Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[PL2025] APAC Predator League 2025 Rasmi Bermula Di MITEC – Gaming & Hiburan Bersatu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 11, 2025
in Acara, Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports, PL2025, Tempatan
0 0
0
[PL2025] APAC Predator League 2025 Rasmi Bermula Di MITEC – Gaming & Hiburan Bersatu!
Share on FacebookShare on Twitter

Edisi keenam Asia Pacific (APAC) Predator League oleh Acer dibuka secara rasmi hari ini, menampilkan kejohanan esports serantau yang telah berkembang pesat sejak diperkenalkan pada 2018. Buat pertama kali, APAC Predator League 2025 diadakan di Malaysia dengan perasmian oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Hannah Yeoh.

Kredit: Digital Braves

APAC Predator League 2025 menandakan era baharu dengan pengenalan dua avatar dinamik, Nero dan Yuffy, hasil daripada pertandingan reka bentuk.

Perjalanan Nero dan Yuffy, daripada rakan zaman kanak-kanak kepada pesaing hebat, menonjolkan tema persaingan, sokongan, dan kekuatan dalaman, menggambarkan Predator League sebagai pentas pertarungan penuh cabaran yang menguji kemahiran dan pendirian.

Bagi meningkatkan lagi penglibatan budaya, liga memperkenalkan lagu tema baharu, “It Lies Within”, yang dinyanyikan dalam bahasa tempatan oleh artis terkenal setiap rantau. Inisiatif ini mencerminkan komitmen liga untuk meraikan budaya dan bahasa tempatan, memperkukuh hubungan dengan penonton.

Sebanyak 28 pasukan dari 14 wilayah berkumpul di Kuala Lumpur untuk bersaing merebut kejayaan. Presiden Acer Pan Asia Pacific, Andrew Hou, berkata:

“Berteraskan jenama gaming flagship kami, Predator, APAC Predator League bukan sekadar kejohanan – ia adalah platform berasaskan komuniti yang meriah, menyatukan gamer dari semua peringkat sambil memperkasakan setiap peranan dalam esports.

Dengan pengenalan watak baharu, jalan cerita animasi, dan muzik segar, kami membayangkan kejohanan ini berkembang menjadi perhimpunan dinamik yang menyatukan gaming, teknologi, dan hiburan.”

Pengarah Urusan Acer Malaysia, Kon Tek Yoong, menambah:

“Asia Pacific Predator League 2025 Grand Finals di MITEC akan menawarkan pengalaman seperti festival yang melangkaui kejohanan esports biasa. Acara ini bertujuan merapatkan jurang antara gamer dan bukan gamer dengan memaparkan semangat meriah gaming kompetitif.

Pelawat akan menikmati pengalaman asyik yang menyerlahkan tenaga, kerjasama pasukan, dan aspek komuniti esports. Selain pasukan esports terkemuka, Acer telah mengatur penampilan istimewa daripada penyanyi antarabangsa dan artis Malaysia yang memenangi anugerah.

Predator League adalah sambutan unik esports, mengundang semua untuk meneroka kepelbagaian dan keseronokan gaming kompetitif melangkaui perwakilan online.”

Persembahan utama APAC Predator League 2025 menampilkan Sandara Park, dan Minzy dari kumpulan K-pop ikonik 2NE1. Mereka turut disertai bintang Malaysia Aina Abdul dan Hael Husaini, serta G22 dari Filipina.

Acara selama dua hari ini juga akan menampilkan pertandingan Coswalk. Pelawat boleh menyertai aktiviti di lokasi untuk merebut ganjaran.

APAC Predator League menampilkan permainan Dota 2 dan VALORANT, dengan pasukan yang terdiri daripada peminat dan pemain profesional mempamerkan strategi dan gameplay mereka dalam pusingan penyingkiran. Empat pasukan VALORANT kini bersaing di separuh akhir, dan pemenang akan terus mara ke final.

Format yang sama digunakan untuk pasukan Dota 2 yang akan bertanding pada hari berikutnya. Pemain dalam Predator League tahun ini dilengkapi dengan desktop Predator Orion X, monitor gaming Predator XB253Q, headset gaming Predator Galea 365, dan kerusi gaming Predator.

Jumlah prize pool untuk kelayakan dan pemenang kejohanan adalah USD 400,000.

Kredit: Acer

Menariknya, pasukan tempatan Team Xipto Esports dan Team Myth Avenue Gaming telah berjaya menempah tempat di separuh akhir untuk VALORANT dan Dota 2, masing-masing memastikan mereka membawa pulang hadiah.

Empat pasukan terbaik dalam setiap pertandingan akan menerima hadiah berikut: Juara – USD 65,000, Naib Juara – USD 20,000, dan tempat ke-3 dan ke-4 masing-masing – USD 7,500. Selain itu, anugerah khas akan diberikan kepada pemain MVP dan pemilihan All-Star Team.

Kredit: Acer

Semasa persidangan media, Andrew Hou turut berkongsi tentang data pasaran, menonjolkan prestasi Acer di pelbagai sektor. Statistik tersebut menunjukkan kehadiran Acer yang sangat kukuh di pasaran Asia Tenggara.

Dalam pasaran komputer riba keseluruhan, Filipina dan Thailand menduduki tempat teratas, diikuti oleh Indonesia di tempat ketiga. Malaysia dan Singapura berkongsi kedudukan ketiga.

Kredit: Digital Braves

Dalam sektor laptop gaming, Acer masih unggul. Filipina dan Thailand mendahului pasaran, manakala Australia turut menunjukkan prestasi memberangsangkan bersama Singapura, Malaysia, dan Vietnam.

Sementara itu, dalam pasaran desktop, Filipina dan Singapura mendominasi kedudukan, diikuti oleh Malaysia dan Indonesia masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Kredit: Digital Braves

Dominasi Acer turut meliputi sektor komersial. Dalam pasaran pendidikan, Indonesia dan Filipina berkongsi kedudukan pertama, diikuti rapat oleh Singapura dan India, manakala Australia berada di tempat ketiga.

Bagi pasaran kerajaan, Filipina dan Indonesia sekali lagi muncul sebagai peneraju, diikuti oleh India di tempat kedua, serta Malaysia dan Thailand yang berkongsi tempat ketiga.

Untuk maklumat lanjut, ikuti perkembangan APAC Predator League 2025 di Facebook.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: APAC Predator League 2025
ShareTweetSend
Previous Post

Pengalaman Kami di “Solo Leveling Experience” – Makanan Lazat, Zon Bergambar & Merch Eksklusif!

Next Post

[PL2025] Predator Showcase: Mesin Gaming & Peranti Produktiviti Terkini untuk 2025!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya
Review

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya

Yu-Gi-Oh! World Championship 2025 Qualifier Bermula di MASTER DUEL & DUEL LINKS
Acara

Yu-Gi-Oh! World Championship 2025 Qualifier Bermula di MASTER DUEL & DUEL LINKS

May 23, 2025
Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan
Filem

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan

May 23, 2025
Next Post
[PL2025] Predator Showcase: Mesin Gaming & Peranti Produktiviti Terkini untuk 2025!

[PL2025] Predator Showcase: Mesin Gaming & Peranti Produktiviti Terkini untuk 2025!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!
Animasi

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!

May 21, 2025
DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei
DLC

DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei

May 21, 2025
Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto
Anime

Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto

May 20, 2025
The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game
Animasi

The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game

May 20, 2025
Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?
Anime

Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?

May 20, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd