Tak habis lagi kehangatan pelepasan Pokémon Rumble Rush baru-baru ini oleh Syarikat Pokemon, satu lagi kejutan yang tersedia bagi peminat-peminat Pokémon untuk menambah koleksi permainan di peranti mudah alih mereka! Pokémon Master telah dibuka untuk pra-pendaftaran versi Beta!
Kami juga pernah mengongsikan permainan ini ketika persidangan Pokemon 29 Mei lalu. Korang boleh rujuk sini;
Perkongsian Sidang Media Pokémon 2019 , banyak benda yang dikongsikan!
Okay kat sini kitorang nak ajar sikit macam mana nak mendaftar Pokémon Master!
Langkah 1: Muat turun App TapTap pada Smartphone anda;
Langkah 2: Cari “Pokemon Master”;
Langkah 3: Klik pada Keputusan Carian yang pertama;
Langkah 4: Sekarang Klik pada “Pra pendaftaran”;
Langkah 5: Daftar / Login Menggunakan E-Mel / Nombor Telefon anda;
Langkah 6: Sekali lagi Klik “Pre-register”.
Sebaik sahaja permainan akan dikeluarkan untuk Ujian Beta atau Siaran Global, korang akan dimaklumkan melalui E-Mail atau Pesanan ringkas di no telefon berdaftar korang!
Apa lagi? Cepat-cepat daftar dan jadi orang pertama untuk cuba beta tester nanti!
@gamersantaimy
Discussion about this post