak bahagian yang menonjol keluar, bagi kami ia adalah pilihan estetik yang menarik malah menarik perhatian. Ruang dalam casing itu juga boleh tahan besar. Memandangkan ia menggunakan case ATX, lebih banyak hardware yang boleh dimuatkan kedalamnya. Cuma ia mungkin memakan ruang yang banyak jika anda meletakkan case tersebut di atas meja.
Selain daripada satu slot 2.5” SSD, terdapat juga tray untuk dua 3.5” HDD pada bawah untuk berikan lebih ruang untuk storan anda. Tidak dilupakan juga dua ruang 2.5” SSD pada panel belakang motherboard, memberikan anda lebih banyak ruang untuk upgrade storan nanti.
Seterusnya, kita ada I/O yang hadir dengan case. Ia mempunyai tiga USB 3.2 Gen 1 Type-A, dua 3.5mm audio jack untuk headphone dan mikrofon, dan satu USB 3.2 Gen 1 Type-C. Ianya agak standard tetapi sudah tentu banyak kegunaannya.
Hardware dan BIOS
Sudah lihat reka bentuk casing, kita lihat pula hardware dan BIOS yang tersedia untuk desktop ini. Jenis motherboard yang digunakan adalah mATX, jadi memang ia kelihatan kecil dalam casing yang besar itu. Terdapat empat slot DDR5 RAM, dua slot PCIe x16 untuk kad grafik, kad networking, kad suara dan banyak lagi. Walaupun begitu, kad grafik RTX 4070Ti di dalamnya agak tebal, menyebabkan kami susah untuk menggunakan slot kedua. Tetapi menurut Acer, sepatutnya ada satu slot PCIe pada board tersebut, mungkin juga GPU itu menghalang kami daripada melihat slot kecil itu.
Port yang tersedia pada motherboard mempunyai sedikit kekurangan. Hanya ada lima sahaja USB Type-A, di mana empat daripadanya merupakan USB 2.0, satu USB 3.2 Gen 2×2, satu port ethernet dan tiga audio jack.
Melihat masalah pada susunan hardware dalam casing, kami rasa lebih mudah kalau motherboard ditukar kepada jenis ATX. Jadi kalau GPU besar memakan ruang slot PCIe x16, anda masih lagi boleh gunakan slot ketiga mahupun keempat, dan sudah tentu lebih banyak I/O dibelakangnya. Apa pun, nasib baik motherboard ini mempunyai sokongan Wi-Fi dan bluetooth.
Desktop ini dilengkapi dengan CPU Intel Core i5-13400F dan digandingkan dengan NVIDIA GeForce RTX 4070 Ti bersama-sama 16GB RAM DDR5 dengan 4800MHz. Tetapi ia hanya satu channel sahaja, yang buatkan kami tidak berkenan. Kalau desktop ini dilengkapi dengan dua 8GB DDR5 4800MHz, prestasinya boleh ditingkatkan kepada 20% berbanding sedia ada. Satu lagi yang kami perasan, RAM tersebut sepatutnya 4800MHz tetapi ia hanya digunakan pada 4400 MHz sahaja, dan Predator telah kunci tetapan XMP, jadi agak susah untuk tingkatkan prestasinya ke tahap maksimum. Senang cerita, keseluruhan sistem telah disekat daripada mencapai tahap maksimumnya oleh RAM dan BIOS.
Ada satu lagi perkara yang membuatkan kami musykil, 1TB NVMe SSD yang mereka gunakan sebenarnya PCIe Gen 4×4, tetapi CPU gen ke-13 sebenarnya menyokong PCIe Gen 5, dan motherboard yang digunakan juga menyokong DDR5 RAM. Bermakna sistem tersebut mampu untuk menyokong PCIe Gen 5 tetapi mereka tidak memanfaatkannya.
Walaupun begitu, kami suka dengan PSU yang digunakan iaitu 800W dan 80 PLUS Gold, yang sememangnya sebuah PSU yang bagus. Melihat spesifikasi PSU yang digunakan, boleh dikatakan bahawa PSU tersebut memang berguna dan menggunakan kuasa dengan cekap. Secara keseluruhan untuk desktop ini serta harganya, kami rasa ia sebuah desktop yang boleh menjadi lebih berkuasa.
Software yang tersedia
Semua desktop daripada syarikat besar, pasti mempunyai software mereka tersendiri. Untuk Orion 5000, ia mempunyai Planet 9 dan PredatorSense yang anda boleh jumpai dalam laptop Predator. Software inilah yang sangat membantu anda dalam pelbagai benda. Antaranya anda boleh menukar RGB pada motherboard dan kipas, kelajuan kipas termasuklah cooler CPU dan GPU, menukar audio melalui Acer Trueharmony dan memantau prestasi PC anda.
Kami sangat suka melihat kebebasan yang diberikan untuk menyesuaikan kelajuan kipas secara individu malah ia juga memudahkan. Yang pasti kalau ingin main game, kenalah tingkatkan kelajuan kipas sehingga maksimum. Kalau tidak memang panaslah suhu PC anda nanti.
Sistem penyejukan mantap
Tentang sistem penyejukan pada desktop ini, pada bahagian kad grafik terdapat stock cooler yang hadir dengan kad tersebut. Tiga kipas pada case mempunyai cahaya RGB, pada bahagian belakang ia mempunyai kipas exhaust biasa bersaiz 120mm dan kipas bahagian hadapan pula bersaiz 140mm.
Cooler untuk CP pula agak besar dan ianya sudah tentu cooler yang jauh lebih baik berbanding stock cooler yang Intel berikan. Cuma satu sahaja masalah kecil yang kami jumpa. Blok cooler tersebut telah menyekat satu skot RAM, tetapi seperti yang kami katakan, ia hanya masalah kecil. Rata-rata pemain PC pun hanya pakai 2 stik RAM untuk Dual Channel. Jadi boleh sahaja gunakan slot kedua dan keempat.
Kami telah gunakan Gaming Mode semasa mencuba desktop ini, jadi kipas berfungsi pada kelajuan maksimum. Bunyinya agak bising walaupun kami menggunakan earbud pada volume 40%. Semasa menonton kejohanan CSGO yang penuh dengan bunyi tembakan dan penonton, kami masih mampu mendengar bunyi bising yang dihasilkan. Walaupun begitu, sistem penyejukannya memang terbaik, jadi setakat bunyi bising sikit, tidak menjadi masalah sangat.
Stress Test & Benchmark
Seperti biasa, kita kenalah lakukan benchmark untuk lihat sejauh mana desktop ini boleh menampung bebannya. Kesemua ujian yang kami lakukan menggunakan Gaming Mode serta berada dalam sebuah bilik luas berhawa dingin. Jadi berikut adalah hasil ujian yang kami telah lakukan dengan pelbagai software:
- FurMark
- Kami uji GPU selama 36 minit dengan resolusi 2560×1440. GPU berada pada suhu 64.7 darjah celsius maksimum, 277.725W pada maksimum dan berfungsi pada 2,835MHz. Ianya sangat mengagumkan, memandangkan GPU hanya berfungsi dengan kelajuan penuh dan terlebih sedikit daripada 285W.
- Cinebench R23
- Mengambil masa 30 minit untuk ujian multicore. Suhu CPU berada pada 79 darjah celsius maksimum, mengambil 117.354W dan berfungsi pada 4,589.9MHz. Dengan suhu sebegitu, ianya masih lagi boleh diterima, lebih-lebih lagi dengan 13th Gen Intel Core yang panas dan cooler yang digunakan.
- Skor CPU untuk ujian Multi Core ialah 15,571, manakala ujian Single Core pula mendapat skor 1,750.
- 3DMark
- Mendapat skor 18,830, dengan suhu GPU pada 61 darjah celsius maksimum dan suhu CPU hampir mencecah 64 darjah celsius.
- PCMark
- Mendapat skor keseluruhan 7,810.
Prestasi semasa gaming
Semasa bermain game, kami telah menggunakan dua tetapan resolusi berbeza iaitu 3840×1600 (21:9) dan 2560×1440 (16:9). Berikut adalah data yang kami rekodkan untuk lima game iaitu The Last of Us Part 1, Hogwarts Legacy, Marvel’s Spider-Man: Miles Morales, CS:GO dan Apex Legends.
The Last of Us Part 1
- 3840×1600 | Tetapan Maksimum: purata 64FPS
- 3840×1600 | Tetapan Maksimum, Kualiti DLSS: purata 81 FPS
- 2560×1440 | Tetapan Maksimum: purata 91FPS
- 2560×1440 | Tetapan Maksimum, Kualiti DLSS: purata 91FPS
Hogwarts Legacy
- 3840×1600 | Tetapan Maksimum: purata 67FPS
- 3840×1600 | Tetapan Maksimum, Kualiti DLSS: purata 73FPS
- 3840×1600 | Tetapan Maksimum, Kualiti DLSS, Ray Trace Ultra: purata 50FPS
- 2560×1440 | Tetapan Maksimum: purata 72FPS
- 2560×1440 | Tetapan Maksimum, Kualiti DLSS: purata 81FPS
- 2560×1440 | Tetapan Maksimum, Kualiti DLSS, Ray Trace Ultra: purata 61FPS
Marvel’s Spider-Man: Miles Morales
- 3840×1600 | Tetapan Maksimum: purata 78FPS
- 3840×1600 | Tetapan Maksimum, Kualiti DLSS: purata 79FPS
- 3840×1600 | Tetapan Maksimum, Kualiti DLSS, Ray Trace Ultra: purata 52FPS
- 2560×1440 | Tetapan Maksimum: purata 79FPS
- 2560×1440 | Tetapan Maksimum, Kualiti DLSS: purata 84FPS
- 2560×1440 | Tetapan Maksimum, Kualiti DLSS, Ray Trace Ultra: purata 56FPS
CS:GO
- 3840×1600 | Tetapan Maksimum: purata 304FPS
- 2560×1440 | Tetapan Maksimum: purata 349FPS
- 2560×1440 | Tetapan Terendah: purata 367FPS
- 1280×960 | Tetapan Terendah: purata 364FPS
Apex Legends
- 3840×1600 | Tetapan Maksimum: purata 151FPS
- 2560×1440 | Tetapan Maksimum: purata 184FPS
Kesimpulan
Predator Orion 5000 merupakan sebuah PC yang bagus untuk sesi gaming 2K, dengan setiap game yang kami cuba, ia mampu mencecah 60 FPS yang cukup bagus. Tetapi kalau anda bermain dengan Ray Tracing terbuka, mungkin FPS mungkin jatuh sedikit, tetapi boleh sahaja anda gunakan DLSS untuk seimbangkan prestasinya.
Kami sangat suka pada sistem penyejukannya. Walaupun kami bermain dalam bilik berhawa dingin dan bunyi kipasnya sedikit bising, ia masih membuatkan kami kagum. Setakat bunyi kipas itu, pakai sahaja headphone sudah cukup bagus. Ia juga hadir dengan software yang minimal seperti McAfee, Planet 9, Acer Care Center dan PredatorSense.
Cuma kami tidak berapa gemar melihat satu sahaja RAM yang digunakan pada desktop ini. Walaupun ia berfungsi dengan baik, lebih baik gunakan sahaja setup 8GB x 2 Dual Channel RAM dan kami jamin prestasinya boleh ditingkatkan 20% jauh lebih baik. Kami juga rasakan bahawa BIOS PC ini tidak diprogramkan dengan betul kerana RAM yang digunakan ialah 4,800 MHz dan Intel core i5-13400F yang menyokong kelajuan RAM sehingga 4,800MHz. Tetapi RAM PC ini hanya mampu digunakan pada 4,400MHz.
Secara keseluruhan, segala benda tentang desktop ini baik-baik belaka. Jadi kalau anda berminat untuk mendapatkannya boleh lihat spesifikasi dan harga model yang kami gunakan serta model lain yang tersedia dalam pasaran.
Predator Orion 5000 yang kami gunakan
CPU | Intel®️ Core i5-13400F processor (20M Cache, up to 4.60 GHz) |
RAM | 16 GB DDR5 4800MHz UDIMM |
SSD | 1024 GB M.2 2280 PCI-e Gen4 SSD |
GPU | NVIDIA®️ GeForce RTX™️ 4070 Ti with 12 GB of GDDR6X (supporting: HDMI®️ , 3x DisplayPort™️ ) |
Audio | DTS:X®️ Ultra |
Wireless | 802.11ax/ac/a/b/g/n, Wi-Fi 6E, Bluetooth®️ 5 |
Front/Side I/O connector | Audio jack(s): 2, USB 3.2 Gen 1 Type A port(s): 3, USB 3.2 Gen 1 Type-C port(s): 1 |
Rear I/O connector | LAN port(s): 1, Audio jack(s): 3, USB 2.0 Type A port(s): 4, USB 3.2 Gen 2 Type A port(s): 1, USB 3.2 Gen2x2 Type C port(s): 1 |
Expansion | PCIe x16 slots (The long slot that GPU used): 2 (1 empty), Number of PCIe x1 slot: 1, M.2 slot: 2 (1 empty) |
PSU | 800 W PFC, 80 PLUS Gold, ATX |
Hadiah percuma | Predator USB Keyboard dan Mouse |
Waranti | 3 Year Local Onsite Warranty |
Harga | RM9,399 |
Model Predator Orion 5000 — i7-13700F + RTX 4080
CPU | Intel®️ Core i7-13700F processor (30M Cache, up to 5.20 GHz) |
RAM | 16 GB DDR5 4800MHz UDIMM |
SSD | 1024 GB M.2 2280 PCI-e Gen4 SSD |
GPU | NVIDIA®️ GeForce RTX™️ 4080 with 16 GB of GDDR6X (supporting: HDMI®️ , 3x DisplayPort™️ ) |
Audio | DTS:X®️ Ultra |
Wireless | 802.11ax/ac/a/b/g/n, Wi-Fi 6E, Bluetooth®️ 5 |
Front/Side I/O connectors | Audio jack(s): 2, USB 3.2 Gen 1 Type A port(s): 3, USB 3.2 Gen 1 Type-C port(s): 1, |
Rear I/O connectors | LAN port(s): 1, Audio jack(s): 3, USB 2.0 Type A port(s): 4, USB 3.2 Gen 2 Type A port(s): 1, USB 3.2 Gen2x2 Type C, port(s): 1 |
Expansion | PCIe x16 slots (The long slot that GPU used): 2 (1 empty), Number of PCIe x1 slot: 1, M.2 slot: 2 (1 empty) |
PSU | 800 W PFC, 80 PLUS Gold, ATX |
Hadiah percuma | Predator USB Keyboard dan Mouse |
Waranti | 3 Year Local Onsite Warranty |
Harga | RM12,999 |
@gamersantaimy
Discussion about this post