Di dalam siri Power Rangers, Ranger Merah dikenali sebagai ahli yang paling kuat dan paling berkebolehan. Kesimpulannya, Ranger Merah sering menjadi pemimpin yang sanggup menentang kuasa jahat secara sendiri dan sering dikagumi oleh kebanyakan peminat. Sama ada sikap atau reaksi, kehebatan fizikal atau kemahiran kepimpinan, di sini adalah 5 Power Ranger Merah paling hebat dalam sejarah!
Lightspeed Rescue – Carter Grayson
Walaupun bukan Ranger Merah yang paling kuat dari segi fizikal, Carter Grayson adalah antara yang paling berani. Sesiapa yang meragui keberanian Power Rangers, boleh lihat keberanian Carter. Beliau diilhamkan oleh idolanya sendiri; seorang ahli bomba yang menyelamatkan nyawanya ketika beliau masih kecil. Etika Carter sangat mengagumkan, dan beliau lebih mengutamakan kehidupan orang lain berbanding nyawanya sendiri.
Wild Force – Cole Evans
Ranger Merah Cole Evans sudah mempunyai kemahiran kepimpinan yang kuat kerana dibesarkan di dalam hutan. Beliau mempunyai kuasa yang unik seperti boleh berkomunikasi dengan Wild Zords, ketangkasan yang luar biasa, dan deria manusia yang jauh lebih tinggi. Beliau secara fizikalnya merupakan antara ranger merah yang paling kuat, dan juga seorang dewasa. Bukan remaja seperti dalam siri lain.
Ninja Storm – Shane Clarke
Shane Clarke adalah seorang Power Ranger yang kuat dan berkebolehan tetapi harus belajar untuk bekerjasama. Jangan salah anggap. Beliau telah berkorban nyawa dan berkhidmat sebaik mungkin untuk pasukannya daripada ranger merah lain di dalam siri. Shane tidak mudah terkena serangan mental dan manipulasi dan apabila ditambah dengan kelajuannya, keupayaannya untuk mengawal udara, dan pelbagai kebolehan lain yang dipelajari di Wind Ninja Academy, membuatkan Shane menjadi ranger yang tidak harus dipandang rendah.
Zeo/ Turbo – Tommy Oliver
Salah satu Power Rangers yang paling popular sepanjang masa, Tommy Oliver adalah antara pemimpin terbaik yang pernah wujud, walaupun beliau bukan Ranger Merah. Beliau sanggup mengorbankan diri, salah seorang Ranger Merah paling hebat dalam pertempuran dan ketika bergelut dengan Battlezord Merah, beliau mencari ilmu dalam dirinya melalui usaha spiritual, bukan tinggalkan rakan atau putus asa seperti Ranger Merah lain. Beliau memang antara watak paling ikonik di dalam siri francais Power Rangers kerana berjaya memegang banyak watak Power Ranger dalam siri ini.
Mighty Morphin – Jason Lee Scott
Beliau adalah Ranger Merah asal daripada Mighty Morphin Power Rangers, dan meletakkan standard yang tinggi untuk semua Ranger Merah lain. Jason Lee Scott merupakan seorang Power Ranger yang sangat popular sehingga beliau kembali sebagai Ranger Emas di Zeo. Beliau merupakan seorang pemimpin yang sangat baik, sentiasa membetulkan masalah dan berusaha untuk mencipta pasukan yang terbaik. Beliau juga ialah seorang guru yang cemerlang dalam tugasnya. Semangat Jason untuk menjadi pemimpin terbaik akhirnya menjadikannya Ranger Merah yang paling hebat di dalam sejarah.
@gamersantaimy
Discussion about this post