Digivice paling popular zaman 90-an dahulu kini kembali!!! Ya siapa yang membesar tahun 90-an sudah tentu obses dengan Digivice pulak-pulak paksa mak ayah belikan lepas tengok Digimon tu kan! Iya, nampaknya Digimon Bandai Digivice Virtual Pet Monster [20th Anniversary] Original telah dibuka untuk pre-order oleh Impulse Gaming berharga RM149.00!
Digivice Digital Monster yang asal hadir pada tahun 1997 dan dijual sebanya 14 juta unit diseluruh negara termasuk 13 juta di Jepun 1 juta di negara luar sehingga tahun 2004! Pada tahun 2005 pula, 24 juta unit lagi telah dijual diseluruh dunia! Kemudian bersempena ulangtahun ke-20 Digimon pada tahun 2017, edisi 20th anniversary pula dijual di Jepun dimana pemain boleh memilih telur dari 5 versi awal permainan asal, serta beberapa yang baru dibuka melalui pelbagai kaedah. Bermula tahun lalu, ianya mula diedarkan ke luar negara dan siapa sangka, kini ianya boleh didapati di Malaysia!
Permainan Digivice terdiri daripada fungsi berikut:
- Memeriksa status Digimon (umur, berat badan, kekuatan, kelaparan dan tenaga)
- Memberi makan Digimon untuk meningkatkan kepenuhan, kekuatan, dan tenaga Digimon kesayangan
- Latih Digimon untuk menurunkan berat badan dan meningkatkan kekuatan
- Mod pertempuran (setelah diaktifkan, pemilik dapat menghubungkan konsol mereka ke Digimon pemilik lain dan memulakan pertempuran)
- Membersihkan kotoran Digimon (Jika terlalu lama tak bersihkan Digimon ianya menyebabkan Digimon jatuh sakit)
- Beralih cahaya. Sekiranya Digimon tertidur dan lampu tidak pernah padam, keadaan keseluruhannya (statistik yang tidak dapat dilihat) akan berkurang, dan kemungkinan evolusi daya tinggi akan berkurang.
- Menyembuhkan Digimon. Sekiranya Digimon jatuh sakit atau cedera dalam pertempuran, ia harus disembuhkan sebelum pertempuran seterusnya.
Jadi apa lagi yang anda nantikan? Kata peminat tegar Digimon! Dapatkan Digimon Bandai Original Digivice Virtual Pet Monster [20th Anniversary] English Version berharga RM149.00 di Impulse Gaming Johor Bahru Branch, Impulse Gaming Sunway Branch & Impulse Gaming Penang Branch atau terus pre-order di Shopee Impulse Gaming!
@gamersantaimy
Discussion about this post