Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pre-Order Pokémon Legends: Z-A Kini Dibuka – Trailer Baharu Mendedahkan Four-Player Battle & Info Edisi Nintendo Switch 2!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 18, 2025
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, RPG
0 0
0
Pre-Order Pokémon Legends: Z-A Kini Dibuka – Trailer Baharu Mendedahkan Four-Player Battle & Info Edisi Nintendo Switch 2!
Share on FacebookShare on Twitter

Para pemain yang tidak sabar kini boleh menempah salinan untuk pengembaraan besar seterusnya, apabila The Pokémon Company secara rasmi telah membuka pra-tempahan untuk Pokémon Legends: Z-A.

Pengumuman ini dibuat serentak dengan pelancaran trailer serba baharu yang mendedahkan mod multiplayer masa nyata serta memberikan butiran pertama mengenai edisi yang dipertingkatkan untuk konsol Nintendo Switch 2.

Tarikan utama pendedahan hari ini ialah “Z-A Battle Club,” sebuah mod four-player battle yang amat rancak. Dalam Link Battles yang pantas ini, para pemain akan bersaing serentak untuk menewaskan seberapa banyak Pokémon yang mungkin dalam had masa tiga minit.

Mata akan diberikan untuk setiap Pokémon yang ditewaskan, dan trainer dengan skor tertinggi pada akhirnya akan meraih kemenangan.

Untuk mendapatkan kelebihan, pemain boleh mengumpul Mega Power Orb bagi mengaktifkan Mega Evolution dan mencari item-item yang meningkatkan statistik (sementara) yang bertaburan di seluruh arena.

Pengalaman multiplayer baharu ini boleh diakses secara dalam talian dan melalui komunikasi local. Bagi mereka yang mencari cabaran kompetitif, Ranked Battles akan membolehkan pemain meningkatkan kedudukan dari Rank Z ke Rank A, sambil memperoleh kenaikan pangkat dan ganjaran pada setiap musim.

Sebagai alternatif, Private Battles menawarkan suasana yang lebih santai di mana sehingga empat rakan boleh berhubung menggunakan Link Code dan bertarung di bawah peraturan yang boleh diubah suai. The Pokémon Company mengesahkan bahawa Link Battles akan menyokong cross-play antara kedua-dua edisi game yang berbeza.

Di samping versi standard Nintendo Switch, satu edisi khas iaitu Pokémon Legends: Z-A – Nintendo Switch 2 Edition akan turut dilancarkan. Versi ini sedang dibangunkan untuk memanfaatkan spesifikasi konsol baharu tersebut, menawarkan pemain grafik dan frame rate yang lebih baik semasa pengembaraan mereka di Lumiose City.

Syarikat itu juga menjelaskan bahawa Edisi Nintendo Switch 2 ini juga boleh dimainkan pada konsol Nintendo Switch asal, namun peningkatan dari segi grafik dan prestasi tidak akan disertakan apabila dimainkan pada perkakasan yang lebih lama itu.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: Pokémon Legends: Z-A
ShareTweetSend
Previous Post

[BIC 2025] Membawa Pengalaman ‘The Player Who Can’t Level Up’ Ke Format Game, Eksklusif Bersama CEO Tripearl Games

Next Post

Pokémon World Championships Akan Beralih Kepada Game Baru ‘Pokémon Champions’ Pada 2026

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Nak Cakera Fizikal Punya Pasal, CyberLeek Ugut Lepaskan Game Penuh GTA VI
Berita

Nak Cakera Fizikal Punya Pasal, CyberLeek Ugut Lepaskan Game Penuh GTA VI

October 13, 2026
Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

Next Post
Pokémon World Championships Akan Beralih Kepada Game Baru ‘Pokémon Champions’ Pada 2026

Pokémon World Championships Akan Beralih Kepada Game Baru 'Pokémon Champions' Pada 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd