Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 4, 2026
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Turn-Based
0 0
0
Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!
Share on FacebookShare on Twitter

Game pertarungan kompetitif free-to-play, Pokémon Champions, akan dilancarkan di mobile (iOS dan Android) pada 17 Jun 2026, menurut The Pokémon Company dan pembangun The Pokémon Works.

🏆 #PokemonChampions is coming to iOS and Android on June 17! ✨

Begin your journey, take the Battle Arena with you anywhere, and compete to become a Champion! pic.twitter.com/EykSaN0gtg

— Pokémon Champions (@Pokemon_Champs) June 3, 2026

Pra-pendaftaran telah dibuka di App Store dan Google Play Store. Versi mobile akan menyokong fungsi cross-play dan cross-progression dengan versi Nintendo Switch yang telah dilancarkan pada 8 April lalu.

Dengan menghubungkan aplikasi mobile ke Nintendo Account mereka, pemain boleh memindahkan save data dan mencabar pemain lain tanpa mengira sistem masing-masing. Game ini juga dioptimumkan untuk Nintendo Switch 2, menawarkan kemas kini percuma bagi meningkatkan prestasi visual pada konsol tersebut.

Dibangunkan oleh The Pokémon Works (sebuah syarikat usaha sama antara ILCA dan The Pokémon Company dengan sokongan perancangan daripada Game Freak) Pokémon Champions mengetepikan elemen eksplorasi, dan gym battle yang biasa didapati dalam judul utama bagi memberi fokus sepenuhnya kepada pertarungan PvP secara turn-based.

Game ini direka sebagai hab yang lebih ringkas dan mudah diakses untuk gameplay kompetitif, malah ia akan menjadi platform rasmi bagi kejohanan Pokémon Video Game Championships (VGC) bermula di 2026 World Championships di San Francisco.

Pemain boleh membina pasukan mereka dengan memindahkan Pokémon yang telah ditangkap sebelum ini melalui Pokémon HOME, atau dengan menggunakan Victory Points (VP) yang diperoleh daripada perlawanan Ranked, Casual, dan Private untuk mengambil serta melatih rakan gandingan baharu.

Bagi meraikan pelancaran versi mobile, satu kempen khas akan berlangsung dari 17 Jun hingga 2 September. Sepanjang tempoh ini, pemain di Nintendo Switch dan peranti mobile boleh menyemak peti mel dalam game masing-masing untuk menebus Raichu secara percuma bersama dua Mega Stone baharu: Raichunite X dan Raichunite Y.

⚡️Mega Evolve Raichu, and unleash their power in battle!⚡️

To celebrate the release of #PokemonChampions on iOS and Android, Raichu and Mega Stones will be distributed starting June 17!

🔽 Learn Morehttps://t.co/4AjXVww0YN pic.twitter.com/eQ3L2i2vlC

— Pokémon Champions (@Pokemon_Champs) June 3, 2026

Batu-batu ini membolehkan Raichu melakukan Mega Evolve kepada dua bentuk berbeza semasa combat:

  • Mega Raichu X akan memperoleh abiliti Electric Surge, yang menukar medan lawan kepada Electric Terrain selama lima pusingan sebaik sahaja memasuki combat. Semasa aktif, Pokémon yang berada di atas tanah akan menerima peningkatan kuasa sebanyak 30% untuk serangan jenis Electric serta tidak boleh ditidurkan.
  • Mega Raichu Y pula memiliki abiliti No Guard, yang memastikan setiap serangan yang digunakan olehnya atau yang disasarkan kepadanya akan mengenai sasaran dengan ketepatan 100%.

Tags: MobilePokémon Champions
ShareTweetSend
Previous Post

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

Next Post

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd