Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PRAGMATA Akan Datang 2026 – Pengembaraan Sci-Fi Terbaru Dari Capcom

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 5, 2025
in Action, Adventure, Artikel, Berita, PC, PS5, Sci-fi/ Thriller, Single Player, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
PRAGMATA Akan Datang 2026 – Pengembaraan Sci-Fi Terbaru Dari Capcom
Share on FacebookShare on Twitter

Capcom telah mengesahkan bahawa game aksi-pengembaraan berunsur fiksyen sains terbarunya, PRAGMATA, akan dilancarkan pada tahun 2026 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam.

Bertempat di sebuah masa depan yang suram dan penuh misteri, game ini membawa pemain ke sebuah stesen penyelidikan di bulan yang kini sunyi dan terbiar, di mana mereka akan menyelami kisah penuh ketegangan tentang kelangsungan hidup dan strategi.

Dalam PRAGMATA, pemain akan mengikuti kisah seorang individu bernama Hugh dan android muda bernama Diana, yang bertemu secara tidak sengaja di stesen bulan tersebut.

Tanpa disangka, mereka mendapati diri mereka terperangkap di bawah pengawasan AI yang bermusuhan, dikelilingi oleh pelbagai ancaman, dan hanya mampu bergantung antara satu sama lain untuk terus hidup – sambil berusaha mencari jalan pulang ke Bumi.

Apa yang menjadikan PRAGMATA menonjol ialah mekanik gameplay-mya yang unik, membolehkan pemain mengawal kedua-dua watak utama secara serentak dalam mod single-player.

Konsep “dua dalam satu” ini membuka peluang kepada bentuk combat yang lebih dinamik, di mana elemen penggodaman menjadi teras kepada strategi gameplay. Menurut pengarah permainan, Cho Yonghee, di PlayStation Blog, “Penggodaman adalah kunci kepada kejayaan anda.”

Game ini juga menampilkan gaya visual sci-fi yang memukau, dengan permukaan bulan yang sejuk dan gelap menjadi latar menakutkan bagi pengembaraan penuh debaran ini.

Yonghee turut memberi petunjuk bahawa trailer yang dipertontonkan memberikan gambaran awal tentang aksi dan kebolehan watak, sementara lebih banyak maklumat mengenai sistem combat serta naratif watak bakal didedahkan dalam masa terdekat.

Teruskan menantikan perkembangan lanjut, kerana Capcom akan berkongsi lebih banyak butiran menarik tentang gameplay dan kisah PRAGMATA tidak lama lagi sebelum pelancarannya pada 2026.

Tags: PRAGMATA
ShareTweetSend
Previous Post

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta

Next Post

Silent Hill f Membuka Pre-Order, Akan Dilancarkan 25 September!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Silent Hill f Membuka Pre-Order, Akan Dilancarkan 25 September!

Silent Hill f Membuka Pre-Order, Akan Dilancarkan 25 September!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd