Bersempena dengan acara NetEase Connect 2023, mereka telah mengumumkan pra-pendaftaran bagi Harry Potter: Magic Awakened secara global. Mereka turut mengumumkan yang ujian beta tertutup game untuk negara-negara Asia bakal diadakan pada hujung tahun 2023.
![](https://gamersantai.sgp1.digitaloceanspaces.com/2023/05/hpma-02-1.jpg)
Berikut adalah serba sedikit tentang Harry Potter: Magic Awakened:
Harry Potter: Magic Awakened ialah game collectible card (CCG) dan massively multiplayer (MMO) yang menampilkan gabungan elemen Role-playing game (RPG). Pemain akan mengambil peranan sebagai pelajar tahun pertama di Hogwarts, menyertai ribuan ahli sihir lain dalam usaha untuk menguasai sihir mereka.
![](https://gamersantai.sgp1.digitaloceanspaces.com/2023/05/NetEase-Connect-2023-Annual-Product-Launch-Event-1-12-50-screenshot.jpg)
Kalau anda ingin tahu, jika ramai yang pra-daftar game ini, terdapat pelbagai ganjaran yang akan diberikan kepada pemain apabila game lancar. Berikut adalah ganjaran yang mereka akan berikan di dalam game nanti:
- Pendaftaran – Kad Manticore & Niffler
- 100,000 – Nimbus 2000 + 1,000 Gold
- 300,000 – 10 Silver Keys + 1,500 Gold
- 800,000 – 100 Gems + 2,000 Gold
- 1,500,000 – 1 Gold Key + 50 Gems
- 2,000,000 – 1 Gold Key + 1 Kad Epic
![](https://gamersantai.sgp1.digitaloceanspaces.com/2023/05/NetEase-Connect-2023-Annual-Product-Launch-Event-1-13-0-screenshot.jpg)
Saya ingin mengingatkan anda bahawa pra-pendaftaran Harry Potter: Magic Awakened sudah dibuka. Apapun, nantikan pengumuman rasmi daripada NetEase Games tentang tarikh pelancarannya nanti.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post