Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PKP Lagi? Bosannya~ Jom mainkan 5 game ini sambil mengisi masa terluang anda!

Kali ni kita beri fokus pada gamers PC dan konsol ok!

Nyny.A by Nyny.A
May 10, 2021
in Artikel, Berita, Genre, Panduan, PC, Pendapat, PS4, PS5, Senarai, Tempatan, Tinjauan & analisis
0 0
0
PKP Lagi? Bosannya~ Jom mainkan 5 game ini sambil mengisi masa terluang anda!
Share on FacebookShare on Twitter

Jika bulan Januari yang lalu kami ada kongsikan beberapa permainan yang anda boleh mainkan waktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kali ini berita sedih terutama yang beragama Islam untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri harus dilupakan sekali lagi disebabkan PKP. Pasti kebosanan perlu duduk di rumah dan patuhi SOP kan? Dari anda membiarkan PC Gaming atau Konsol yang dibeli tahun lepas waktu PKP tu, apa kata on semula peranti  tu dan mainkan game yang kami nak senaraikan hari ini ni!

Baiklah, kali ini kami memberikan fokus pada beberapa permainan baru yang hadir untuk PC dan konsol. Siap ada yang boleh didapati percuma! Apa lagi? Jom lihat senarai kami;

RE Village

Pelbagai pendedahan gameplay dan perkongsian pengalaman RE (Resident Evil) Village sejak dilancarkan 7 Mei lalu. RE Village meneruskan siri survival horror dari Capcom dan merupakan sekuel naratif dari RE 7: Bioharzard. Permainan ini mengikuti Ethan Winters, yang, setelah pertemuan dengan Chris Redfield, mendapati dirinya di sebuah kampung yang dipenuhi makhluk mutan dalam usaha mencari anak perempuannya yang diculik. Walaupun Village mengekalkan elemen seram, permainan ini menggunakan gaya permainan yang lebih berorientasikan aksi berbanding dengan pendahulunya.

RE Village juga merangkumi mod berbilang pemain dalam talian. Permainan ini diumumkan pada acara mengungkapkan PlayStation 5 pada bulan Jun 2020 dan dilancarkan pada 7 Mei 2021, untuk PC, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X / S dan Stadia.

Horizon Zero Dawn

Horizon Zero Dawn: Complete Edition kini boleh dimuat turn secara PERCUMA di PlayStation Store bermula 20 April lalu. Inisiatif Play at Home dari PlayStation ini adalah untuk menggalakkan gamers duduk dirumah dan selamat dari COVID-19.

Horizon Zero Dawn adalah permainan permainan peranan 2017 yang dikembangkan oleh Guerrilla Games dan diterbitkan oleh Sony Interactive Entertainment. Plot ini mengikuti Aloy, seorang pemburu muda di dunia yang dikuasai oleh mesin, yang berusaha untuk mengungkap masa lalunya. Pemain menggunakan senjata jarak jauh, tombak, dan siluman untuk memerangi makhluk mekanikal dan kekuatan musuh lain. Pokok kemahiran menyediakan pemain dengan kebolehan dan bonus baru. Pemain dapat menjelajah dunia terbuka untuk mencari lokasi dan melakukan pencarian sampingan.

> Dapatkannya di sini secara Percuma

It Takes Two

Pkp~ Kami sangat-sangat mencadangkan anda untuk bermain It Takes Two! Lagi-lagi anda boleh mendapatkan diskaun 10% di PlayStation Store! Lebih menarik lagi, anda dapat bermain bersama kawan anda secara percuma, maksudnya, kawan anda tidak perlu membeli permainan ini dengan anda memiliki Friend Pass! Kalau tidak mahu bermain dalam talian, tidak perlu khuatir, anda boleh bermain dengan pasangan anda di sofa anda sahaja!

It Takes Two adalah platformer aksi-pengembaraan yang dikembangkan oleh Hazelight Studios dan diterbitkan oleh Electronic Arts di bawah label EA Originals. Permainan ini dilancarkan untuk Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One dan Xbox Series X dan Series S pada bulan Mac 2021.

>Baca Review kami di sini! 

Hood: Outlaws & Legends

Baru sahaja dilancarkan, ini adalah sebuah permainan yang anda tidak patut lepaskan dan bermain bersama kawan-kawan anda! Dua pasukan dari 4 pemain bersaing untuk melakukan pencurian yang sempurna, di persekitaran abad pertengahan yang dironda oleh pengawal AI yang mematikan. Dengan kemahiran unik dan kebolehan mistik setiap watak, bergerak secara sembunyi untuk mencuri harta karun yang tidak dapat dilihat atau dikuasai melalui pertempuran yang keras dan kejam.

> Baca tips Hood: Outlaws & Legends di sini

MLB The show

Asyik genre ARPG sahaja dengan multiplayer… Apa kata kita beralih pada genre sukan! Alami aksi perlawanan momen-ke-momen yang lebih cepat, lebih dalam dan lebih sengit di lapangan, dengan pelbagai mod permainan untuk semua pemain baru anda.

“Adakah MLB The Show 21 merupakan permainan video besbol terbaik di pasaran buat masa ini? Jawapannya ya. Tambahan pula, untuk pemilik Xbox, MLB The Show 21 adalah permulaan yang bagus untuk francais di mana ia mempunyai begitu banyak mod permainan dan kandungan sehingga anda pun tidak tahu mana satu untuk pilih.” adalah dari review oleh editor Razin Syafiq. Anda boleh baca ulasan penuh di sini.

Jadi bagaimana dengan senarai game anda boleh main ketika PKP di atas? Dah ada dalam genggaman pilihan anda ke? Apa-apa pun jua, kami harap anda akan patuhi SOP untuk keselamatan anda dan Selamat Hari Raya dari kami di Gamer Santai!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Hood: Outlaws & Legendshorizon zero dawnIt Takes TwoMLB The showRE VillageSenarai game PKP
Previous Post

Anime Overlord akan meneruskan musim ke-4, projek filem dalam pembikinan!

Next Post

#CloserTogether bersama keluarga dan komuniti di Hari Raya bersama MPL Malaysia

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
#CloserTogether bersama keluarga dan komuniti di Hari Raya bersama MPL Malaysia

#CloserTogether bersama keluarga dan komuniti di Hari Raya bersama MPL Malaysia

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd