Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 6, 2026
in Artikel, Berita, Nintendo Switch 2, PC, PS5, Seram, Steam, Survival, Xbox Series X|S
0 0
0
Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2
Share on FacebookShare on Twitter

Sega dan pembangun Creative Assembly telah mengumumkan Alien: Isolation 2 secara rasmi, iaitu sekuel yang sekian lama dinanti-nantikan kepada survival-horror popular mereka yang dikeluarkan pada tahun 2014.

Alien: Isolation 2 sedang dibangunkan untuk PlayStation 5, Xbox Series X/S, PC (melalui Steam), dan Nintendo Switch 2. Walaupun Sega masih belum mengumumkan tarikh pelancaran atau tempoh pelancaran, para pemain sudah boleh memasukkan game ini ke dalam wishlist mereka. Sega turut menyatakan bahawa fasa wishlist bagi versi Nintendo Switch 2 akan dibuka pada tarikh lain.

Sekuel ini beralih daripada stesen angkasa Sevastopol dalam game pertama, dengan memperkenalkan lokasi, jalan cerita, dan watak utama serba baharu.

Game ini berlatarkan sebuah planet koloni terpencil yang dilanda ribut kencang. Menurut halaman rasmi Steam, situasi ngeri bermula apabila sebuah pasukan tinjauan menemui bangkai kapal misteri yang terhempas lalu memutuskan untuk menyiasatnya.

Pemain perlu menempuh cuaca ekstrem di permukaan planet tersebut, sambil meneroka laluan sempit di Stesen Kurosaki, sebuah pos penyelidikan di Weyland-Yutani. Kedua-dua persekitaran ini menjadi kawasan pemburuan baharu bagi Xenomorph, lantas memaksa pemain untuk bertindak mengikut keadaan, mencipta peralatan baharu, dan merancang pelbagai taktik untuk terus hidup.

Game pertama Alien: Isolation menerima pujian tinggi kerana suasananya yang mendebarkan serta AI makhluk asing yang sukar diramal. Creative Assembly sasar untuk meneruskan legasi tersebut.

“Sudah lebih sedekad sejak kami menghasilkan Alien: Isolation, dan saya sangat teruja untuk menunjukkan gambaran pertama untuk sekuel ini kepada semua orang,” kata pengarah kreatif Creative Assembly, Al Hope. “Pasukan Survival kami di Creative Assembly telah bekerja keras untuk membina pengalaman Isolation yang baharu dan lebih maju bagi meneruskan legasi francais Alien. Kami menjadikan watak pembunuh ikonik ini lebih bijak, persekitarannya lebih mencabar, dan peluang untuk terus hidup lebih tipis.”

Pengumuman ini dibuat selepas bertahun-tahun dinantikan oleh para peminat. Alien: Isolation dilancarkan pada tahun 2014, mengisahkan tentang Amanda Ripley (anak perempuan kepada Ellen Ripley) dalam usahanya mencari ibunya yang hilang.

Creative Assembly pertama kali mengesahkan bahawa sekuel ini berada dalam fasa awal pembangunan pada penghujung tahun 2024, sempena ulang tahun ke-10 game asal tersebut. Selepas sebuah teaser dikeluarkan pada April 2026, pengumuman hari ini membentangkan maklumat lanjut serta visual tentang hala tuju sekuel tersebut.

Tags: Alien: Isolation 2
ShareTweetSend
Previous Post

Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik

Next Post

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Langrisser: Sea of Sword – Combat Dual-Hero Dengan Dunia Bebas Untuk Meneroka
Berita

Langrisser: Sea of Sword – Combat Dual-Hero Dengan Dunia Bebas Untuk Meneroka

July 22, 2026
Sankei Digital & Eliphant Bersatu Untuk Bawa Game Tempatan ke Pentas Dunia
Industri

Sankei Digital & Eliphant Bersatu Untuk Bawa Game Tempatan ke Pentas Dunia

July 22, 2026
Previu Persona 4 Revival – Kita Kembali Ke Midnight Channel, Rupa Paras & Gameplay Lagi Dinamik
Preview

Previu Persona 4 Revival – Kita Kembali Ke Midnight Channel, Rupa Paras & Gameplay Lagi Dinamik

July 22, 2026
Next Post
Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat

Attack on Titan 3 - Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd