Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kebebasan untuk mengembara di game Open-World pilihan kami!

Terbang, pandu atau berlayar melalui persekitaran tanpa sempadan.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 3, 2019
in Artikel, Berita, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Kebebasan untuk mengembara di game Open-World pilihan kami!
Share on FacebookShare on Twitter

Open-World sudah boleh dianggap sebagai genre-nya sendiri. Korang boleh mencari gambaran yang tepat tentang bandar atau negara sebenar, bandar fiksyen besar dengan mercu tanda sendiri atau satu galaksi, bergantung pada pengembaraan kamu di game open-world seterusnya. Perkara yang menarik tentang game open-world adalah ia boleh datang dalam pelbagai bentuk dan yang paling penting ialah ia membolehkan pemain untuk meneroka dengan bebas.

Grand Theft Auto 5

Dengan tiga watak yang perwatakannya sangat berbeza, menerokai Los Santos tiba-tiba menjadi pengalaman yang sangat menarik. Misinya direka dengan baik dan bervariasi, serta sangat kreatif. Kamu boleh rehat daripada jalan cerita utama dan cuba salah satu daripada pelbagai aktiviti sampingan, seperti golf, tenis, dan lain-lain. Atau curi kereta dan jelajahi dunia yang sangat terperinci dengan soundtrack yang paling layan sekali.

Metal Gear Solid 5: The Phantom Pain

Metal Gear Solid V ialah salah satu game open-world yang paling memuaskan, imersif, dan menghiburkan pernah dibuat. MGS V adalah permainan aksi yang menawarkan jumlah content yang luar biasa kerana terdapat beratus-ratus misi untuk diselesaikan. Ciri open-world di francais MGS menambah banyak perkara kepada mekanik perisikan serta memperluaskan skop permainan. Kamu boleh melihat markas musuh dari jarak yang jauh dan membuat rancangan untuk menyerang hendap. Game ini juga memberikan kebebasan penuh untuk melakukan apa-apa yang kamu suka – tidak kira betapa gila.

Far Cry 5

Kebanyakan game open-world melihat pemain mengembara daripada titk A ke titik B untuk menyelesaikan sebuah misi, tetapi Far Cry 5 mempunyai pelbagai perkara yang seronok di antara titik-titik itu. Dilanggar oleh kenderaan musuh, diserang oleh beruang, askar VIP, sekatan jalan, situasi di mana rakan-rakan menjadi mangsa tebusan, sesi kejar kereta, atau pengeboman udara – sering sekali berlaku sekaligus. Far Cry 5 sentiasa meletakkan pemain dalam keadaan terganggu, lantas sangat mudah untuk kamu lupa tujuan utama.

Batman: Arkham Knight

Judul ketiga dan terakhir oleh Rocksteady ke dalam dunia sang wira The Dark Knight menawarkan penciptaan semula Gotham City yang hampir lengkap, dan walaupun ia merupakan kawasan yang lebih kecil berbanding game lain di senarai ini – tidak banyak game yang berjaya menangkap butiran terperinci dan penuh dengan easter egg seperti game superhero ini. Setiap pelosok Gotham mempunyai sesuatu yang pasti menarik perhatian kamu. Mengembara di sekitar bandar juga sangat menyeronokkan, daripada terbang ke sana-sini memakai grapple hingga memandu Batmobile.

Assassin’s Creed Odyssey

Assassin’s Creed Odyssey adalah di mana siri ini akhirnya beralih daripada permainan stealth ke sebuah RPG open-world. Seperti game open-world lain, ia penuh dengan watak-watak unik, pelbagai keputusan untuk buat, dan mekanik menunggang kuda yang kekok. Odyssey juga mempunyai map Assassin’s Creed yang paling besar dan paling tidak masuk akal dalam siri, yang meliputi seluruh dunia Yunani purba, dari Kephallonia ke Crete.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: assassin's creed odysseyBatman: Arkham Knightfar cry 5Grand Theft Auto 5Metal Gear Solid 5: The Phantom PainOpen World
Previous Post

Game Arked Dunia Fantasi “League of Wonderland” kini dibuka untuk Pra-pendaftaran di Mobile!

Next Post

Power Ranger Merah paling Kuat & Berkemampuan dalam Sejarah!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Power Ranger Merah paling Kuat & Berkemampuan dalam Sejarah!

Power Ranger Merah paling Kuat & Berkemampuan dalam Sejarah!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd