Demi memberi lebih banyak kandungan kepada para gamer, Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan “PlayStation VR2 PC Adapter” yang memberi akses kepada pemain untuk bermain macam-macam lagi game VR di PC mereka! PS VR2 PC Adapter akan mula dijual pada 7 Ogos.
The PlayStation VR2 PC adapter launches August 7, letting players expand their game library with thousands of SteamVR titles. https://t.co/czluXvqmKk pic.twitter.com/8VkeEoQx1c
— PlayStation (@PlayStation) June 3, 2024
Seperti saya kata tadi, pemilik PS VR2 akan mempunyai akses untuk membeli dan bermain game di Steam yang penuh dengan beribu-ribu game VR, termasuk Half-Life: Alyx, Fallout 4 VR dan War Thunder.
Untuk bermain, pemain perlu membeli dahulu PS VR2 PC Adapter – yang dijual pada harga MYR 279. Kedua, pemain juga memerlukan kabel DisplayPort (dijual berasingan) yang serasi dengan DisplayPort 1.4, serta akaun Steam dan PC yang memenuhi keperluan minimum di bawah.
Sistem Operasi | Windows 10 64-bit / Windows 11 64-bit |
CPU | Intel Core i5-7600 / AMD Ryzen 3 3100 (Zen 2 atau lebih baru diperlukan) |
RAM / Memori | 8 GB atau lagi tinggi |
GPU / Kad Grafik | – NVIDIA GeForce GTX 1650 atau lebih baru (Turing atau lebih baru diperlukan) – Siri NVIDIA RTX – AMD Radeon RX 5500XT atau lebih baru / AMD Radeon RX 6500XT atau lebih baru (Untuk prestasi terbaik, SIE mengesyorkan agar anda menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3060 atau lebih baharu atau AMD Radeon RX 6600XT atau lebih baharu) |
DisplayPort | DisplayPort 1.4 (mesti mempunyai port output DisplayPort standard atau Mini DisplayPort) |
USB | Sambungan berwayar sahaja |
Bluetooth | Bluetooth 4.0 atau lebih baru |
Setup pun sangat mudah: anda hanya perlu sambungkan PlayStation VR2 ke PC anda menggunakan adapter khas tadi dan kabel DisplayPort 1.4. Kemudian, muat turun aplikasi PlayStation VR2 dan aplikasi SteamVR daripada Steam. Ini membolehkan anda setup PS VR2 di PC, mengubah tetapan dan kawasan permainan, dan mula membeli dan bermain game dalam SteamVR.
Harap maklum, prestasi mungkin berbeza-beza bergantung pada PC anda, termasuk keserasian sistem dan kualiti kabel DisplayPort 1.4.
PS VR2 juga direka untuk PS5 – jadi beberapa ciri utama, seperti HDR, maklum balas headset, eye tracking, adaptive trigger dan haptic feedback tidak ada semasa bermain di PC.
Walau bagaimanapun, ciri lain disokong, termasuk visual 4K (2000 x 2040 setiap mata), pandangan 110 darjah, pengesanan sentuhan jari dan pandangan see-through, serta foveated rendering ( tanpa eye tracking) dan Audio 3D untuk game yang disokong.
@gamersantaimy
Discussion about this post