Sejak Edgar Allan Poe dan Arthur Conan Doyle mencipta dan menyempurnakan genre detektif, berjuta-juta orang menjadi ketagih kepada fenomena ini. Genre ini masih gah muncul di pawagam, di skrin TV dan monitor komputer kita semua serta kekal relevan kerana pada bulan Julai ini sahaja, kita boleh main game detektif baru Judgment yang popular! Tidak begitu banyak ikon detektif terkenal dalam dunia permainan video, tetapi terdapat beberapa dari mereka yang memang layak disebut.
Hari ini ayuh lihat permainan video terbaik dengan unsur-unsur detektif.
L.A. Noire
- Keluar pada: 2011
- Pelantar: PC, PS3, PS4, Xbox 360, Xbox One, Switch
Walaupun tidak menjadi sebuah kejayaan komersil yang diingini oleh penerbit, L.A. Noire tetap menjadi salah satu permainan detektif yang paling hebat. Ia sendiri pun diterbitkan oleh Rockstar Games, dan hasilnya, memang sangat-sangat mantap.
Di L.A. Noire, anda bermain sebagai detektif Cole Phelps yang menyelesaikan satu demi satu kes di dunia gelap Los Angeles pada tahun 1947 . Pembunuhan bersiri, sesi mengejar kereta, soal siasat … semua ada di dalam game ini. Segalanya bergantung kepada anda untuk mencari petunjuk, menanya soalan yang betul dalam urutan yang betul kepada suspek yang betul. Setiap kesilapan boleh membawa padah kerana bercakap dengan suspek yang salah pada masa yang salah akan menyebabkab sebuah pengakhiran yang pemain tidak ingini.
Heavy Rain
- Keluar pada: 2010
- Pelantar: PS3, PS4, PC
Di Heavy Rain, kita bermain antara empat karakter berbeza iaitu Scott Shelby (pegawai polis), Norman Jayden (FBI profiler), Madison Paige (wartawan) dan Ethan Mars (mangsa). Setiap satu daripada mereka mempunyai jalan cerita yang berbeza yang akan menyatukan jalan cerita utama di Heavy Rain.
Heavy Rain menceritakan kisah seorang bapa yang anaknya diculik oleh Origami Killer yang misteri. Tidak seperti permainan video lain, Heavy Rain memaksa pemain untuk berwaspada setiap saat. Memang tidak ada plot yang tetap dan semuanya berubah mengikut tindakan anda. Sekiranya anda mengambil masa yang terlalu lama, orang akan mati. Jika anda membuat keputusan yang salah, pembunuh itu kekal bebas. Heavy Rain ialah permainan video yang gelap dan mengerikan dengan pelbagai twist, watak-watak yang tidak dapat dilupakan, dan sebuah plot yang baik. Memang tidak memukau mata lagi kerana grafiknya sudah rendah, tetapi versi remastered masih kelihatan hebat jika ada pemain ingin cuba.
Batman: Arkham City
- Keluar pada: 2011
- Pelantar: PS3, PS4, Xbox 360, Xbox One, PC, Wii U
Permainan video Arkham oleh Rocksteady Studios memang legenda, dan Batman: Arkham City boleh dikatakan adalah yang terbaik di dalam siri tersebut. Sudah tentu, ia dibintangi oleh Batman sendiri, bersama barisan musuh ketat beliau. Selain itu, ia mempunyai open world yang besar, pelbagai misi untuk diselesaikan, collectibles, dan misteri. Komik dan filem membuatkan kami mudah lupa bahawa Batman bermula sebagai seorang detektif dan bukan adiwira yang kami kenal sekarang.
Apabila beliau tidak berlawan dengan orang jahat, Batman menggunakan “Detective Vision” untuk highlight atau menonjolkan objek atau watak yang mempunyai unsur-unsur kepentingan. Dengan visi ini, Batman boleh melihat pelbagai klu yang berbeza, status watak-watak lain, collectibles, dan butiran-butiran lain. Beliau boleh mengesan sumber tembakan peluru, mengakses pangkalan data jenayah dan menggodam frekuensi komunikasi. Ia adalah satu bonus yang baik, walaupun ia tidak menjadikan Arkham City sepenuh sebuah permainan video detektif tetapi ni pasal Batman kan? Siapa tak kenal Batman.
Judgment
- Keluar pada: 2019
- Platforms: PS4
Kita sembang pasal game yang baru pulak. Judgment adalah permainan video baru daripada Ryu Ga Gotoku Studio termashyur, yang terkenal dengan siri Yakuza yang popular. Ia adalah sebuah spin-off daripada siri Yakuza dan telah menjadi salah satu permainan video detektif terbaik untuk konsol generasi ini.
Judgment menceritakan kisah rumit detektif Takayuki Yagami, yang dahulu merupakan seorang peguam berjaya yang mempunyai hubungan dengan yakuza. Beliau bukan hanya pandai, malah juga pandai berlawan. Walau bagaimanapun, berlawan sini sana tidak akan membantu Yagami menangkap pembunuh misteri yang bersembunyi di bandar Kamurocho dan membunuh mangsa dengan menggorekkan biji mata mereka lalu menghilang tanpa jejak. Yakuza yang paling kuat pun kecundang apabila dapat tahu jumlah mayat meningkat setiap bulan.
Sherlock Holmes: Crimes and Punishments
- Keluar pada: 2014
- Pelantar: PC, PS3, PS4, Xbox 360, Xbox One
Munasabah lah untuk kata bahawa Sherlock Holmes akan kekal selama-lamanya menjadi detektif fiksyen yang paling terkenal. Mesti lah kami masukkan game yang dibintangi beliau di dalam senarai ini. Frogwares telah mengeluarkan banyak judul Sherlock Holmes, tetapi Sherlock Holmes: Crimes and Punishments mungkin adalah yang terbaik.
Permainan ini mengandungi semua yang diingini oleh seorang peminat di sebuah permainan video detektif seperti menyiasat lokasi jenayah, mencari klu atau petunjuk, bercakap dengan saksi dan, sudah tentu, menggunakan kemahiran deduktif yang sedia ada. Game ini juga tidak mudah seperti yang disangkakan kerana pemain akan diminta untuk membuat keputusan agar untuk menangkap penjenayah tersebut atau tidak, dan pilihan pemain akan mempengaruhi jalan cerita selepas itu. Penamat berbeza bergantung pada pilihan pemain adalah apa yang menjadikan Crimes & Punishments begitu seronok untuk bermain.
@gamersantaimy
Discussion about this post