Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

POCO X4 Pro 5G & M4 Pro akan mula dijual pada 3 Mac, harga semurah RM799 untuk early bird

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 28, 2022
in Artikel, Berita, Smartphone, Teknologi
0 0
0
POCO X4 Pro 5G & M4 Pro akan mula dijual pada 3 Mac, harga semurah RM799 untuk early bird
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat teknologi terkenal POCO, hari ini mengumumkan pelancaran global bagi smartphone baru POCO X4 Pro 5G dan POCO M4 Pro semasa MWC ( Mobile World Congress) 2022.

POCO X4 Pro 5G

POCO X4 Pro 5G memiliki paparan 6.67″ 2400 x 1080 FHD+ AMOLED DotDisplay yang beroperasi pada refresh rate 120Hz dan kadar touch sampling 360Hz. Selain itu, ia mempunyai sensor 108MP+8MP+2MP di sebalik susuan triple kamera dan kamera selfie 16MP.

Bagi prestasi, X4 Pro 5G mempunyai pemproses Snapdragon® 695 5G berdasarkan CPU octa-core Arm Cortex-A78 yang boleh mencapai kelajuan sehingga 2.2GHz. Sebagai tambahan kepada 8GB RAM, POCO X4 Pro 5G menawarkan 3GB tambahan yang boleh diambil daripada storan 256GB berkata kepada teknologi Dynamic RAM Expansion.

Bateri 5,000mAh pula boleh dicas hingga 70% dalam masa 22 minit menggunakan pengecasan turbo 67W. Untuk dicas sepenuhnya, ia perlu masa sebanyak 41 minit sahaja menurut POCO. Smartphone ini juga menyokong MIUI 13, dengan ciri baru dan pelbagai peningkatan prestasi untuk mengoptimumkan pengalaman pengguna.

POCO M4 Pro

POCO M4 Pro menggabungkan nilai wang dan kualiti untuk prestasi yang tiada tandingan. Pertama sekali, ia memaparkan skrin 6.43″ 2400 x 1800 FHD+ AMOLED DotDisplay dan mempunyai refresh rate 90Hz serta kadar touch sampling 180Hz. Sama seperti X4 Pro, ia mempunyai setup triple camera 64MP+8MP+2MP dan kamera selfie 16MP.

POCO M4 Pro mempunyai berat hanya 179.5g dan kenipisan 8.09mm, lantas menjadikannya telefon pintar POCO paling ringan setakat ini. Tetapi badan yang lebih ringan tidak bermakna ia kurang dari segi prestasi. Sebaliknya, M4 Pro dilengkapi dengan bateri 5,000mAh yang menggunakan pengecasan pantas 33W Pro.

Di dalam, POCO M4 Pro dilengkapi MediaTek Helio G96, CPU octa-core 2.05GHz dan GPU ARM Mali-G57 MC2. Jika 8GB RAM tidak mencukupi, teknologi Dynamic RAM Expansion membolehkan pemindahan 3GB tambahan daripada storan.

Ketersediaan Produk 

POCO X4 Pro 5G akan datang dalam tiga warna: Laser Black, Laser Blue dan POCO Yellow. Ia juga akan tersedia dalam dua varian, eksklusif di Shopee: 

  • 6GB + 128GB: RM 1,199 (harga early bird – RM 1,099)
  • 8GB + 256GB: RM 1,499 (harga early bird – RM 1,249)

POCO M4 Pro pun akan datang dalam tiga warna, Power Black, Cool Blue dan POCO Yellow dan akan tersedia dalam dua varian, secara eksklusif di Lazada:

  • 6GB + 128GB: RM 899 (harga early bird – RM 799)
  • 8GB + 256GB: RM 1,099 (harga early bird – RM 949)

Jualan early bird akan berlangsung pada 3 Mac pada platform e-dagang yang dinyatakan di atas.

POCO menambah satu lagi perkhidmatan pada senarai ciri sulungnya untuk peranti terkini. YouTube Premium, akan diprapasang pada kedua-dua POCO X4 Pro 5G dan POCO M4 Pro dan untuk menarik lagi perhatian netizen Malaysia, pembeli boleh menikmati langganan YouTube Premium percuma sehingga dua bulan untuk mana-mana pembelian produk di atas.

Tags: POCO M4 ProPOCO X4 Pro 5GSmartphone
Previous Post

Naruto: Sarada satu-satunya Uchiha yang memakai cermin mata?

Next Post

Preview Tiny Tina’s Wonderlands – Bayangkan Borderlands tetapi penuh magic

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Preview Tiny Tina’s Wonderlands – Bayangkan Borderlands tetapi penuh magic

Preview Tiny Tina’s Wonderlands - Bayangkan Borderlands tetapi penuh magic

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd