Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tokyo Game Show 2026 – Pendaftaran Hari Perniagaan Dibuka; Info Penting untuk Penggiat Game Malaysia

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 30, 2026
in Acara, Artikel, Berita, Industri, Pameran/Expo
0 0
0
Tokyo Game Show 2026 – Pendaftaran Hari Perniagaan Dibuka; Info Penting untuk Penggiat Game Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Pembangun, penerbit, dan profesional daripada industri gaming Malaysia yang ingin menembusi pasaran global kini boleh mengesahkan penyertaan mereka ke Tokyo Game Show 2026 (TGS2026). Penganjur acara Computer Entertainment Supplier’s Association (CESA) telah membuka pendaftaran awal berbayar untuk Hari Perniagaan bermula hari ini.

Acara tahun ini amat bermakna kerana meraikan ulang tahun ke-30 Tokyo Game Show sejak mula diadakan pada tahun 1996. Acara ini akan berlangsung dari 17 hingga 21 September di pusat konvensyen Makuhari Messe, Chiba, Jepun, dengan anggaran kehadiran seramai 300,000 pengunjung.

⁺⟡ #TGS2026 ティザービジュアル解禁!⟡⁺

今年もざしきわらしさん(@WarashiZ) に#東京ゲームショウ30th を彩るビジュアルにて
ご参加いただきました✨

💬ざしきわらしさんより
昨年参加させていただいたことで、
ゲームへの想いがより一層強くなり、
今年も気持ちを込めて描いております。… pic.twitter.com/vpP8wSSfjO

— TOKYO GAME SHOW/東京ゲームショウ (@tokyo_game_show) May 12, 2026

Khusus untuk warga industri, dua hari pertama (Khamis, 17 September dan Jumaat, 18 September) ditetapkan sebagai Hari Perniagaan. Hari-hari ini dikhaskan sepenuhnya untuk “networking”, mesyuarat korporat, dan perbincangan kerjasama.

Bagi memastikan suasana yang fokus dan profesional, CESA mewajibkan semua pemohon melalui proses saringan. Hanya wakil industri sah akan diluluskan. Atas sebab ini, pengunjung berumur di bawah 18 tahun, pelajar, serta mereka yang membawa bayi atau kanak-kanak prasekolah tidak dibenarkan hadir sepanjang Hari Perniagaan.

Pilihan Pas dan Harga

Bagi wakil dari Malaysia yang bercadang untuk hadir, tiga pilihan pas disediakan di laman web rasmi TGS:

  • Pas Standard: JPY 16,500. Merangkumi akses asas ke kedua-dua Hari Perniagaan. Peserta yang menerima kod pendaftaran daripada pempamer boleh mendaftar secara percuma.
  • Pas Gold: JPY 44,000 (JPY 27,500 jika menggunakan kod pempamer). Menawarkan akses ke Business Lounge, kaunter pendaftaran pantas, serta kemudahan mengatur mesyuarat dengan peserta lain melalui TGS Business Matching System.
  • Pas Black: JPY 110,000 (JPY 93,500 jika menggunakan kod pempamer). Boleh menikmati semua kelebihan Pas Gold berserta akses ke ruang legar dan laluan masuk khas.

Sebaik sahaja pendaftaran diluluskan, peserta boleh mula menggunakan TGS Business Matching System yang akan dilancarkan pada 7 Ogos, bagi menetapkan jadual mesyuarat sebelum acara bermula.

Ucapan Utama & Sesi Industri

⋰
📢#TGS2026 出展社一覧 公開!
⋱

今年も国内外から多数の企業が出展します✨

気になるブースを
チェックしてみてくださいね✅#東京ゲームショウ30th pic.twitter.com/Fu61H4cd8z

— TOKYO GAME SHOW/東京ゲームショウ (@tokyo_game_show) July 8, 2026

CESA turut mengumumkan pratonton untuk sesi ucapan utama dan perbincangan panel. Tempahan awal bagi sesi-sesi ini akan dibuka bermula 24 Ogos, melalui portal pendaftaran.

  • Ucapan Utama Ulang Tahun Ke-30: Menerusi tajuk “30 Years of TOKYO GAME SHOW: Looking Back and Looking Ahead to 2056”, Haruhiro Tsujimoto selaku Pengerusi CESA akan mengimbas semula perjalanan TGS sejak tahun 1996 serta membincangkan arah tuju industri game Jepun bagi dekad-dekad mendatang. (17 Sept, 11:00 pagi – 12:00 tengah hari JST)
  • Gergasi Luar Industri Gaming: Sesi bersama wakil jenama hiburan terkenal (Sanrio Games, PARCO GAMES, dan Toei Games) akan mengupas sebab syarikat-syarikat ini menceburi dunia gaming serta strategi bekerjasama dengan pembangun tempatan. (17 Sept, 10:30 pagi – 12:00 tengah hari JST)
  • Membawa Dunia Maya ke Alam Realiti: Meneroka bagaimana teknologi XR, konsert muzik secara langsung, dan pengalaman imersif membawa dunia game melangkaui skrin digital. (18 Sept, 10:30 pagi – 12:00 tengah hari JST)

Beralih Ke Hari Awam

Selepas Hari Perniagaan berakhir, TGS2026 akan dibuka kepada orang ramai dari Sabtu, 19 September hingga Isnin, 21 September (cuti umum di Jepun). Pintu masuk dibuka dari jam 10:00 pagi hingga 5:00 petang semasa Hari Perniagaan, dan dibuka seawal 9:30 pagi untuk Hari Awam.

Wakil industri game Malaysia yang berminat untuk hadir boleh mendaftar dan menyemak maklumat terperinci menerusi laman web rasmi: https://tgs.cesa.or.jp/2026/en/business

Tags: Tokyo Game Show 2026
ShareTweetSend
Previous Post

Silver Palace – Adakah Sistem Gacha Cukup Mesra Untuk Pemain Free-to-Play?

Next Post

Expansion Pertama Pokémon Pokopia ‘Bubbly Basin’ Akan Dilancarkan 5 Ogos Bersama Update Percuma Ver. 2.0.0

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Expansion Pertama Pokémon Pokopia ‘Bubbly Basin’ Akan Dilancarkan 5 Ogos Bersama Update Percuma Ver. 2.0.0

Expansion Pertama Pokémon Pokopia ‘Bubbly Basin’ Akan Dilancarkan 5 Ogos Bersama Update Percuma Ver. 2.0.0

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd