Panic Inc, terkenal untuk game Firewatch dan game angsa yang masih belum diberi nama, telah mengumumkan Playdate! Playdate ialah sistem handheld unik berwarna kuning dan dikawal menggunakan crank serta menerima keluaran game mingguan.
Introducing Playdate, a new handheld gaming system from Panic.
It fits in your pocket. It's got a black and white screen. It includes a season of brand-new games from amazing creators. Oh and… there's a crank???? https://t.co/WiIPUkpjSq
Yes. A thread… pic.twitter.com/47BwSOtiiP
— Playdate (@playdate) May 22, 2019
Playdate terdiri daripada skrin hitam-putih berukuran 2.7 inci dan 400X240, menggunakan D-Pad dan dua butang depan, kawalan sistem crank di sisi kanan peranti, dan 12 game baru dicipta khas untuk peranti. Teenage Engineering bekerjasama dengan Panic untuk mereka cipta crank ikonik Playdate yang dijangka keluar pada tahun 2020.
Game-game baru ini masih menjadi rahsia sehingga keluaran Playdate, tetapi Panic mendedahkan bawah pencipta Keita Takahashi (Katamari Damacy, Zach Gage (SpellTower), Bennett Foddy (QWOP), dan Shaun Inman (The Last Rocket) adalah antara pereka bagi peranti ini. Beberapa game ini dengan khusus menggunakan crank, manakala ada yang tidak guna langsung. Jangan risau kerana crank ini boleh disimpan pada sisi peranti apabila tidak digunakan.
About those games. We reached out to some of our favorite people, like @KeitaTakahash, @bfod, @helvetica, @shauninman, and many more.
Here's a peek at one: Crankin's Time Travel Adventure, from Keita. It's fun and funny. pic.twitter.com/0Ibwqr5k3I
— Playdate (@playdate) May 22, 2019
Panic juga mendedah Title Screen untuk empat game: Bennett Foddy Presents Zipper, Crankin’s Time Travel Adventure, 360 and Executive Golf DX. Selain itu, mereka juga berdemonstrasi di Twitter bagaimana sistem ini berfungsi atau dimainkan di game Time Travel Adventure, di mana game ini berkisarkan seorang wind-up man yang lambat untuk temu janjinya dan pemain perlu memusing crank untuk bantu beliau sampai ke temu janji tepat pada masa. Ini bukan perkara yang sebegitu mudah kerana pemain harus bergerak dengan tepat untuk sampai ke destinasi dengan selamat. Jika beliau lambat, teman wanita-nya akan suplex watak utama tersebut.
If this seems cool, visit https://t.co/IunhvcdSa9 and sign-up for the waiting/mailing list ASAP.
(The earlier you're on the list, the earlier we will e-mail you when it's ready.)
Thank you for reading. We're so excited share this with you. We made Playdate just for fun. 💛
— Playdate (@playdate) May 22, 2019
Peranti ini mungkin akan tiba pada awal 2020 dan bernilai $149 USD, dan disertai oleh kesemua 12 game pada Season 1. Mereka yang berminat boleh sign up melalui senarai menunggu/email di Play.Date untuk menyertai barisan pre-order peranti ini.
Sumber – Play.Date
@gamersantaimy
Discussion about this post