Ada berita gembira yang kami nak kongsikan sedikit ni! Sekali lagi permainan lejen Plants vs Zombies (PVZ) akan hadir ke platform mudah alih korang! PopCap Games pemaju dan pembuat kepada PVZ telah mengongsikan bahawa PVZ 3 sedang dalam pembikinan. Turut dinyatakan, mereka akan membuat permainan ini lebih menarik dari permainan terakhir PVZ 2 yang telah 6 tahun berada di platform mobile.
Yang sebenarnya dekat A.S dah pun boleh mencuba PVZ 3 ini dalam versi Pra-Alpha di Google Play Store, cuma untuk negara lain akan dikeluarkan versi sepenuhnya kelak. Tapi korang jangan kecewa pulak tak dapat mencuba PVZ 3 Alpha test ni, apa jua berita selanjutnya korang boleh daftar di PVZ.
Generasi PVZ diteruskan lagi oleh PoPCap untuk memberi peluang kepada kesemua peminat PVZ yang dahulu hingga kini untuk bermain permainan peperangan antara tumbuh tumbuhan bersama zombi ini. Pengeluaran Pre-Alpha adalah untuk peminat menguji dahulu permainan ini sebelum dilancarkan di seluruh negara.
Pelancaran keseluruhan pasti akan keluar dalam masa terdekat, cuma PopCap ingin PVZ ini menjadi yang terbaik sebelum dikeluarkan untuk kepuasan peminat dan pemain. Untuk masa ini, PVZ 3 akan hadir di Android, dan iOS akan menyusul kelak, yang pastinya telefon pintar korang nanti kena lah ber-spec tinggi sekurang-kurangya Android 6.0 (Marshmallow) untuk memuat turunya.
Masih tak banyak pengumuman yang diumumkan oleh EA, tetapi mereka menyatakan ianya adalah permainan free-to-play, manakala mikro transaksi untuk verisi Alpha ini masih tidak perlu digunakan. Jadi kemungkinan besar ianya akan sama seperti PVZ 2 yang ada transaksi mikro.
Apapun kita tunggu sahaja pengumuman seterusnya dari EA untuk PopCap. Screenshot yang dikongsikan kesemuanya adalah melalui Google Play, jadi korang siap sedia je pilih tumbuhan yang terbaik serta comel untuk menentang zombi dari pecah masuk ke rumah dan kawasan korang!
Sumber: EA
@gamersantaimy
Discussion about this post